![]() |
SEOUL, Korea Selatan dan NEWPORT BEACH, California, 18 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), peneraju global bagi pergigian digital melancarkan penyelesaian All-on-X terkininya, Medit SmartX. Penyelesaian inovatif ini memperkasakan doktor implan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekosistem digital.
Medit SmartX berintegrasi dengan pelbagai badan imbasan implan, menawarkan kefleksibelan sambil membolehkan pengguna mengesahkan kedudukan implan dengan mudah tanpa memerlukan prosedur yang rumit atau pengimbas tambahan. Ia diintegrasikan dengan lancar ke dalam persediaan sedia ada, membolehkan pengguna memilih badan imbasan pilihan mereka (Scan Ladder, Smart Flag), seterusnya memaksimumkan kefleksibelan dan meminimumkan langkah tambahan.
Ciri-ciri Utama Medit SmartX termasuk:
Medit merevolusikan pasaran ini pada tahun 2018 dengan pengimbas intraoral pertamanya, menawarkan pilihan berkejituan tinggi dan mesra pengguna pada kos yang jauh lebih rendah berbanding pesaing. Susulan kejayaan ini, Medit memperkenalkan i700 yang paling laris terjual pada tahun 2021, i700 Wireless dan i600 pada tahun 2022 serta i900 pada tahun 2024, menyediakan rangkaian pengimbas yang lengkap untuk semua jenis praktis pergigian.
Medit meluaskan pengaruhnya melangkaui perkakasan pengimbas intraoral kepada perisian dan perkhidmatan, melalui perkongsian penyepaduan. Dengan menawarkan ekosistem terbuka dalam pergigian digital, Medit menyasarkan untuk mempengaruhi keseluruhan proses aliran kerja di klinik pergigian.
Latar Belakang Medit
Medit ialah penyedia global bagi pengimbas intraoral 3D dan platform pergigian digital semua-dalam-satu, berdasarkan teknologi canggihnya yang dipatenkan. Syarikat turut membangunkan perisian inovatif untuk pergigian digital, menyokong aliran kerja kolaboratif antara klinik pergigian dan makmal. MEDIT beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan sejak penubuhannya pada tahun 2000. Syarikat ini juga mempunyai wakil yang terletak di benua Amerika dan Eropah serta mempunyai rangkaian pengedar global di lebih 100 negara. Untuk maklumat terperinci mengenai produk dan perisian MEDIT, sila kunjungi laman web rasmi MEDIT (www.medit.com).