SINGAPURA, 6 Februari 2025 /PRNewswire/ -- KOREA INNOVATION FOUNDATION (INNOPOLIS) – Kluster Inovasi R&D Republik Korea telahpun mengambil bahagian dalam SWITCH 2024 (Singapore) – acara teknologi yang terbesar di Asia Tenggara.

KOREA INNOVATION FOUNDATION (INNOPOLIS) anjur Hari Demo Global dan berucap di Sidang Kemuncak AIMX sempena SWITCH 2024 SINGAPORE
Dengan tujuan untuk menginkubasi dan menyokong pengembangan global untuk syarikat pemula penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Korea Selatan, INNOPOLIS melaksanakan program pecutan jangka panjang bagi memanfaatkan keupayaan IR mereka untuk syarikat Korea dan memilih 10 syarikat pemula Korea yang cemerlang dan menyokong syarikat berkenaan agar berpeluang untuk mempamerkan teknologi dan penyelesaian terbaru bagi meningkatkan kesedaran global serta memperkukuh kerjasama dengan pasaran luar negara. INNOPOLIS mengambil bahagian dalam SWITCH 2024 (Singapore) menerusi pelbagai aktiviti: mengadakan pameran di bawah Pavilion INNOPOLIS, menganjurkan Hari Demo Global INNOPOLIS; dan hadir sebagai penceramah dalam SWITCH di Sidang Kemuncak AIMX 2024.
Di bawah Pavilion INNOPOLIS, 10 syarikat pemula Korea yang cemerlang mempamerkan teknologi terbaru mereka dalam pelbagai bidang: kecerdasan buatan (AI) dan teknologi mesra alam, bioteknologi, robotik dan sebagainya serta menarik minat yang ketara daripada rakan niaga dan pelabur global. Selain itu, Pavilion INNOPOLIS turut melakar kejayaan mereka di SWITCH 2024 dengan mara ke Pusingan Akhir pertandingan pic SLINGSHOT - acara utama SWITCH 2024 dan pertandingan syarikat pemula global. AgosVision, yang membangunkan sensor penglihatan 3D medan luas, menggamit perhatian dengan dipilih sebagai 50 TERBAIK di SLINGSHOT 2024.
Di Sidang Kemuncak AIMX 2024, INNOPOLIS mengadakan sebuah sesi Korea dengan tema 'Taklimat dan Kemas Kini AI: Korea Selatan'. Mereka menganjurkan ceramah panel yang terdiri daripada 4 orang pakar AI dari Korea Selatan dalam pelbagai bidang yang berhimpun dan memberikan pandangan tentang industri AI Korea semasa dan meramalkan masa depan AI. Di samping itu, melalui seminar ini, 4 orang pakar AI dari Korea Selatan turut menjelaskan sokongan daripada Kerajaan kepada industri AI yang merupakan sebab mengapa AI Korea menjadi salah satu peneraju di dunia.
Pada Hari Demo Global INNOPOLIS, Edward Tay - Bendahari Kehormat SGTech daripada SG Tech Singapore, turut dikenali sebagai Duta SWITCH, membentangkan tentang penembusan pasaran global dan pembinaan rangkaian kerjasama syarikat Korea, berkata, "Banyak modal teroka (VC) dan pembeli di Asia Tenggara, termasuk Singapura, menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi dan produk inovatif syarikat pemula Korea". Semasa acara ini, syarikat Korea mengemukakan dan memperkenalkan teknologi serta produk inovatif syarikat pemula mereka kepada pelabur dan pembeli utama di Asia Tenggara, syarikat Korea meluaskan peluang kerjasama global melalui rangkaian B2B.