- Brand's® Essence Of Chicken Menguasakan Perjalanan yang Lebih Selamat – Membantu Pemandu Kekal Berwaspada dan Melawan Keletihan, Punca Utama Kemalangan Jalan Raya, Di R&R PLUS
KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mac 2025 /PRNewswire/ -- BRAND'S® Essence of Chicken (BRAND'S) meneruskan kerjasamanya dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk tahun ketiga berturut-turut bersama dan buat pertama kalinya bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk inisiatif keselamatan jalan raya "Kekal Cergas dan Selamat" bagi musim Ramadan dan Raya 2025. Inisiatif ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang keletihan pemandu dan mempromosikan keselamatan jalan raya dengan menggalakkan pengembara untuk mengambil rehat yang kerap, sentiasa berwaspada sambil mengecas semula badan dan minda mereka untuk perjalanan pulang yang lebih selamat semasa musim perayaan ini.
(Dari Kiri ke Kanan): Mohamed Hafidz Mohamed Ismail Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Eunice Kow, Ketua Pemasaran Health Enrichment, Suntory Beverage and Food Malaysia, Ir. Ts. Azhar Hamzah, Direktor Human Factors and Road User Behavioural Centre (HUB), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Michael Wong, Direktor Pemasaran, Suntory Beverage and Food Malaysia.
Daripada Januari hingga Oktober 2024, Malaysia merekodkan 532,125 kemalangan jalan raya dengan 5,364 kematian— ini menunjukkan keperluan yang mendesak campur tangan daripada pihak berkuasa[1]. Satu risiko yang ketara tetapi sering diabaikan ialah keletihan pemandu yang boleh mengakibatkan gangguan perhatian dan menjejaskan tindak balas. Kajian menunjukkan bahawa masa terjaga yang berpanjangan akan menjejaskan fungsi kognitif dan membuat keputusan, dengan kekurangan tidur mempunyai kesan yang serupa dengan keracunan alkohol[2]. Kini memasuki tahun ketiga, kempen ini meningkatkan keperluan kritikal terhadap kesedarankepentingan rehat dan kewaspadaan, terutamanya semasa tempoh lalu lintas tinggi seperti Raya Aidilfitri.
Eunice Kow, Ketua Pemasaran Health Enrichment, Suntory Beverage and Food Malaysia, berkongsi, "Di BRAND'S, keselamatan bukan sekadar keutamaan—ia adalah tanggungjawab. Kami faham bahawa kewaspadaan daripada segi mental dan fizikal adalah penting, terutamanya semasa perjalanan jarak jauh, kerana keletihan boleh meningkatkan risiko untuk kemalangan. Kerjasama kami dengan PLUS dan MIROS melalui kempen 'Kekal Cergas dan Selamat' menguatkan mesej penting ini, untuk disampaikan kepada lebih ramai pengguna jalan raya pada musim Ramadan dan Raya yang sibuk. Sama ada berbuka puasa atau bersiap untuk bersahur, BRAND'S® Essence of Chicken ialah teman anda yang boleh dipercayai di jalan raya. Ianya terbukti secara saintifik untuk memupuk ketajaman mental dan kesejahteraan fizikal anda – agar setiap perjalanan berakhir dengan selamat di rumah."
Berehat untuk Meningkatkan Kewaspadaan dan Mengecas Tenaga
BRAND'S® akan mengedarkan BRAND'S® Essence of Chicken kepada pengguna lebuh raya PLUS dari 23 hingga 30 Mac 2025, sebagai sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan keselamatan jalan raya dan kewaspadaan mental. Inisiatif ini termasuk aktiviti-aktiviti interaktif yang direka untuk meningkatkan fokus dan hadiah eksklusif.
Prof. Prof Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menghuraikan dengan lebih lanjut, " Di MIROS, penyelidikan berasaskan bukti memacu misi kami untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Kajian mendedahkan bahawa tempoh pemanduan yang panjang bukan sahaja menyebabkan keletihan fizikal, tetapi juga menyebabkan keletihan mental, menjadikannya penyumbang utama kepada tidur mikro. Tidur mikro - kehilangan perhatian yang singkat dan tidak disengajakan - boleh berlaku secara mendadak dalam beberapa saat. Ini boleh meningkatkan dengan ketara kemungkinan kemalangan jalan raya dan kecederaan yang teruk. Kajian telah menunjukkan bahawa kemalangan berkaitan tidur mikro kerap berlaku di jalan raya berkelajuan tinggi, dengan 55% melibatkan pemandu berumur 25 tahun ke bawah[3]. Melalui kempen ini, MIROS bertujuan untuk merapatkan jurang antara penyelidikan dan kesedaran awam dengan menekankan kepentingan pengesanan awal keletihan, rehat dengan kerap, dan tabiat pemanduan yang bertanggungjawab. Berehat sebentar, membuat senaman ringkas dan minum minuman segar boleh menjadi perbezaan antara perjalanan yang selamat dan kemalangan yang tragis. Bersama-sama dengan PLUS dan BRAND'S, kami menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan, terutamanya semasa musim raya dengan trafik tinggi."
Berehat di R&R PLUS terpilih sebelum Meneruskan Perjalanan Jauh
Kempen 'Kekal Cergas dan Selamat' akan mempunyai pengaktifan di lapangan di lokasi-lokasi berikut:
Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) seterusnya berkongsi, "PLUS berbangga dapat bekerjasama dengan BRAND'S untuk Kempen Keselamatan Ramadan-Raya ini, mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pengguna lebuh raya. Memandangkan perjalanan hujung minggu semakin meningkat dengan keluarga mula berkumpul untuk berbuka puasa, kami menggalakkan semua orang untuk merancang perjalanan mereka dengan bijak dan mengambil rehat yang sewajarnya di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS untuk perjalanan jarak jauh. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna lebuh raya kekal menjadi keutamaan kami, dan melalui kempen ini, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai budaya pemanduan yang selamat dan bertanggungjawab sepanjang musim perayaan."
BRAND'S® Essence of Chicken ialah ekstrak semula jadi ayam berkualiti tinggi, diproses dengan teliti untuk mengekalkan manfaat nutrisinya. Diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ia dipercayai oleh rakyat Malaysia daripada semua latar belakang untuk mengekalkan tahap tenaga, penting untuk pemanduan selamat semasa perjalanan jauh.
Kerjasama kempen keselamatan jalan raya 'Kekal Cergas dan Selamat' antara BRAND's dengan PLUS dan MIROS menonjolkan komitmen yang kukuh terhadap keselamatan jalan raya, khususnya pada musim Ramadan dan Raya Aidilfitri yang sibuk. Dengan menyediakan faedah terbukti secara saintifik yang membantu penumpuan dan mengurangkan keletihan, BRAND'S® Essence of Chicken membantu pemandu untuk kekal berwaspada daripada segi mental. Di samping amalan keselamatan yang diperlukan—seperti berehat setiap dua jam, memastikan rehat yang mencukupi dan mengekalkan pengudaraan yang baik di dalam kereta—kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh keletihan pemandu.
Pengembara digalakkan untuk mendapatkan informasi terkini melalui laman Facebook untuk PLUS Malaysia di www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad dan BRAND'S Essence of Chicken di www.facebook.com/BrandsMalaysia untuk Travel Time Advisory (TTA) ataupun Nasihat Masa Perjalanan, dan maklumat trafik terkini. Perkongsian tiga penjuru ini lebih daripada satu inisiatif keselamatan; ia adalah usaha bersama untuk memastikan semua orang sampai ke destinasi mereka dengan selamat pada musim perayaan ini.
Mengenai BRAND'S Essence of Chicken
BRAND'S® Essence of Chicken ialah makanan tambahan semula jadi. Ia adalah ekstrak ayam mudah dihadam yang mengandungi asid amino dan peptida yang mudah diserap. Proses masakan dua kali pada suhu tinggi unik kami menjadikan pati kami lebih pekat. Ia kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya dan disterilkan pada suhu lebih daripada 100°C. BRAND'S® Essence of Chicken bebas lemak dan kolesterol, tinggi protein, dan tiada bahan perasa tambahan.
Dengan lebih 50 kertas saintifik yang telah diterbitkan, BRAND'S® Essence of Chicken adalah satu-satunya Pati Ayam yang terbukti secara klinikal untuk tubuh yang sihat dan minda yang tajam. Ia telah ditunjukkan untuk meningkatkan metabolisme dengan mengurangkan keletihan dan meningkatkan aliran oksigen ke otak untuk kepekatan yang lebih baik.
Mengenai PLUS Malaysia Berhad
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ialah pengendali lebuh raya terbesar di Semenanjung Malaysia dan salah satu pengendali lebuh raya terbesar di Asia Tenggara yang bertanggungjawab mengurus serta memastikan keselamatan dan keselesaan 1.8 juta pelanggan harian di sepanjang 1,130km (91% lebuh raya antara negeri) dalam negara. PLUS telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan status sosioekonomi Malaysia selama tiga dekad, sebagai pemangkin industri pelancongan, penubuhan zon bebas cukai, pelabuhan baharu dan pembesaran kawasan perumahan.
Didorong oleh aspirasi untuk menjana kemakmuran dan kemampanan dalam kehidupan komuniti, ekosistem PLUS juga telah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan dengan memanfaatkan pelbagai komuniti sekitar 30 kilometer dari lebuh raya kami. Untuk maklumat terkini, sila layari www.plus.com.my atau dapatkan kemas kini melalui Facebook, Instagram, Linkedln dan saluran YouTube kami.
Mengenai MIROS
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk berfungsi sebagai pusat repositori pengetahuan dan maklumat tentang keselamatan jalan raya. Penemuan yang diperolehi daripada penyelidikan dan program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas kepada penggubalan strategi, perundangan, dasar dan langkah penguatkuasaan baharu, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat nasional. Terutamanya terlibat dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa serta badan swasta untuk meneruskan usaha keselamatan jalan raya.