Dalam siaran berita bertajuk Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026 Menggariskan Perubahan Pantas dan Risiko Baharu yang Muncul, yang dikeluarkan pada 4 Februari oleh Pejabat Pengerusi Laporan Keselamatan AI Antarabangsa menerusi PR Newswire, kami dimaklumkan oleh organisasi berkenaan bahawa beberapa perubahan telah dibuat. Siaran penuh yang telah dikemas kini adalah seperti berikut, dengan maklumat tambahan disertakan di bahagian akhir:
MONTREAL, 4 Februari 2026 /PRNewswire/ -- Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026 telah diterbitkan hari ini, menyediakan penilaian terkini, dikongsi di peringkat antarabangsa dan berasaskan sains mengenai keupayaan AI tujuan umum, risiko yang sedang muncul, serta keadaan semasa pengurusan risiko dan langkah perlindungan.
Dipengerusikan oleh pemenang Anugerah Turing, Yoshua Bengio, edisi kedua Laporan Keselamatan AI Antarabangsa ini menghimpunkan lebih 100 pakar antarabangsa dan disokong oleh Panel Penasihat Pakar dengan calon dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa, termasuk EU, OECD dan PBB. Dapatan laporan ini akan memaklumkan perbincangan di Sidang Kemuncak Impak AI yang akan dianjurkan oleh India lewat bulan ini.
Sorotan utama Laporan termasuk:
Pengerusi Laporan itu ialah Yoshua Bengio, Profesor Tertinggi di Université de Montréal, Pengarah Saintifik LawZero dan Penasihat Saintifik Institut AI Mila - Quebec, berkata:
"Sejak penerbitan Laporan Keselamatan AI Antarabangsa yang sulung setahun lalu, kita telah menyaksikan lonjakan ketara dalam keupayaan model, namun juga dalam potensi risikonya. Jurang antara kepantasan kemajuan teknologi dan keupayaan kita untuk melaksanakan langkah perlindungan yang berkesan kekal sebagai cabaran kritikal. Laporan ini bertujuan untuk membekalkan pembuat keputusan dengan bukti kukuh yang diperlukan bagi mengemudi AI ke arah masa depan yang selamat, terjamin dan memberi manfaat kepada semua. Melalui edisi keduanya, kami mengemas kini dan memperkukuh pemahaman bersama berasaskan sains mengenai evolusi pesat AI peringkat hadapan di peringkat global."
Menteri AI UK, Kanishka Narayan berkata:
"Kepercayaan dan keyakinan terhadap AI adalah penting untuk membuka potensi penuhnya. Ia merupakan teknologi yang akan menyampaikan perkhidmatan awam yang lebih baik, peluang pekerjaan baharu, serta inovasi yang mengubah kehidupan. Namun, kami juga bertekad untuk melindungi keselamatan orang ramai ketika teknologi ini berkembang. Pembangunan AI yang bertanggungjawab adalah keutamaan bersama, dan kita hanya dapat membentuk masa depannya untuk membawa perubahan positif jika bekerjasama. Laporan ini membantu kami melakukan perkara tersebut, menghimpunkan pakar dari seluruh dunia bagi memastikan kita memiliki asas bukti saintifik yang kukuh untuk membuat keputusan tepat hari ini, yang akan meletakkan asas kepada masa depan yang lebih cerah dan selamat."
Ashwini Vaishnaw -- Menteri Kereta Api, Penerangan & Penyiaran serta Elektronik & Teknologi Maklumat, Kerajaan India -- berkata:
"Seiring dengan sistem AI yang menjadi semakin berkeupayaan, keselamatan dan sekuriti kekal sebagai keutamaan kritikal. Laporan ini mengetengahkan pendekatan praktikal seperti penilaian model, ambang keupayaan berbahaya serta komitmen keselamatan 'jika-maka' bagi mengurangkan kegagalan berimpak tinggi. Rangka kerja pengurusan risiko global kita masih belum matang, dengan penanda aras kuantitatif yang terhad dan jurang bukti yang ketara. Jurang-jurang ini perlu ditangani seiring dengan inovasi. Jurang-jurang ini mesti ditangani seiring dengan inovasi. Bagi India dan Negara-Negara Selatan Global, keselamatan AI berkait rapat dengan keterangkuman, keselamatan serta kesiapsiagaan institusi. Keterbukaan bertanggungjawab model AI, akses yang adil kepada pengkomputeran dan data, serta kerjasama antarabangsa juga adalah amat penting. Sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Impak Al India 2026, India memegang peranan penting dalam membentuk usaha keselamatan AI di peringkat global. Laporan ini bertujuan membantu penggubal dasar, penyelidik, industri dan masyarakat sivil dalam membentuk strategi kebangsaan."
Maklumat tentang Laporan Keselamatan AI Antarabangsa
Laporan Keselamatan AI Antarabangsa ialah paduan bukti mengenai keupayaan dan risiko sistem AI lanjutan. Laporan ini direka bentuk bertujuan menyokong pembuatan dasar termaklum pada peringkat global dengan menyediakan asas bukti untuk pembuat keputusan. Dipengerusikan oleh Prof. Yoshua Bengio dan dikarang oleh sekumpulan lebih 100 pakar bebas yang pelbagai, Laporan ini disokong oleh Panel Penasihat Pakar yang terdiri daripada wakil yang dilantik daripada lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa termasuk EU, OECD dan PBB. Walaupun mengiktiraf potensi manfaat AI yang besar, namun tumpuan Laporan itu ialah kepada mengenal pasti risiko dan menilai strategi mitigasi bagi memastikan AI dibangunkan dan digunakan dengan selamat untuk manfaat semua. Laporan ini telah ditugaskan oleh Kerajaan UK, dengan pihak Sekretariat beroperasi di Institut Keselamatan AI UK bagi menyediakan sokongan
Kemas kini: Versi siaran ini merangkumi pautan berpenambat pada perenggan pertama (di bawah perkataan "Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026") serta petikan tambahan di penghujung siaran.