omniture

MiTAC Computing Perkenal Penyelesaian Pelayan AI Canggih Dipercepat oleh NVIDIA di GTC 2025

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-03-19 04:00 102

SAN JOSE, California, 19 Mac 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, pengeluar reka bentuk platform pelayan yang terkemuka dan subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TSE:3706) akan mempamerkan inovasinya yang terkini dalam infrastruktur AI di GTC 2025. Di reruai #1505, MiTAC Computing akan mempamerkan platform pelayan AI canggihnya, dioptimumkan sepenuhnya untuk seni bina NVIDIA® MGX™ termasuk G4527G6 yang menyokong platform NVIDIA H200 NVL dan NVIDIA RTX PRO™ 6000 Blackwell Server Edition bagi memenuhi permintaan yang semakin berkembang terhadap beban kerja AI perusahaan.

MiTAC Computing Unveils Advanced AI Server Solutions Accelerated by NVIDIA at GTC 2025
MiTAC Computing Unveils Advanced AI Server Solutions Accelerated by NVIDIA at GTC 2025

Mengupayakan AI Generasi Seterusnya dengan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi

Dengan penerimaan AI generatif dan pengkomputeran dipercepat yang semakin meningkat, MiTAC Computing memperkenalkan penyelesaian pelayan berasaskan NVIDIA MGX yang terkini, MiTAC G4527G6, yang direka untuk menyokong AI yang kompleks dan beban kerja pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC). Dikuasakan oleh pemproses Intel® Xeon® 6, G4527G6 memuatkan sehingga lapan GPU NVIDIA, 8TB ingatan DDR5-6400, enam belas pemacu E1.s boleh tukar panas, empat NVIDIA ConnectX®-7 NIC untuk pemindahan data timur-barat berkelajuan tinggi dan NVIDIA BlueField®-3 DPU untuk sambungan utara-selatan yang cekap. G4527G6 meningkatkan lagi kebolehskalaan beban kerja dengan saling sambung NVIDIA NVLink™ yang memastikan prestasi lancar untuk AI perusahaan dan aplikasi pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC).

Infrastruktur AI Boleh Skala dengan Seni Bina NVIDIA MGX

Direka untuk memenuhi permintaan pengkomputeran dipercepat, G4527G6 memanfaatkan NVIDIA MGX, seni bina rujukan amat modular untuk pengkomputeran dipercepat. Menawarkan lebih 100 konfigurasi yang boleh disesuaikan, platform yang inovatif ini membolehkan organisasi membina penyelesaian AI dan HPC tersuai dengan kos pembangunan yang dikurangkan dan garis masa penggunaan yang lebih pantas. Dengan mengguna pakai NVIDIA MGX, perusahaan memperoleh kelebihan daya saing dengan infrastruktur AI boleh diskalakan dan kalis masa depan yang memenuhi permintaan beban kerja yang berkembang pesat.

Sokongan Komprehensif untuk Platform Pengkomputeran Dipercepat NVIDIA bagi Memacu Inovasi AI

Dioptimumkan untuk rangkaian AI yang pelbagai dan beban kerja intensif-data, G4527G6 mengintegrasikan GPU NVIDIA termaju, termasuk NVIDIA H200 NVL dan NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition. NVIDIA H200 NVL memberikan inferens model bahasa besar (LLM) sehingga 1.8X lebih pantas dan 1.3X prestasi HPC unggul berbanding H100 NVL, manakala NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition direkayasa dan dioptimumkan untuk AI generatif, pengkomputeran saintifik, grafik, 'rendering' dan pemprosesan video perusahaan. Keupayaan ini membolehkan perniagaan mempercepat latihan model AI, inferens dan pemprosesan data berskala besar dengan kecekapan yang tiada tandingan.

MiTAC Computing mengundang perusahaan dan penyedia perkhidmatan awan untuk mengunjungi reruai #1505 di GTC 2025 bagi meneroka penyelesaian pelayan berkuasa AI terkininya dan membincangkan strategi penggunaan yang disesuaikan.

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation

MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri sejak tahun 1990-an. Berkepakaran dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan kaedah yang ketat untuk menjamin kualiti tanpa kompromi bukan sahaja pada tahap asas tetapi, lebih penting lagi, pada tahap sistem dan rak—di mana prestasi sebenar dan integrasi menjadi perkara yang paling penting. Komitmen terhadap kualiti pada setiap tahap ini membezakan MiTAC Computing daripada yang lain dalam industri. Syarikat ini menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI, lalu menjamin prestasi optimum dan kebolehskalaan.

Dengan kehadiran global dan keupayaan hujung ke hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hingga sokongan global—MiTAC Computing menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan penyejukan cecair, bersama-sama dengan integrasi produk pelayan Intel DSG dan TYAN baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol atas inovasi, kecekapan dan keandalannya, memperkasakan perniagaan untuk mengatasi cabaran masa depan.

Laman web MiTAC Computing Technology Corporation : https://www.mitaccomputing.com/

 

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Related Stocks:
Taiwan:3706 Tokyo:3706
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence