omniture

Worldwide Partners Lancar "Confessions of a CMO," Kajian Global Anonim Pertama yang Mendedahkan Cara CMO Berkembang di Bawah Tekanan

Worldwide Partners
2025-12-03 23:33 2

DENVER, 3 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Dapatan dalam Confessions of a CMO (Pengakuan CMO), laporan global baharu oleh Worldwide Partners, mencabar sentimen umum bahawa peranan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) semakin berkurangan. Menerusi temu bual anonim bersama CMO di seluruh dunia, Confessions of a CMO, sebuah kajian kualitatif pertama seumpamanya yang ditugaskan oleh rangkaian agensi paling kolaboratif di dunia, membongkar cara para CMO menyesuaikan diri dan terus cemerlang di tengah perubahan besar dalam kepimpinan serta budaya korporat.

Selama bertahun-tahun, penganalisis meramalkan kepupusan CMO apabila tajuk berita mengisytiharkan peranan itu sudah lapuk, dengan alasan bajet yang semakin mengecil, tempoh perkhidmatan yang lebih singkat, serta pengaruh yang kian merosot. Namun, seperti yang didedahkan dalam Confessions of a CMO, hakikatnya adalah sebaliknya: kepimpinan pemasaran bukan semakin pupus, tetapi sedang berkembang.

"Sudah terlalu lama kita membaca 'ruangan obituari' untuk peranan CMO," kata John Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Partners. "Tetapi penyelidikan kami menunjukkan bahawa spesies ini tidak pupus tetapi mereka bermutasi. CMO menyesuaikan diri ke bentuk kepimpinan baharu yang dibina untuk menghadapi ketidaktentuan, perubahan dan kerumitan."

Berbeza daripada tinjauan pasaran tradisional atau penanda aras prestasi, Confessions of a CMO mendekati topik ini melalui lensa pengakuan — sebahagian antropologi, sebahagian psikologi.

CMO dari pelbagai industri dan benua berkongsi secara anonim sepenuhnya, mendedahkan refleksi tanpa penapis tentang bagaimana mereka bertahan dan berkembang di bawah tekanan perniagaan yang belum pernah berlaku — daripada pecutan teknologi hingga perpecahan budaya dan ketidakstabilan eksekutif.

Seorang CMO mengaku: "Anda mahukan CMO yang pakai kafling? Anda sedang mengupah orang yang salah. Jika pemimpin pemasaran anda kelihatan seperti jurubank anda, anda ada masalah. Sama seperti jika CFO anda masuk memakai jeans dan hoodie — panggil pengawal keselamatan."

Para pemimpin dikategorikan ke dalam "spesis" CMO moden yang unik, termasuk Chief Mutiny (Ketua Pemberontak), Missing (Yang Hilang/Tidak Kelihatan), dan Mood Officers (Pegawai Suasana) — setiap satu ditakrifkan oleh strategi adaptif tersendiri. Ada yang mencetuskan perubahan, ada yang menstabilkan; ada yang memimpin secara terbuka, ada yang melalui pengaruh senyap. Secara kolektif, mereka mewakili taksonomi kepimpinan baharu yang mencerminkan peranan pemasaran yang berterusan sebagai sistem saraf organisasi, merasai dan mentafsir perubahan sebelum ia menjadi krisis.

Laporan ini boleh didapati di laman web ConfessionsofaCMO.com

Maklumat tentang Worldwide Partners
Worldwide Partners, Inc. (WPI), rangkaian agensi paling kolaboratif di dunia, memacu pertumbuhan melalui akses, fleksibiliti dan jalinan kerjasama. Dengan lebih 90 agensi di lebih 50 negara, Worldwide Partners berperanan sebagai hab yang menggembleng bakat, kepakaran dan keupayaan pelbagai rakan agensi untuk mentakrif semula pertumbuhan bagi jenama dan agensi.

Butiran Hubungan Media
Angie Pascale
Pengarah Kandungan Global
+1 303 406 1728
angie@worldwidepartners.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2835650/Worldwide_Partners_Confessions_of_a_CMO_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Worldwide Partners
Keywords: Advertising Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research