PARIS, 11 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia IMCAS 2025, kongres estetik saintifik yang terbesar di dunia, telahpun diadakan secara besar-besaran di Paris mulai 30 Januari hingga 1 Februari, meraikan ulang tahunnya yang ke-26.
Singclean Medical mempamerkan isian HA utamanya, Singfiller dan Singderm, bersama-sama dengan pelbagai inovasi estetik perubatan regeneratif di IMCAS. Sementara itu, Singclean berjaya mengadakan Simposium Pakar Estetik Global Singclean sulung bersama Young Plastic Surgeon Medical Beauty Service Co.,Ltd. dan Lazeo, pusat perubatan estetik yang terkemuka di Perancis. Acara ini menghimpunkan pakar global untuk meneroka kemajuan terkini dalam teknik suntikan dan menggalakkan pertukaran konsep estetik Timur dan Barat serta menyuburkan lagi kehidupan baharu dalam industri perubatan estetik global.
Pembukaan besar-besaran Simposium Pakar Estetik Global Singclean diberi penghormatan untuk mengalu-alukan pakar bedah plastik antarabangsa yang terkemuka Dr. Matt Stefanelli dan pakar bedah plastik Jerman Dr. Sercan. Dr. Sercan berkongsi pandangannya tentang trend yang semakin berkembang dalam perubatan estetik Barat, mengetengahkan permintaan yang semakin meningkat terhadap prosedur berbilang tapak, berbilang dos dan bilangan pesakit lelaki yang semakin meningkat dalam mendapatkan rawatan estetik.

Figure 3 Dr. You Xi, the Champion of Singfiller International Injection Competition shared her expertise in using Singfiller to achieve exceptional results in facial contouring.
Simposium ini turut dipaparkan melalui pembentangan oleh Dr. You Xi, Juara Pertandingan Suntikan Antarabangsa Singfiller untuk berkongsi kepakarannya dalam menggunakan Singfiller bagi mencapai hasil yang luar biasa dalam kontur wajah dalaman dan juga luaran.
Memupuk kepimpinan akademik tempatan merupakan tumpuan utama Simposium. Bagi memperoleh pandangan yang lebih mendalam, Cik Luo Laidi, Pengarah Perniagaan Global Singclean, mengetuai sebuah pasukan untuk melawat Lazeo, peneraju dalam bidang perubatan estetik di Eropah, dengan 170 klinik estetik perubatan di Perancis dan Belgium. Lawatan berkenaan menawarkan pandangan secara langsung tentang prosedur rawatan termaju dan perkhidmatan teliti Lazeo.
Melalui demonstrasi secara langsung, Dr. You Xi memaparkan kuasa transformatif Singderm dalam mencipta kontur wajah yang lebih jelas dan muda.
Produk estetik perubatan regeneratif Singclean, termasuk Kalsium Hidroksilapatit, Asid Poli-L-laktik dan Polideoksiribonukleotida juga menarik perhatian ramai di Simposium ini.
Pada tahun 2025, Singclean Medical akan meneruskan jelajah global bagi Kelas Pakar Suntikannya, terus mengundang pakar estetik antarabangsa yang terkemuka untuk mengendalikan satu siri bengkel dan sesi latihan. Acara ini bertujuan untuk memudahkan pertukaran ilmu pengetahuan dan kolaborasi dalam kalangan ahli profesional perubatan di seluruh dunia, lalu memacu kemajuan industri perubatan estetik global.