omniture

Projek Ketersambungan DigiSchool Kenya Upayakan Pembelajaran Dalam Talian untuk Kanak-kanak Pekak

Huawei
2025-03-18 21:37 22

NAIROBI, Kenya, 18 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Huawei, UNESCO dan rakan kongsi kerajaan mengumumkan secara rasmi penyempurnaan Fasa II bagi Projek Ketersambungan DigiSchool Kenya yang menghubungkan 21 buah sekolah ke Internet, termasuk 6 buah sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas.

Students, teachers, and administrators at Machakos Primary School for the Deaf
Students, teachers, and administrators at Machakos Primary School for the Deaf

Sejajar dengan Agenda Lebuh Raya Super Digital kerajaan dan komitmen untuk menghubungkan semua sekolah Kenya ke Internet, projek DigiSchool ialah satu perkongsian antara Kementerian Pendidikan Kenya, Kementerian ICT dan Ekonomi Digital, Kenya Power (KPLC), UNESCO dan Huawei TECH4ALL.

Acara pengumuman ini, yang berlangsung di Sekolah Rendah Orang Pekak Machakos pada 14 Mac dirasmikan oleh Eng. John Tanui CBS, Setiausaha Utama untuk Jabatan ICT dan Ekonomi Digital Negeri di Kenya. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah untuk kanak-kanak pekak yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar gentian berkelajuan tinggi negara di bawah fasa kedua projek ini.

"Kami berada di sini di Sekolah Rendah untuk Orang Pekak Machakos bagi memastikan sekolah ini dihubungkan dengan gentian nasional agar mereka boleh belajar dengan lebih baik dan menyumbang kepada hasil pembelajaran yang dipertingkat. Memandangkan akses visual merupakan kunci untuk orang pekak, pakej ini juga merangkumi penyelesaian sidang video," kata Eng. John Tanui CBS, Setiausaha Utama untuk Jabatan ICT dan Ekonomi Digital Negeri. "Selaku kerajaan, kami mengiktiraf sokongan daripada pengusaha sektor swasta dalam menyampaikan program yang mengubah kehidupan sedemikian di Sekolah Rendah untuk Orang Pekak Machakos. Sesungguhnya, ini merupakan satu usaha besar yang memerlukan kolaborasi strategik bersama rakan kongsi seperti Huawei dan UNESCO. Kami berharap agar kami akan dapat terus mengubah kehidupan dan mata pencarian bersama-sama, tatkala kami meneruskan agenda rangkuman digital."

Peralatan sidang video membolehkan Institut Pendidikan Khas Kenya (KISE) memberikan sokongan jarak jauh kepada pentadbir sekolah, guru dan pelajar di sekolah pekak, lalu meningkatkan kapasiti pengajaran di sekolah dan menambah baik akses kepada pelbagai perkhidmatan.

"Menerusi penyelesaian ini, ketersambungan meningkatkan kecekapan pengurusan pendidikan. Ia membantu guru besar mengakses sistem pengurusan dalam talian. Ia meningkatkan akses kepada sumber pendidikan dalam talian – sama ada video, kurikulum atau pakar. Ketersambungan di dalam bilik darjah juga menjadikan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan. Di sekolah-sekolah yang memenuhi keperluan pendidikan khas, ketersambungan dapat membantu pakar menyediakan perkhidmatan penilaian dan rehabilitasi dari jauh," kata Stephen Zhang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Kenya.

Semasa acara pengumuman, para hadirin dapat mengalami sendiri bagaimana kanak-kanak menggunakan Internet di dalam kelas dan manfaat panggilan video dalam talian yang berpotensi antara pelajar dan pakar KISE.

"UNESCO bersiap sedia untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Kenya, Huawei dan semua pihak berkepentingan lain bagi memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat buat semua, seperti yang dinyatakan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 4 dan aspirasi Pelan Strategik Sektor Pendidikan Kebangsaan," kata Louise Haxthausen, Pengarah Pejabat Wilayah UNESCO untuk Afrika Timur.

Di bawah inisiatif rangkuman digital jangka panjangnya TECH4ALL, Huawei menyokong Projek Ketersambungan DigiSchool sejak pelancaran Fasa I dan bertanggungjawab bagi penilaian teknikal, reka bentuk penyelesaian, penyediaan peralatan serta pengurusan projek. Menghubungkan ke rangkaian gentian optik NOFBI kerajaan, akses semua-optik dan penyelesaian FTTR-B Huawei yang boleh digunakan dengan pantas mengupayakan sambungan Wi-Fi semua-optik yang berkualiti tinggi dan pengalaman rangkaian berkelajuan tinggi untuk kursus dalam talian dan kelas video secara langsung di sekolah-sekolah sasaran.

Fasa 1 projek DigiSchool menyambungkan 13 sekolah ke Internet, memberi manfaat kepada 6,000 orang pelajar dan guru. Penilaian Fasa I mendapati bahawa:

  • 98% pelajar mengatakan bahawa Internet memenuhi keperluan pendidikan mereka.
  • 84% melaporkan bahawa Internet menjadikan pembelajaran lebih menarik.
  • 71% mengatakan bahawa sumber dalam talian menjadikan idea yang kompleks lebih mudah difahami.

Latar Belakang TECH4ALL 

TECH4ALL ialah inisiatif dan pelan tindakan rangkuman digital Huawei dalam tempoh jangka panjang. Didayakan oleh teknologi dan perkongsian inovatif, TECH4ALL direka untuk mengupayakan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Kunjungi laman web Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami melalui X di https://x.com/HUAWEI_TECH4ALL 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements New products/services Cloud Computing / Internet of Things