TERLIBAT • TEROKA • BERKEMBANG – Memperkenalkan Lembaran Inovasi dan Pertumbuhan Baharu
ISTANBUL, 21 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12–14 Mac 2025 – Segway menganjurkan dengan jayanya Persidangan Pengedar APAC & MET tahunannya di Istanbul, Turkiye, menghimpunkan rakan kongsi utama dari seluruh rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Diadakan di Hilton Bosphorus yang ikonik, acara ini bertemakan "ENGAGE • EXPLORE • EVOLVE" ("TERLIBAT • TEROKA • BERKEMBANG"), menekankan komitmen jenama ini untuk memperdalam perkongsian, meninjau peluang pasaran dan berkembang melalui inovasi
Momentum Pelancaran Global Dibina dengan Pelancaran Serantau
Susulan penampilan sulung globalnya di CES awal tahun ini, barisan produk generasi ke-3 Segway terus menarik perhatian seluruh dunia. Pada bulan Mac, aktiviti pelancaran serantau dimulakan di Australia, Thailand dan Rusia, lalu membuka jalan untuk pengembangan pasaran yang lebih luas. Persidangan Istanbul berfungsi sebagai detik yang amat penting untuk memperkenalkan model generasi akan datang kepada rakan kongsi APAC dan MET, menjelang pelancaran pasaran mereka yang akan datang — termasuk pelancaran rasmi di Turkiye yang dijadualkan pada Jun.
Visi Strategik dan Hala Tuju Perniagaan
Persidangan dibuka dengan kemas kini strategik yang komprehensif daripada pasukan kepimpinan Segway, meliputi aspek-aspek utama iaitu Keutamaan Perniagaan 2025, Strategi Perkhidmatan Selepas Jualan dan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang.
Tumpuan perniagaan 2025 menekankan kolaborasi rakan kongsi yang lebih mendalam, penyesuaian pasaran yang tangkas dan transformasi digital. Bagi meningkatkan lagi kepuasan pelanggan dan kecekapan operasi, pasukan ini memperkenalkan Strategi Perkhidmatan Selepas Jualan yang dinaik taraf yang merangkumi penyelesaian perkhidmatan yang lebih setempat, infrastruktur sokongan yang dipertingkat dan alatan digital yang lebih pintar untuk penjagaan selepas pembelian.
Inisiatif ini mengesahkan sekali lagi komitmen jangka panjang Segway untuk membina sebuah ekosistem yang kukuh, boleh skala dan mampan bersama-sama dengan pengedar globalnya.
Pelancaran Produk Baharu dan Sorotan Barisan Produk Generasi Ke-3
Sorotan utama persidangan ini ialah pelancaran barisan produk generasi ke-3 Segway yang dinaik taraf, menekankan komitmen jenama ini untuk kekal berada di barisan hadapan pengangkutan peribadi melalui inovasi yang berterusan dalam teknologi, reka bentuk, prestasi dan keselamatan.
Barisan produk yang terkini mengintegrasikan ciri-ciri pintar termaju dan teknologi keselamatan, termasuk:
Generasi baharu ini mentakrifkan semula pengalaman pengguna dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri.
GT Series – SuperSkuter Berprestasi Tinggi
Menggantikan GT2 dan GT1 yang legenda, GT3 Pro dan GT3 serba baharu direka untuk penunggang yang menuntut prestasi puncak dan kualiti tunggangan yang menggembirakan.
Max G3 – Pengulang-alik Harian Unggulan
Ninebot Max G3 serba baharu meningkatkan perjalanan berulang-alik setiap hari dengan kemewahan dan prestasi:
F Series – Pengulang-alik Selesa, Serba Lengkap
Ninebot F3 dan F3 Pro baharu membawakan keselesaan dan keserbagunaan dipertingkat:
E Series – Pilihan Aras Permulaan Kompak, Ringan
E3 dan E3 Pro menawarkan nilai yang sangat baik untuk pengguna kali pertama:
Setiap produk dipersembahkan dengan sesi demo masa nyata, membolehkan peserta mengalami sendiri kualiti tunggangan yang lancar, reka bentuk ergonomik dan integrasi pintar yang mentakrifkan inovasi terkini daripada Segway.
Matlamat Pasaran Tempatan dan Perkongsian Kolaboratif
Satu perbincangan panel khas memfokuskan pada matlamat pasaran di Turkiye, menampilkan penceramah jemputan daripada Red Bull Türkiye, SND dan pasukan pemasaran Segway tempatan. Mereka berkongsi kajian kes pemasaran yang memberi impak, kolaborasi jenama yang berjaya dan strategi setempat yang membantu memperdalam penglibatan pengguna serta memacu pertumbuhan pasaran.
Segway tetap komited untuk memperkasakan mobiliti hijau melalui inovasi yang berterusan dan kolaborasi tempatan. Tatkala syarikat ini memasuki lembaran pertumbuhan yang baharu, ia berharap dapat berkembang bersama-sama dengan rakan kongsinya dan menyampaikan penyelesaian yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih mampan di seluruh dunia.
Menerusi pendekatan berpandangan jauh dan fokus pada reka bentuk berpusatkan pengguna, Segway akan terus menerobos sempadan pengangkutan peribadi—merapatkan teknologi dan gaya hidup dengan cara yang bermakna. Sama ada melalui pembangunan produk generasi seterusnya, perkongsian global yang strategik atau pengalaman setempat, jenama ini tetap berdedikasi untuk mencipta masa depan yang lebih terhubung dan mesra alam buat semua.
Latar Belakang Segway
Segway mentransformasikan mikromobiliti pada tahun 1999 dengan Pengangkut Peribadi yang revolusioner, mencetuskan rasa ingin tahu global tentang masa depan pengangkutan peribadi. Dengan misi "Simply Moving" ("Hanya Bergerak"), Segway berdedikasi untuk memudahkan cara orang ramai dan barangan bergerak, meningkatkan kecekapan dan mempertingkat pengalaman keseluruhan dalam kehidupan seharian.
Selama berdekad-dekad lamanya, Segway terus menetapkan penanda aras baharu bagi pengangkutan jarak dekat dan robotik pengguna, menerobos sempadan inovasi secara berterusan. Hari ini, sebagai peneraju global bagi penyelesaian mikromobiliti, tawaran Segway telah berkembang jauh melebihi asalnya. Bermula daripada e-skuter dan GoKarts kepada e-basikal, kenderaan sukan berkuasa dan robot peribadi, Segway mempelopori masa depan mobiliti dengan teknologi rintis, menyampaikan produk inovatif yang mentakrifkan semula cara kita bergerak. Ketahui lebih lanjut di https://ap-en.segway.com/.