MANILA, Filipina, 13 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Februari, DreamSmart bergabung tenaga dengan Geely Auto untuk mengadakan sebuah persidangan keluaran produk baharu besar-besaran di Manila, ibu negara Filipina. Di persidangan ini, DreamSmart mempamerkan telefon pintar MEIZU Note 21 dan Mblu 21, serta cermin mata pintar, tablet, cincin, jam tangan dan produk-produk pintar senario-penuh yang lain.
Gu Binbin, pengurus bagi perniagaan luar negara DreamSmart, berkata: "Kami mempercepat pengembangan pasaran luar negara secara berterusan, memperdalam pembangunan pasaran Asia Tenggara dan bekerjasama dengan Geely untuk membina sebuah ekosistem teknologi mobiliti pintar global untuk terus meningkatkan daya saing kami di dunia."
Ini merupakan persidangan keluaran ketiga yang diadakan di luar negara oleh DreamSmart pada bulan lalu, di mana DreamSmart mengumumkan secara rasmi penembusannya ke pasaran Filipina selepas memasuki pasaran Indonesia dan Sri Lanka. Filipina ialah pasaran baru muncul yang dinamik di Asia Pasifik yang memiliki pasaran pengguna yang besar dan potensi pembangunan yang besar. Persidangan keluaran ini menyaksikan pengembangan selanjutnya jejak pasaran DreamSmart di Asia Tenggara dan Asia Selatan dan juga pelaksanaan strategi globalisasi DreamSmart yang dipercepat.
Bagi menyediakan pengalaman pintar yang lebih baik kepada pengguna luar negara, DreamSmart melancarkan banyak produk inovatif. MEIZU Note 21 menunjukkan kombinasi yang sempurna antara prestasi unggul dan hayat bateri yang panjang. Bergantung pada paparan HD+ 6.74-inci dengan kadar segar semula tinggi 90Hz, MEIZU Note 21 menawarkan pengalaman visual yang luar biasa. Dengan bateri 6,000mAh yang menawarkan kapasiti ultra besar dan pengecasan pantas 18W, ia menghindarkan pengguna daripada mengalami kebimbangan bateri. Dari segi sistem imejnya, telefon pintar ini turut menggabungkan sistem tiga kamera belakang 50-megapiksel dan kamera hadapan 8-megapiksel untuk pengguna merakam detik-detik yang gemilang dalam hidup mereka.
MBLU 21 mencapai keseimbangan antara harga yang berpatutan dan kualiti. Kebanyakannya ditonjolkan oleh prestasi kos, Mblu 21 dilengkapi dengan paparan 6.79-inci, sistem dwi-kamera 13-megapiksel dan bateri 4,900mAh dengan hayat bateri yang panjang, bagi memenuhi keperluan pengalaman penggunaan harian melalui penampilan dan ketahanan yang hebat.
Pada masa ini, MEIZU Note 21 dan Mblu 21 telahpun dilancarkan di pasaran Filipina dan ia akan diikuti oleh produk-produk lain.
Di samping itu, DreamSmart turut mendemonstrasikan ekosistem senario-penuh yang dibina di bawah strategi Semua-dalam-AI. Ekosistem ini merealisasikan kesalinghubungan dan fungsi pelengkap bagi peranti yang berbeza dengan menghubungkan telefon pintar, cermin mata pintar, kereta pintar dan produk-produk pintar lain pada Flyme AIOS. Sebagai contoh, telefon pintar dan Maklumat Hiburan Dalam-Kenderaan dapat saling berhubung dengan lancar untuk merealisasikan sambungan akaun, data dan kuasa pengkomputeran, sementara jam tangan pintar dan cincin boleh digunakan untuk membuka kunci kenderaan dari jauh. Fungsi-fungsi ini diiktiraf oleh media dan khalayak di lapangan.
DreamSmart melaksanakan strategi teras globalisasi. Ketika ini, DreamSmart menjual telefon pintar di Asia Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah, Eropah dan wilayah-wilayah lain dan cermin mata pintar XR di Amerika Utara, Eropah dan wilayah-wilayah lain, serta mengeksport kereta yang dilengkapi dengan Flyme Auto ke Timur Tengah, Eropah Timur, Asia Pasifik dan wilayah-wilayah lain.
Pada masa depan, DreamSmart akan terus meningkatkan pelaburan bagi membangunkan pasaran luar negara dan melancarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna tempatan. Sementara itu, DreamSmart akan turut memanfaatkan rangkaian global dan kelebihan sumber Geely Auto bagi mempercepat pengembangan pasaran luar negara serta meningkatkan daya saing di dunia.