![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 7 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets, platform perdagangan berbilang aset global yang terkemuka, dengan gembiranya mengumumkan kerja samanya dengan Ferrari, salah satu pasukan paling ikonik dalam sukan permotoran. Kolaborasi ini, bermula 13 Januari 2025, akan menyaksikan Vantage menjadi Rakan Kongsi Rasmi pasukan Scuderia Ferrari HP F1, menandakan satu peristiwa penting untuk kedua-dua jenama dalam usaha mereka mengejar kecemerlangan.
Sebagai Rakan Kongsi Rasmi, Vantage akan ditampilkan dalam ekosistem Formula 1 Ferrari dan merentasi platform Ferrari, sebagai sebahagian daripada ikatan yang merangkumi nilai kebersamaan dalam mengejar kecemerlangan dan inovasi.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif di Vantage, menyatakan semangatnya:
"Bekerjasama dengan Ferrari merupakan satu peristiwa penting yang menarik untuk Vantage. Legasi kelajuan dan inovasi Ferrari mencerminkan komitmen kami sendiri untuk memperkasakan pedagang dengan alatan termaju dan prestasi luar biasa. Kami bersama-sama berhasrat untuk memberi inspirasi kepada komuniti global kami dengan gabungan sempurna antara sukan permotoran dan kepakaran perdagangan."
Lorenzo Giorgetti, Ketua Pegawai Hasil Perlumbaan di Scuderia Ferrari HP: "Kami berbesar hati mengalu-alukan Vantage Markets sebagai rakan kongsi rasmi Scuderia Ferrari HP. Kolaborasi ini dibina berasaskan nilai inovasi, kejituan dan prestasi yang dikongsi bersama—prinsip-prinsip teras yang mendorong kedua-dua pasukan kami di Formula 1 dan Vantage dalam dunia perdagangan. Kami tidak sabar bagi kerjasama ini untuk berinteraksi dengan khalayak global kami dengan cara baharu yang menarik."
Menerusi usaha yang menarik ini, Vantage Markets bersedia untuk memberi ganjaran kepada penggunanya dengan pengalaman yang luar biasa dan dalam masa yang sama turut bersama peminat sukan permotoran di seluruh dunia bagi menyokong Scuderia Ferrari HP.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian yang menarik ini dan apa yang menanti di masa hadapan, kunjungi laman web.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Memperdagangkan produk kewangan melibatkan risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang.