omniture

Medit Bekerjasama dengan Imagoworks Tingkatkan Aliran Kerja Prostetik Edentulus

Medit
2025-03-20 09:00 107

Dengan mengintegrasikan Medit SmartX dengan AOX Imagoworks, ahli profesional pergigian dapat memperkemas aliran kerja prostetik edentulus, memastikan pemindahan data yang lancar, reka bentuk prostetik yang tepat dan perkhidmatan restorasi yang dipertingkat untuk penjagaan pesakit yang lebih baik.

SEOUL, Korea Selatan, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Medit, penyedia yang terkemuka bagi pengimbas intraoral 3D pergigian dan penyelesaian pergigian digital dan Imagoworks yang mengkhusus dalam penyelesaian reka bentuk prostetik pergigian digital berkuasa AI, mengumumkan pada hari ini satu perkongsian strategik untuk memperkemas aliran kerja prostetik edentulus untuk golongan profesional pergigian. Kolaborasi ini akan mengintegrasikan penyelesaian All-on-X Medit SmartX dengan penyelesaian AOX Imagoworks bagi menyediakan aliran kerja digital yang dioptimumkan untuk pengimbasan yang tepat, reka bentuk prostetik dan perkhidmatan restorasi sementara.

Medit Partners with Imagoworks to Enhance Edentulous Prosthetic Workflow
Medit Partners with Imagoworks to Enhance Edentulous Prosthetic Workflow

Menerusi perkongsian ini, pengguna Medit boleh memindahkan data imbasan berkejituan tinggi dengan mudah daripada Medit SmartX ke AOX melalui MeditLink. Setelah imbasan diterima, AOX menawarkan dua pilihan perkhidmatan: reka bentuk digital atau pakej perkhidmatan penuh yang merangkumi fabrikasi prostetik sementara dan juga akhir. Integrasi ini akan mempermudah aliran kerja, membolehkan doktor dan juruteknik pergigian merancang dan melaksanakan rawatan dengan cekap untuk kes edentulus.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Imagoworks bagi menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung yang diperkemas dan berkesan untuk rawatan All-on-X," kata Han Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif Medit. "Kolaborasi ini memperkasakan ahli profesional pergigian untuk mengoptimumkan kecekapan aliran kerja mereka sekali gus mengekalkan standard tertinggi dalam penjagaan pesakit."

Memandangkan permintaan terhadap penyelesaian prostetik edentulus terus berkembang, AOX menyediakan pilihan yang inovatif dan kompetitif untuk ahli profesional yang mencari aliran kerja yang diperkemas dan restorasi yang berkualiti tinggi. Pengguna Medit kini boleh memanfaatkan Medit SmartX dan AOX bagi mencapai penyelesaian yang optimum, cekap dan andal untuk prostetik edentulus.

Latar Belakang Medit 

Medit ialah penyedia global bagi penyelesaian pengimbasan intraoral 3D, berdedikasi untuk memacu inovasi dalam bidang pergigian digital. Syarikat membangunkan penyelesaian platform terbuka yang meningkatkan aliran kerja klinikal dan hasil pesakit.

Latar Belakang AOX

AOX menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan pembuatan dentur All-on-X dan digital berdasarkan teknologi AI terkini Imagoworks. Penyelesaian ini membantu golongan profesional pergigian memberikan rawatan yang lebih tepat dan cekap.

 

Source: Medit
Related Stocks:
Korea:261200
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements