omniture

Vantage Markets Memenangi Tiga Anugerah Berprestij di Gazet International Magazine Annual Awards 2025

Vantage
2025-03-18 17:05 307

PORT VILA, Vanuatu, 18 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets bangga untuk mengumumkan pengiktirafan industri terkininya di Gazet International Magazine Annual Awards 2025, di mana ia diberi penghormatan dengan tiga anugerah unggul:

  • Platform Perdagangan Paling Inovatif Global 2025
  • Broker Paling Dipercayai Global 2025
  • Broker Paling Telus Global 2025

Anugerah ini mencerminkan komitmen berterusan Vantage terhadap inovasi teknologi, kepercayaan dan ketelusan, serta dedikasinya untuk meningkatkan pengalaman perdagangan untuk pelanggannya.

Vantage Markets Wins Three Prestigious Awards at the Gazet International Magazine Annual Awards 2025
Vantage Markets Wins Three Prestigious Awards at the Gazet International Magazine Annual Awards 2025

Gazet International Magazine Annual Awards meraikan kecemerlangan dalam pelbagai industri, mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan komitmen yang teguh kepada pelanggan mereka. Kriteria penghakiman fokus pada pencapaian, kepuasan pelanggan, inovasi, integriti, kecemerlangan operasi dan visi strategik bagi memastikan hanya organisasi-organisasi terbaik menerima penghormatan yang berprestij ini.

Memenangi anugerah "Platform Perdagangan Paling Inovatif Global 2025" menekankan dedikasi Vantage untuk memajukan teknologi perdagangan. Dengan meningkatkan infrastruktur perdagangannya, mempertingkat kefungsian platform dan mengintegrasikan alatan termaju secara berterusan, Vantage menyediakan pedagang dengan pengalaman perdagangan yang lancar, cekap dan berkuasa.

Gelaran "Broker Paling Dipercayai Global 2025" mengukuhkan lagi reputasi Vantage sebagai broker yang mengutamakan keselamatan pelanggan dan ketelusan. Pengiktirafan ini merupakan bukti kepercayaan yang diberikan oleh pedagang terhadap persekitaran perdagangan selamat Vantage, penetapan harga yang adil dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan.

Selain itu, dianugerahkan dengan "Broker Paling Telus Global 2025" menonjolkan komitmen Vantage yang tidak berbelah bahagi terhadap keterbukaan, kejujuran dan kebertanggungjawaban dalam perkhidmatannya. Ketelusan menjadi keutamaan dalam operasi Vantage, memastikan bahawa pedagang mendapat akses kepada maklumat yang jelas, harga yang kompetitif dan keadaan perdagangan yang adil sepanjang masa.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, menyatakan penghargaannya atas pengiktirafan ini: "Memenangi anugerah ini daripada Gazet International Magazine merupakan satu penghormatan yang besar dan mencerminkan nilai-nilai yang mentakrifkan Vantage. Inovasi, kepercayaan dan ketelusan menjadi tonggak kejayaan kami dan anugerah ini mengesahkan sekali lagi komitmen kami untuk menyediakan alat, teknologi dan sokongan terbaik kepada pedagang. Di Vantage, kami menerobos sempadan secara berterusan untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang bukan sahaja canggih tetapi turut dibina berasaskan integriti dan keandalan. Kami bersyukur atas pengiktirafan ini dan tetap berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman perdagangan buat pelanggan kami."

Tatkala Vantage terus berkembang di peringkat global, anugerah-anugerah ini berperanan sebagai asas yang kukuh untuk penambahbaikan selanjutnya dalam teknologi perdagangan, pengalaman pelanggan dan pendidikan kewangan. Syarikat ini tetap komited untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik dalam kelas dan memupuk persekitaran di mana pedagang boleh membuat keputusan termaklum dan mengurus perdagangan mereka dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan perdagangan memenangi anugerah Vantage, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.  

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Anugerah yang dinyatakan diberikan oleh Gazet International Magazine berdasarkan kriteria bebas dan tidak membayangkan kebenaran kawal selia atau ketersediaan perkhidmatan di semua wilayah. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology