MUNICH, 18 Mac 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425) dijangka akan mempamerkan barisan lebih 40 produk peralatan pembinaan dan melancarkan siri produk tenaga baharu di bauma 2025 yang akan berlangsung di Munich, Jerman mulai 7 hingga 13 April.
Sebagai pameran perdagangan yang terkemuka di dunia untuk jentera pembinaan, mesin bahan binaan, mesin perlombongan, kenderaan pembinaan dan peralatan pembinaan, bauma 2025 membawakan peluang kepada XCMG untuk mempamerkan pencapaian inovasi, teknologi, produk dan penyelesaiannya yang terkini. Bertemakan Solid Innovation for Green Tomorrow (Inovasi Mantap demi Masa Depan Hijau), barisan produk yang hebat daripada XCMG termasuk model-model terkemuka daripada enam kategori utama jentera angkat, jentera penggali, jentera angkut dan jalan raya, platform kerja udara, serta jentera bukan penggali.
XCMG akan berada di reruai FS.1005/4 di Messe München.
Bercita-cita untuk menjadi sebuah perusahaan yang terkemuka bagi rendah karbon dan pengurangan emisi, XCMG melaksanakan pelan hala tuju kemampanan secara aktif dan tegas dalam mengambil laluan pembangunan hijau iaitu inovasi hijau, pembuatan hijau dan produk hijau. Berpusatkan pada Dikuasakan oleh Inovasi Hijau, pameran XCMG di bauma 2025 akan memperkenalkan buat julung kalinya siri produk hijau, tenaga baharu dan dalam masa yang sama memfokuskan pada penyepaduan pembangunan tenaga baharu, sistem kewangan dan pembangunan selepas pasaran.
Dalam menghadapi cabaran masa depan, XCMG menggalakkan transformasi digital bermula daripada informatisasi tradisional, titik tunggal dan setempat kepada pendigitalan global, rantaian nilai penuh dan domain perniagaan penuh, meningkatkan keupayaan operasi kejat luar negara dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan setempat secara komprehensif, khususnya perkhidmatan selepas pasaran.
Sejak tahun 1992, XCMG mengembangkan skala pamerannya di bauma secara berterusan, menyumbang penyelesaian, inovasi pintar dan kuasa XCMG kepada industri jentera pembinaan global. Kini diiktiraf di lebih 190 negara dan wilayah, XCMG mengorak langkah dalam pasaran antarabangsa dan menyokong pembinaan infrastruktur global: ia berganding bahu dengan Rio Tinto dalam membangunkan projek bijih besi Simandou, rizab bijih besi gred tinggi terbesar yang belum diterokai di dunia; kumpulan ini menubuhkan pusat perkhidmatan nilai tambah Asia Barat dan Afrika Utara di UAE; dan eksport 100 unit peralatan perlombongan ke Australia menjadi tempahan terbesar setakat ini.
Di Eropah, XCMG akan terus menambah baik sistem dan rangkaian perkhidmatan, mengukuhkan pasukan perkhidmatan, menjalankan latihan profesional untuk mengatasi kesesakan perkhidmatan dan dalam masa yang sama, menyiapkan pembinaan pusat alat ganti Jerman, meningkatkan kecekapan logistik dan pengedaran alat ganti, serta pengurusan dan kesambutan pasaran.