omniture

Memperkasa Pengkomputeran Awan Mampan: MiTAC Bawakan Inovasi Pelayan Cekap Tenaga di CloudFest 2025

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-03-18 15:00 138

RUST, Jerman, 18 Mac 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings Corp. (TSE:3706) dan pengeluar yang terkemuka bagi reka bentuk platform pelayan, memperkenalkan platform awan cekap tenaga dan pelayan dipacu AI yang terkini di CloudFest 2025, Reruai #H12 & H13. Menampilkan pemproses AMD EPYC™ 9005 Series dan Intel® Xeon® 6, platform ini menonjolkan komitmen MiTAC terhadap pengkomputeran mampan, kecekapan kuasa yang dioptimumkan dan infrastruktur awan berprestasi tinggi.

Empowering Sustainable Cloud Computing: MiTAC Delivers Energy-Efficient Server Innovations at CloudFest 2025
Empowering Sustainable Cloud Computing: MiTAC Delivers Energy-Efficient Server Innovations at CloudFest 2025

Memajukan Kemampanan Awan dengan Pengkomputeran Cekap Tenaga

Tatkala beban kerja awan dan AI terus berkembang, pusat data menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk meningkatkan prestasi dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa. MiTAC Computing menangani cabaran ini dengan mereka bentuk penyelesaian pelayan yang mengimbangi kuasa pengkomputeran yang tinggi dengan kecekapan tenaga, membantu perusahaan dan penyedia awan meminimumkan kos operasi dan jejak karbon.

Platform pelayan yang terkini daripada MiTAC menggabungkan seni bina pemproses cekap kuasa, pengurusan beban kerja pintar dan reka bentuk terma termaju, membolehkan organisasi-organisasi meluaskan sumber pengkomputeran tanpa penggunaan tenaga yang berlebihan. Dengan memanfaatkan teknologi pecutan terbina dalam, lebar jalur ingatan dioptimumkan dan sambungan berkelajuan tinggi, MiTAC menyampaikan penyelesaian yang memaksimumkan kecekapan prestasi setiap watt.

Penyelesaian Berkuasa-AI: Prestasi dan Kecekapan untuk Beban Kerja Didorong AI

MiTAC mempamerkan barisan berasaskan Intelnya, termasuk MiTAC R2520G6 dwisoket 2U, pelayan pengkomputeran berprestasi tinggi namun cekap kuasa yang dioptimumkan untuk aplikasi AI, awan dan perusahaan. Ia menyokong ingatan DDR5 sehingga 8TB, lima slot PCIe 5.0 x16 dan konfigurasi storan fleksibel untuk SSD U.2 dan E1.S, memberikan prestasi boleh skala sekali gus mengekalkan kecekapan kuasa.

Dengan mengintegrasikan pemproses Intel Xeon 6, platform MiTAC menyediakan pemecut terbina dalam untuk beban kerja AI, keupayaan I/O berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa yang dioptimumkan, bagi memastikan pengkomputeran mampan yang berprestasi tinggi untuk pusat data moden.

Penyelesaian Berasaskan AMD: Memaksimumkan Kuasa Pengkomputeran dengan Reka Bentuk Mampan

Platform berkuasa AMD EPYC™ 9005 Series daripada MiTAC memberikan kecekapan prestasi setiap watt yang canggih, membolehkan penyedia awan dan AI menskalakan beban kerja dengan kecekapan tenaga maksimum.

MiTAC TYAN GC68C-B8056, pelayan soket tunggal 1U, dioptimumkan untuk beban kerja awan dan AI berketumpatan tinggi. Ia mempunyai dua puluh empat slot DIMM DDR5, dua belas ruang pertukaran panas NVMe U.2 2.5-inci tanpa alat dan reka bentuk terma berkecekapan tinggi untuk menyokong persekitaran awan moden. Integrasi pemproses AMD EPYC™ 9005 Series memastikan prestasi pengkomputeran yang utama dalam industri sekali gus mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah—membantu perusahaan meningkatkan kemampanan tanpa menjejaskan prestasi.

Dengan memanfaatkan pemproses AMD EPYC™ 9005 Series, penyelesaian daripada MiTAC memastikan pengkomputeran yang berprestasi tinggi dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, lalu membantu perusahaan mengurangkan permintaan kuasa pusat data sambil mengekalkan kecekapan pemprosesan.

Di samping itu, MiTAC mengetengahkan MiTAC TYAN TD76-B8058, pelayan berbilang nod 2U yang direka untuk penyedia perkhidmatan awan yang memerlukan kebolehskalaan yang tinggi. Dikuasakan oleh pemproses AMD EPYC™ 9004 Series, ia menawarkan empat nod servis hadapan, 16 slot RDIMM DDR5, empat bekas pemacu E1.S pertukaran panas, dua slot NVMe M.2 dan pertambahan yang fleksibel melalui slot mezanin LAN PCIe 5.0 dan OCP 3.0. Platform ini memberikan prestasi yang kukuh sambil mengekalkan kecekapan tenaga, seterusnya menjadikannya pilihan yang andal untuk aplikasi awan dan AI.

Kunjungi MiTAC di CloudFest 2025 untuk Meneroka Inovasi Pelayan Mampan

Platform pelayan berkuasa Intel dan AMD yang terkini daripada MiTAC menunjukkan masa depan pengkomputeran awan cekap tenaga, menyediakan perusahaan dengan penyelesaian termaju, mampan dan berprestasi tinggi.

Kunjungi MiTAC di Reruai #H12 & H13 di CloudFest 2025 untuk meneroka bagaimana inovasi ini meningkatkan kemampanan awan, mengoptimumkan kecekapan kuasa dan memacu masa depan AI dan pengkomputeran awan.

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation 

MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan kaedah yang ketat untuk menjamin kualiti tanpa kompromi bukan sahaja pada peringkat asas, tetapi yang lebih penting, pada peringkat sistem dan rak—di mana prestasi sebenar dan integrasi adalah paling penting. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing daripada yang lain dalam industri. Syarikat menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI demi menjamin prestasi dan kebolehskalaan optimum.

Dengan kehadiran global dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan kepada sokongan global—MiTAC Computing menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Memanfaatkan kemajuan yang terkini dalam AI dan penyejukan cecair, bersama-sama dengan integrasi produk pelayan Intel DSG dan TYAN baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol lantaran inovasi, kecekapan dan keandalannya, memperkasakan perniagaan untuk menangani cabaran masa depan.

Laman web MiTAC Computing Technology Corporation : https://www.mitaccomputing.com/

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Related Stocks:
Taiwan:3706 Tokyo:3706
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things