KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Cloud4C, salah satu penyedia perkhidmatan terurus awan memfokuskan aplikasi, didorong oleh AI yang terkemuka di dunia, telahpun diperakui oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Sebagai penyedia penyelesaian keselamatan siber hujung ke hujung, kelayakan ini sejajar dengan misi Cloud4C untuk terus menerajui transformasi IT canggih, bertumpukan pengutamaan keselamatan dan patuh kepada organisasi-organisasi di seluruh Malaysia.
Akreditasi NACSA Cloud4C memberi meletakkannya dalam kalangan penyedia keselamatan siber berlesen elit Malaysia, memastikan penyelesaian awan industri & konglomerat yang selamat dan mematuhi kerajaan. Pengiktirafan ini menonjolkan kepakarannya dalam melindungi IT misi kritikal dan komitmen terhadap transformasi digital kalis risiko.
Dilancarkan pada tahun 2017, NACSA ialah agensi yang terkemuka untuk hal keselamatan siber di Malaysia. Justeru itu, pensijilan ini merupakan tanda bagi segala-gala yang dicari terhadap penyedia penyelesaian keselamatan siber yang berkebolehan dan boleh dipercayai - pematuhan kepada amalan keselamatan siber terbaik dalam kelasnya, pematuhan kepada peraturan kerajaan yang ketat dan keupayaan untuk menjamin infrastruktur IT yang kritikal. Pensijilan ini selanjutnya memungkinkan Cloud4C untuk menyokong organisasi-organisasi Malaysia bagi membina dan mengukuhkan kubu digital mereka terhadap ancaman siber yang semakin berkembang.
Meningkatkan Keselamatan Siber demi Pertumbuhan Digital Malaysia
Menerusi 350 juta 'pengguna digital', Malaysia sudahpun melalui transformasi digital. Namun begitu, hal ini turut mendedahkan organisasinya kepada peningkatan risiko daripada serangan siber yang sofistikated. Cloud4C telah lama menyampaikan penyelesaian keselamatan yang disesuaikan seperti Pengesanan dan Tindak Balas Lanjutan Terurus (MXDR), perkhidmatan SOC kepada beberapa pengusaha perbankan, tenaga dan kerajaan di seluruh dunia dan dalam masa yang sama memfokuskan pada setiap keperluan unik mereka. Pensijilan NACSA merupakan satu rangsangan yang dialu-alukan kerana ia dapat memperkukuh keupayaan Cloud4C untuk terus melakukan hal berkenaan.
"Pensijilan ini merupakan tanda komitmen berterusan kami untuk menyampaikan kecemerlangan keselamatan siber di Malaysia. Dengan akreditasi NACSA yang menjadi rebutan ini, kami lebih diperkasakan untuk meningkatkan keselamatan dan pematuhan pelanggan kami, terutamanya dalam sektor-sektor yang dikawal selia dengan tinggi," seperti yang direnungkan oleh Chanakya Levaka, Ketua Pegawai Operasi, Cloud4C.
Latar Belakang Cloud4C
Cloud4C ialah penyedia perkhidmatan terurus awan global yang terkemuka, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4,000 pelanggan merentas lebih 30 negara. Dengan tumpuan yang kukuh untuk menyampaikan perkhidmatan terurus hujung ke hujung, Cloud4C membantu perniagaan mempermudah perjalanan awan mereka dalam satu SLA 99.95% bermula daripada infra hingga log masuk aplikasi. Penyelesaian awan syarikat yang mantap dan boleh diskala memperkasakan organisasi untuk mempercepat inovasi, meningkatkan kecekapan operasi dan mencapai ketangkasan perniagaan. Kami telah membuktikan kepakaran dalam menyampaikan penyelesaian keselamatan siber hujung ke hujung, termasuk MXDR, perkhidmatan Pusat Operasi Keselamatan (SOC), awan industri selamat, pengesanan ancaman, tindak balas insiden dan pengurusan pematuhan.
Hubungi: Bhavya Muthyala, bhavya.muthyala@cloud4c.com