omniture

ATxEnterprise 2025 Raikan Lima Tahun Perkasa Teknologi Perusahaan, Keselamatan Siber dan Transformasi Digital

Informa Festivals
2025-02-15 01:29 21

SINGAPURA, 15 Februari 2025 /PRNewswire/ -- ATxEnterprise (ATxE) 2025, sebuah acara utama Asia Tech x Singapore (ATxSG), kembali untuk tahun kelimanya, menyediakan platform strategik untuk perusahaan, kerajaan dan pemimpin teknologi bagi memacu inovasi, kebingkasan keselamatan siber dan transformasi digital. Berlangsung mulai 27–29 Mei 2025 di Singapore Expo, edisi utama ini akan meneroka peranan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang dalam strategi perusahaan, perbatasan pertahanan siber seterusnya dan masa depan ketersambungan digital.

Asia's premier B2B tech event expands with the inaugural Enterprise Tech Awards, CISO Briefing, and Enterprise Tech Leaders Forum
Asia's premier B2B tech event expands with the inaugural Enterprise Tech Awards, CISO Briefing, and Enterprise Tech Leaders Forum

AI terus mentransformasikan operasi perniagaan dengan mengoptimumkan aliran kerja, mempercepat pembuatan keputusan dan mentakrifkan semula penglibatan pelanggan. Tinjauan Ketua Pegawai Eksekutif Global 2025 NTT mendapati bahawa 89% daripada Ketua Pegawai Eksekutif menganggap AI penting untuk keuntungan, dengan 77% merancang untuk meningkatkan pelaburan pada tahun ini. Tatkala perniagaan mengintegrasikan AI, mereka perlu mengimbangi automasi dengan inovasi berpusatkan insan dan dalam masa yang sama menumpukan pada kepercayaan digital, penyesuaian tenaga kerja dan risiko keselamatan siber. Pertimbangan etika, termasuk penggunaan AI yang bertanggungjawab dan mitigasi berat sebelah, kekal kritikal untuk memastikan AI berperanan sebagai kuasa untuk mencapai kemajuan dan bukannya gangguan. ATxE 2025 menyediakan platform penting untuk pemimpin industri meneroka aplikasi dunia sebenar AI dan membangunkan strategi untuk pertumbuhan perusahaan yang mampan dan bertanggungjawab.

Baharu di ATxE 2025  

Membangun berdasarkan legasinya, ATxE terus berkembang untuk memenuhi permintaan teknologi perusahaan, keselamatan siber dan transformasi infrastruktur digital yang semakin meningkat. Pada tahun 2025, acara ini memperkenalkan tiga inisiatif strategik baharu yang bertujuan untuk memperdalam penglibatan industri dan memacu perbualan yang bermakna mengenai masa depan teknologi:

  1. Enterprise Tech Awards  
    Mengiktiraf pemimpin berwawasan dan syarikat perintis, Enterprise Tech Awards 2025 meraikan pelopor yang mentakrifkan semula teknologi perusahaan di seluruh Singapura dan rantau APAC. Dengan lebih 10 kategori anugerah, termasuk Peneraju Teknologi Tahunan, Pakar Teknologi Wanita Tahunan dan Kecemerlangan dalam Infrastruktur Rangkaian, anugerah ini memberi penghormatan kepada pencetus perubahan, kecemerlangan industri dan inovasi rintis. Pencalonan ditutup pada 28 Februari, dengan pengundian awam bermula pada 3 Mac. Panel terkemuka daripada DHL, Omdia dan Mandai Wildlife Group akan menilai finalis.
  2. Forum Pemimpin Teknologi Perusahaan 
    Sidang kemuncak berdasarkan jemputan sahaja yang menghimpunkan eksekutif berpangkat tinggi untuk meneroka transformasi perniagaan dipacu AI, kepimpinan keselamatan siber dan evolusi infrastruktur digital. Forum eksklusif ini membolehkan pembuat keputusan untuk memanfaatkan peluang baru muncul, mengurangkan risiko perusahaan dan memaksimumkan ROI dalam ekonomi digital berkuasa AI.
  3. Taklimat Teknologi CISO Sesi eksekutif tertutup yang direka untuk Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO). Taklimat ini memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan mengenai keselamatan berkuasa AI, mitigasi ancaman siber dan anjakan kawal selia global, melengkapkan pemimpin keselamatan dengan strategi kritikal untuk melindungi infrastruktur perusahaan.

Acara Utama & Kepimpinan Pemikiran Global Kembali

Bersama-sama inisiatif baharu ini, ATxE 2025 mengalu-alukan kembali acara utamanya, menetapkan agenda untuk teknologi perusahaan, AI dan ketersambungan. BroadcastAsia, CommunicAsia, SatelliteAsia, TechXLR8 Asia dan Sidang Kemuncak AI Singapura* akan menghimpunkan pemimpin global, perusahaan dan penginovasi bagi meneroka trend baru muncul, peluang pelaburan dan teknologi rintis yang membentuk ekonomi digital.

Di samping itu, ATxSummit, acara utama yang dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA), akan kembali pada 28-29 Mei di Capella Singapore. Acara berdasarkan jemputan sahaja ini akan memfokuskan pada topik-topik seperti AI agentik dan terkandung, keselamatan AI, pengkomputeran kuantum dan kemampanan digital melalui satu siri sidang pleno. Acara ini akan turut membawakan perbincangan meja bulat kerajaan-kepada-kerajaan (G2G) dan kerajaan-kepada-perniagaan (G2B) yang eksklusif untuk memupuk perkongsian lebih erat antara sektor awam dan industri digital.

Menerusi lima pameran antarabangsa, 15 sidang kemuncak dan trek persidangan serta peluang rangkaian yang luas, ATxE kekal sebagai platform yang paling utama untuk kolaborasi industri, inovasi dan pertumbuhan perniagaan. Barisan pemimpin industri yang berpengaruh pada tahun ini termasuk:

  • Rika Nakazawa, Ketua Pegawai Inovasi Komersial, NTT Global 
  • Vivek Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapore
  • Karen Clark, Ketua Pegawai Eksekutif, Telstra 
  • Tadeusz Chomicki, Duta untuk Hal Ehwal Siber dan Teknologi, Kementerian Luar Negeri, Poland 
  • Felix Sim, Ketua Pegawai Eksekutif, Salad Ventures
  • Heidi Ahokallio-Leppälä, Naib Presiden, HAME University of Applied Sciences 
  • David Goh, Ketua CRADLE (Center for Robotic-Augmented Design in Living Experiences), Hyundai 

Elle Quan, Ketua Persidangan di Informa Festivals, mengetengahkan pengaruh berterusan acara ini:

"Hanya dalam tempoh lima tahun, ATxE berkembang menjadi neksus global untuk teknologi perusahaan, menyatukan pemimpin dari lebih 110 negara dan wilayah untuk memacu inovasi, memperkukuh kebingkasan keselamatan siber dan memajukan infrastruktur digital. Perkongsian pengetahuan rentas pasaran mempercepat transformasi dan Singapura—terkenal sebagai hab untuk kecemerlangan perusahaan—menyediakan persekitaran yang ideal untuk perbincangan berprofil tinggi ini.

Tatkala Singapura menghampiri ulang tahunnya yang ke-60, kita harus terus menerobos sempadan inovasi untuk membina ekonomi digital yang lebih bingkas, terjamin dan berdaya saing. Tatkala teknologi mencapai kemajuan pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia tidak lagi boleh dianggap sebagai penggerak—ia merupakan kuasa yang membentuk cara perniagaan beroperasi, berhubung dan mencipta peluang pertumbuhan yang baharu. Tahun ini, kami meninggikan standard menerusi inisiatif baharu yang memupuk kolaborasi yang lebih mendalam dan impak dunia sebenar. Sebagai titik pertemuan global untuk perusahaan, kerajaan dan pemimpin teknologi, kami tetap komited untuk membentuk perbatasan kemajuan digital yang seterusnya."

Membentuk Masa Depan AI dan Ekonomi Digital

ATxE 2025 akan menonjolkan impak transformatif AI merentas industri, menawarkan peluang yang tiada tandingan kepada pemimpin perniagaan untuk berinteraksi dengan pakar global, pengawal selia dan penginovasi. Hadirin akan memperoleh pandangan yang boleh diambil tindakan terhadap landskap digital yang semakin berkembang, melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang diperlukan untuk mengemudi transformasi perusahaan dipacu AI secara bertanggungjawab dan berkesan

Memandangkan perniagaan terus menghadapi cabaran dan peluang baharu, perbincangan di ATxE 2025 akan memperkasakan pemimpin untuk membuat keputusan termaklum yang memacu inovasi, kemampanan dan pertumbuhan yang bertanggungjawab.

Kami mengundang pemimpin industri dan penginovasi untuk menyertai kami di Singapura mulai 27 - 29 Mei 2025 di acara utama ATxSG dan menghantar pencalonan anda untuk Enterprise Tech Awards selewat-lewatnya pada 28 Februari.

Untuk maklumat lanjut mengenai agenda acara, penceramah dan pendaftaran, sila kunjungi: https://asiatechxsg.com/atxenterprise/.

Latar Belakang Asia Tech x Singapore (ATxSG)

ATxSG 2025 ialah acara teknologi terkemuka Asia yang dianjurkan bersama Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) dan Informa Festivals, disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Acara ini terdiri daripada dua segmen utama, ATxSummit dan ATxEnterprise.

Latar Belakang Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) 

Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) menerajui transformasi digital Singapura dengan membangunkan ekonomi digital yang rancak dan masyarakat digital yang inklusif. Sebagai Arkitek bagi Masa Depan Digital Singapura, kami memupuk pertumbuhan dalam sektor Teknologi dan Media Infocomm seiring dengan pengawalseliaan yang progresif, memanfaatkan teknologi perbatasan dan membangunkan bakat tempatan dan ekosistem infrastruktur digital untuk mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai metropolis digital. Untuk berita dan maklumat lanjut, kunjungi www.imda.gov.sg

Latar Belakang Informa Festivals 

Informa Festivals merupakan tumpuan bagi acara yang diterajui pengalaman oleh Informa. Dalam lima pasaran global dan bergerak pantas, kami memberi inspirasi dan meraikan perniagaan dengan acara yang menyampaikan pengalaman unik, aktiviti imersif, kandungan berimpak tinggi, hubungan berkuasa dan pemerkayaan peribadi. Festival Teknologi antarabangsa terkemuka kami termasuk London Tech Week, Africa Tech Fest dan Asia Tech x Singapore.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.informa.com/divisions/informa-festivals/

*Lampiran A: Penerangan Acara Utama ATxEnterprise

  • BroadcastAsia: Destinasi utama untuk pemimpin penyiaran, media dan hiburan Asia meneroka masa depan industri dan mewujudkan strategi inovatif untuk mencapai pertumbuhan.
  • CommunicAsia: Platform dinamik yang menyatukan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP), pengubah pasaran, vendor teknologi, penyepadu sistem, penyedia awan dan pihak berkepentingan ICT lain untuk menganalisis dan mengemudi landskap telekomunikasi yang semakin berkembang.
  • SatelliteAsia: Mempamerkan inovasi dan penyelesaian termaju daripada penyedia komunikasi satelit yang terkemuka di dunia.
  • TechXLR8 Asia: Melaluinya, individu berwawasan dalam AI, Keselamatan Siber, IoT, Awan, Data, Teknologi Kuantum dan Blok Rantai berhimpun untuk memanfaatkan kuasa transformatif teknologi disruptif untuk bandar dan perniagaan di seluruh rantau APAC.
  • Sidang Kemuncak AI: Acara kemuncak ATxEnterprise, menghimpunkan pemimpin dan penggemar AI di seluruh dunia sejak tahun 2016. Tahun ini, fokus akan diberikan pada impak transformatif AI merentas industri, menyediakan hadirin dengan pandangan dan strategi yang boleh diambil tindakan untuk memanfaatkan kuasanya.

 

Source: Informa Festivals
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Cloud Computing / Internet of Things