omniture

Mulut Sihat Menjadikan Minda Ceria: Persekutuan Pergigian Sedunia FDI menampilkan lagu baharu untuk meningkatkan kesedaran tentang hubungan antara kesihatan mulut dan kesejahteraan mental.

FDI World Dental Federation
2025-03-20 09:00 113

GENEVA, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Bagaimanakah kesihatan mulut mempengaruhi kesejahteraan mental? Pada Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) ini, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) menyasar untuk menjawab soalan itu dengan lagu baharu yang menarik, yang kini tersedia di semua platform penstriman. Lagu tersebut mengajak orang ramai di seluruh dunia menyanyikan bersama-sama dan meningkatkan kesedaran tentang hubungan yang kuat antara kesihatan mulut dan kesejahteraan mental.

Kempen WOHD meneruskan tema "Mulut Sihat Menjadikan..." selama tiga tahun, beralih daripada hubungan mulut-badan pada tahun 2024 kepada hubungan mulut-badan pada tahun 2025, seperti terkandung dalam slogan, "Mulut Sihat Menjadikan Minda Ceria." Tema tahun ini menekankan bahawa penjagaan rongga mulut bukan sahaja menyokong kesihatan keseluruhan tetapi juga menaikkan harga diri, meningkatkan keyakinan dan menambah baik kualiti hidup.

Teras kempen ini ialah lagu antem baharu yang bersemangat dan video yang disertakan, menampilkan Toothie, maskot kesihatan mulut kesayangan FDI. Lagu tersebut dicipta untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia—daripada individu kepada komuniti dan pembuat dasar—untuk mengutamakan kesihatan mulut. Pada asasnya, setiap individu berhak mempunyai mulut yang sihat, bebas daripada penyakit mulut.

"Kesihatan mulut ialah hak, bukan keistimewaan," kata Presiden FDI Dr Greg Chadwick. "Namun, bagi sebahagian besar orang ramai di seluruh dunia, akses kepada rawatan pergigian penting masih di luar jangkauan. Walaupun ada kemajuan, ketaksamaan kesihatan mulut masih berterusan pada peringkat global. Sebahagian besar komuniti yang kurang bernasib baik dan kumpulan yang mudah terjejas menghadapi halangan yang besar untuk mengakses rawatan pergigian yang berpatutan dan berkualiti, mengakibatkan mereka berhadapan dengan risiko penyakit yang dapat dicegah yang lebih besar. Memandangkan kesihatan mulut merupakan tonggak utama perlindungan kesihatan sejagat, FDI terus menyokong dasar penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan terangkum.''

Dalam konteks ini, WOHD berfungsi sebagai peluang yang kuat untuk menyatukan dan menguatkan suara, mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas.

"Disebabkan perkara tersebut, kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan organisasi seperti Haleon, Dentsply Sirona, Solventum dan Smile Train," menurut Dr Chadwick. "Melalui kerjasama ini, kami meluaskan jangkauan, meningkatkan kesedaran dan memperkasa individu untuk mengawal kesihatan mulut mereka. Bersama-sama, kita berupaya mengurangkan beban global penyakit mulut dan menambah baik akses kepada kesihatan mulut yang berkualiti."

Pada tahun ini, FDI juga telah melancarkan Perkongsian Kisah Bersama, mengundang orang ramai dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman atau inisiatif peribadi dan komuniti tentang sejauh mana kesihatan mulut telah mengubah kehidupan mereka. Kepimpinan melalui teladan, rakan kongsi telah mula berkongsi pengalaman masing-masing.

''Ini dilakukan dengan menguatkan suara sebenar yang kami sasarkan untuk menginspirasikan tindakan dan memacu perubahan bermakna. Akhirnya, melalui penceritaan kisah tersebut membolehkan kita berhubung dengan orang ramai dan melakukan perubahan bermakna," kata Dr Anna Lella, Pengerusi Kumpulan Kerja WOHD.

Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini, marilah kita bersatu hati, mengambil tindakan dan menyebarkan mesej bahawa kesihatan mulut itu amat penting. Kongsikan lagu, kongsikan kisah anda dan bantu kami mencipta dunia yang semua individu berupaya menikmati manfaat mulut yang ceria dan sihat.

- Gambar boleh didapati di AP -

Hubungan media
Chaz Jagait, Pengarah Komunikasi dan Sokongan FDI
Telefon Bimbit: +41 79 796 76 13
E-mel: cjagait@fdiworlddental.org

Maklumat Tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia

Diraikan setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Sedunia FDI bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai pencegahan dan kawalan penyakit mulut. www.worldoralhealthday.org; #WOHD25 #HappyMouth ; @worldoralhealthday; @Toothiebeaver

Video - https://www.youtube.com/watch?v=QeHW0w_6YVc
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2642900/FDI_World_Dental_Federation_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Advertising Dentistry Entertainment Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Music New products/services