HANGZHOU, China, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Lianlian DigiTech Co., Ltd. (HKEX: 2598), peneraju dalam pasaran penyelesaian pembayaran digital China dan pendigitalan perdagangan global, mengumumkan keputusan 2024nya. Perniagaan pembayaran digital syarikat ini mencapai jumlah volum pembayaran (TPV) sebanyak RMB3.3 trilion, peningkatan 64.7% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah hasil mencecah RMB1.32 bilion, meningkat 27.9%, dengan hasil pembayaran digital mencecah RMB1.15 bilion (pertumbuhan 31.6%). Keuntungan kasar ialah RMB683 juta (margin 51.9%) dan keuntungan terlaras mencecah RMB78.7 juta, pemulihan mendadak daripada kerugian pada tahun 2023.
Xin Jie, Ketua Pegawai Eksekutif Lianlian DigiTech, mengulas, "Tahun 2024 merupakan tahun pertama kami sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di HKEX. Pada tahun tersebut, kami berjaya memperoleh Lesen Institusi Wang Elektronik (EMI) Luxembourg dan subsidiari kami, DFX Labs Company Limited, memperoleh lesen platform perdagangan aset maya (VATP) daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong. Dengan memanfaatkan portfolio pelesenan kami yang teguh, kami menggunakan teknologi canggih seperti AI dan blok rantai. Memandang ke hadapan, kami yakin dengan keupayaan kami untuk mencipta pengalaman perkhidmatan yang unggul buat pelanggan, meningkatkan kecekapan serta menjana pulangan pelaburan yang lebih baik untuk para pemegang saham."
Sepanjang tempoh tersebut, perniagaan pembayaran global syarikat ini menyaksikan pertumbuhan yang ketara, dengan TPV mencecah RMB 281.5 bilion, meningkat 63.1% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah hasil daripada perniagaan pembayaran global turut meningkat kepada RMB 808 juta, peningkatan 23.1% berbanding tahun sebelumnya. Menjelang akhir tahun 2024, Lianlian DigiTech telahpun menawarkan perkhidmatan kepada jumlah kumulatif lebih 5.9 juta pelanggan.
Lianlian DigiTech juga mempunyai model perniagaan domestik dan antarabangsa saling berkait yang seterusnya memacu pertumbuhan yang cekap bagi perniagaan pembayaran domestik. Dalam tempoh tersebut, perniagaan pembayaran domestik Lianlian DigiTech mencapai TPV sebanyak RMB3.0 trilion, peningkatan 64.9% berbanding tahun sebelumnya dan menjana pendapatan sebanyak RMB343 juta, meningkat 57.1% berbanding tahun sebelumnya. Hasil perkhidmatan nilai tambah ialah sebanyak RMB146 juta, peningkatan 9.5% berbanding tahun sebelumnya.
Syarikat ini memperkasakan usaha transformasi digital dan globalisasi perusahaan melalui inovasi strategik dan produk baharu, termasuk pemasaran digital dan dompet korporat.
Di samping itu, Lianlian DigiTech mengintegrasikan teknologi AI termaju secara mendalam, memperbaharui keupayaan produknya secara berterusan untuk meningkatkan pengalaman pengguna serta kecekapan operasi melalui penyelesaian pintar.
Wei Ping, Ketua Pegawai Kewangan Lianlian DigiTech, berkata, "Pertumbuhan kami mencerminkan strategi yang seimbang iaitu melabur dalam perniagaan baharu, teknologi dan lesen, sekali gus mengekalkan disiplin kewangan dan mengurus perbelanjaan secara berhemat. Memandang ke hadapan, kami akan memantapkan lagi portfolio pelesenan global kami, mengukuhkan perkongsian merentas rantaian nilai kami dan meningkatkan pelaburan secara berterusan dalam inovasi teknologi serta produk dibezakan."