PADUA, Itali, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pylontech (SHSE:688063), penyedia global yang terkemuka bagi sistem storan tenaga, mengumumkan pembukaan rasmi kilang luar negara pertamanya di Eropah, dibangunkan melalui perkongsian bersama Energy S.p.A. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam strategi antarabangsa dan setempat Pylontech, lalu memperkukuh komitmennya untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi bagi menyediakan penyelesaian tenaga yang inovatif dan memantapkan industri ini di Eropah.
Kilang ini terletak di Sant'Angelo di Piove di Sacco di Padua, Itali. Ia dimiliki oleh Pylon LiFeEU S.r.l., satu usaha sama antara Pylon Technologies Europe Holding B.V. ("Pylontech EU"), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda yang dimiliki sepenuhnya oleh Pylontech dan Energy S.p.A. ("Energy"), syarikat yang telahpun bekerjasama dengan Pylontech selama lebih sepuluh tahun.
Usaha sama ini menunjukkan komitmen bersama daripada kedua-dua syarikat terhadap masa depan industri storan tenaga. Dengan kepakaran selama bertahun-tahun dalam teknologi bateri dan inovasi storan tenaga, Pylontech menyumbang keupayaan teknologi termaju, manakala Energy S.p.A. membawakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas untuk pasaran tempatan. Dengan menggabungkan kekuatan mereka, mereka akan dapat meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan storan tenaga Eropah dan memacu kemajuan teknologi dalam seluruh industri, sejajar dengan strategi kedaulatan industri Eropah dan Akta Industri Sifar Bersih.
Kilang ini dilengkapi dengan robot dan peranti pintar untuk membantu kakitangan manusia, serta sistem pengurusan data untuk memastikan kecekapan dan kebolehkesanan. Direka untuk kefleksibelan yang tinggi, ia boleh menghasilkan model bateri yang berbeza, dengan jangkaan kapasiti pengeluaran sekitar 400 MWj setahun untuk barisan pengeluaran pertama.
"Ini hanya satu permulaan buat kami," kata Geoffrey Song, naib presiden Pylontech, "Kami komited terhadap pertumbuhan masa depan dalam pasaran global dan akan terus melabur dalam pengetahuan, kepakaran serta perkongsian dalam tempoh jangka panjang yang akan memacu inovasi dan pembangunan industri. Bersama-sama dengan rakan kongsi kami merentas sektor-sektor yang berbeza, kami akan mencipta impak yang berkekalan dan menyumbang kepada masa depan tenaga yang lebih mampan dan bingkas di Eropah dan lebih jauh lagi."