omniture

Gupshup Mempercepat Penerimagunaan AI Untuk Perniagaan dengan Agen AI Prabina, Terlatih Dari Segi Industri Dan Multimod

Gupshup Technologies
2025-02-13 16:30 132

JAKARTA, Indonesia, 13 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Gupshup, platform Perbualan AI yang terkemuka di dunia pada hari ini mengumumkan pelancaran Perpustakaan Agen AI, rangkaian rintisan 15 Agen AI prabina dan boleh disesuaikan dengan pengetahuan industri yang mendalam bagi membantu perniagaan mempercepat masa ke pasaran secara dramatik. Perpustakaan Agen ini membolehkan perusahaan menggunakan interaksi dikuasakan AI yang canggih dengan pantas, membolehkan pengguna awal mempercepat pertumbuhan hasil dengan ketara dan menambah baik pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi. Pelancaran Agen AI ini mencerminkan misi Gupshup untuk membolehkan perniagaan berkembang maju dalam era AI Perbualan.

Gupshup's AI Agents are set to transform everyday customer experience
Gupshup's AI Agents are set to transform everyday customer experience

Agen AI yang disesuaikan mengikut industri ini direka bentuk khusus untuk keterlibatan B2C merentasi kitaran hayat perniagaan pemasaran, penjualan dan sokongan. Agen AI ini memanfaatkan LLM untuk interaksi pelanggan kaya, disepadukan dengan lancar bersama sistem bahagian belakang dan boleh digunakan dengan pantas dalam persekitaran saluran omni, iaitu merentasi saluran pemesejan termasuk WhatsApp, SMS, RCS, Voice, Web dan Aplikasi Mudah Alih 

"Agen AI Perbualan pada asasnya mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan masing-masing. Sebagai organisasi yang mengutamakan teknologi yang secara tekal menjadi peneraju pada setiap peringkat evolusi industri pemesejan perbualan, Gupshup berada pada kedudukan unik untuk membawa Agen AI generasi akan datang ini", kata Beerud Sheth, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Gupshup.

Pelancaran awal termasuk beberapa Agen AI khusus yang direka bentuk untuk menyampaikan hasil perniagaan serta-merta merentasi pelbagai industri dan senario keterlibatan B2C utama. Industri termasuk Peruncitan & e-Dagang, Teknologi Kewangan, Perjalanan & Hospitaliti, Hartanah dan CPG/FMCG.

Sebagai contoh- Agen AI Generasi Peneraju secara autonomi mengumpul, melayakkan dan memupuk peneraju sambil mengatur kempen titisan yang disasarkan, tugasan yang secara tradisinya memerlukan campur tangan manual yang ketara. Agen AI Penemuan Produk mempercepat jualan dengan menyediakan penemuan produk perundingan dan saranan pintar.

Sebagai organisasi natif AI yang berkembang pesat, Gupshup telah menyepadukan kecerdasan buatan merentasi keseluruhan rangkaian produk dan operasi dalaman daripada suai tugas pekerja kepada kewangan, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan.

Maklumat Tentang Gupshup

Gupshup ialah platform terkemuka untuk membina dan menggunakan Agen AI Perbualan yang terlatih dari segi industri untuk setiap perniagaan merentasi pelbagai hal mengenai penggunaan pemasaran, perdagangan dan sokongan. Awan Perbualan Gupshup memperkasa interaksi multimod dengan agen AI yang terlatih dari segi industri supaya perniagaan boleh dilancarkan secara langsung dengan lebih pantas merentasi saluran termasuk Voice, WhatsApp, RCS, Web, Aplikasi Mudah Alih dan banyak lagi.

Dipercayai oleh 45,000+ pelanggan di 60+ negara merentasi industri, Gupshup mengendalikan 120B + mesej perbualan setiap tahun. Gupshup bekerjasama dengan banyak jenama terkemuka merentasi industri termasuk e-Dagang, peruncitan, pembayaran, teknologi kewangan, media, perjalanan, automotif dan perbankan untuk menyampaikan pengalaman perbualan transformatif yang mempercepat pertumbuhan dan mengoptimumkan kos.

Hubungan Media: Vandana V; vandana.v@gupshup.io 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2618915/DZN_2177_AI_agent_launch_PR.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2182479/Gupshup_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Gupshup Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment New products/services Financial Technology Artificial Intelligence