omniture

Mengharungi Gelombang: Perniagaan dan Pelabur Mengintai Peluang dalam Ekonomi Biru ASEAN

UNDP Indonesia
2025-02-06 11:06 25

JAKARTA, Indonesia, 6 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala komuniti perniagaan global memberikan penekanan yang lebih tinggi kepada kemampanan, potensi ekonomi biru ASEAN menawarkan peluang baharu untuk perniagaan dan pelabur yang berpandangan jauh. Ekspo Inovasi Biru ASEAN dan Pemadanan Perniagaan, yang dijadualkan berlangsung pada 19 Februari 2025 di Menara Mandiri Jakarta, akan menghimpunkan syarikat pemula, perniagaan, pelabur, penggubal dasar dan rakan kongsi pembangunan untuk meneroka inovasi termaju dari ASEAN dan Timor-Leste. Bermula daripada akuakultur pacuan digital kepada bioteknologi, alternatif plastik dan pemuliharaan karbon biru, acara ini akan membawakan usaha niaga yang memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan dalam masa yang sama melindungi ekosistem marin dan air tawar.

ASEAN Blue Economy Innovation Expo and Business Matching
ASEAN Blue Economy Innovation Expo and Business Matching

Membuka Peluang Pelaburan untuk Ekonomi Biru

Acara ini menyaksikan kemuncak Projek Inovasi Ekonomi Biru ASEAN (ABEI) yang dimulakan oleh UNDP Indonesia, Sekretariat ASEAN dan Misi Tetap Jepun di ASEAN, yang dibiayai oleh Kerajaan Jepun. Sejajar dengan Rangka Kerja Ekonomi Biru ASEAN yang diterima pakai pada tahun 2023, projek ini bertujuan memacu penggunaan mampan sumber lautan dan perairan darat demi pertumbuhan inklusif di seluruh ASEAN dan Timor-Leste.

Tatkala masyarakat pesisir pantai di seluruh ASEAN dan Timor-Leste bergelut dengan kenaikan paras air laut dan penangkapan ikan berlebihan yang mengancam bekalan makanan global, keperluan terhadap penyelesaian yang inovatif menjadi semakin mendesak. Pelabur dan komuniti perniagaan yang mantap mempunyai peluang unik untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif ini.

Penyelesaian Inovatif dari Seluruh ASEAN

Ekspo ini akan menampilkan 60 inovasi daripada syarikat pemula, PMKS, NGO dan institusi akademik, dipilih daripada lebih 1,300 permohonan, yang membangunkan penyelesaian dalam empat bidang utama, seperti perikanan dan akuakultur mampan, pencemaran plastik, isu iklim dan pelancongan mampan. Sebagai tambahan kepada kemuncak 60 sesi pic, acara ini menampilkan ceramah yang memberikan inspirasi dan perbincangan panel yang diketuai oleh pelabur impak yang terkemuka serta pemimpin perniagaan biru di negara-negara ASEAN.

Mengapa Sekarang? 

Ekonomi biru membawakan paradigma baharu untuk peranan lautan. Menjelang tahun 2030, sumbangannya kepada ekonomi global diunjurkan mencecah $3 trilion, menjana 43 juta peluang pekerjaan, dengan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan inklusif di ASEAN. Dengan minat negara-negara ASEAN yang semakin meningkat terhadap keterjaminan makanan, keneutralan karbon dan sisa plastik sifar, di samping mempercepatkan pendigitalan dan AI, masanya sudah tiba untuk memfokuskan pada potensi ekonomi biru. Peserta di acara ini akan memperoleh pandangan tentang barisan hadapan sektor berpotensi tinggi ini, lalu membantu membentuk masa depan ekonomi marin dan air tawar yang mampan di ASEAN.

Dapatkan tempat anda sekarang dan jadilah sebahagian daripada masa depan inovasi biru! Daftar di sini: https://www.undp.org/indonesia/asean-blue-innovation-challenge.

Hubungi 
nabilla.rahmani@undp.org

Source: UNDP Indonesia
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Travel Utilities Water Utilities Environmental Issues Trade show news Future Events Artificial Intelligence