Memperkukuh kehadiran Eropah dengan penyelesaian mobiliti elektrik pintar
MAINZ, Jerman, 22 Mac 2025 /PRNewswire/ -- ChangAn Automobile ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon yang pintar, melancarkan secara rasmi tiga jenama utamanya, CHANG-AN, DEEPAL dan AVATR, di Eropah semasa acara pelancaran jenamanya, bertemakan "Sharing the Future" ("Berkongsi Masa Depan") di Jerman. Pencapaian ini menyaksikan satu fasa baharu dalam "Vast Ocean Plan" ("Rancangan Lautan Luas") ChangAn, memperkukuh komitmennya terhadap inovasi teknologi dan kemampanan. Dengan ekosistem Eropah bersepadu sepenuhnya yang mencakupi penyelidikan, pengeluaran, rantaian bekalan, penjualan dan operasi, ChangAn memperdalam hubungannya dengan pengguna Eropah dengan melabur dalam bakat tempatan, berkolaborasi dengan rakan kongsi serantau serta memacu masa depan mobiliti pintar dan mampan.
Di acara ini, ChangAn mempamerkan DEEPAL S07, menandakan penampilan sulung Eropahnya, bersama-sama CHANG-AN E07 dan DEEPAL S05, dengan pelancaran pasarannya dirancang untuk peringkat yang seterusnya. Menonjolkan teknologi termaju dalam kecerdasan dan elektrifikasi, ChangAn memenuhi permintaan Eropah terhadap kenderaan elektrik yang berprestasi tinggi.
Inovasi teknologi ChangAn diiktiraf di peringkat global, dipacu oleh sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) kolaboratif global mencakupi merangkumi enam negara dan sepuluh lokasi. Ia mempunyai lebih 18,000 kakitangan R&D dari 31 negara dan wilayah, dengan 16 pusat penyelidikan teknologi dan pembangunan produk, 17 syarikat teknologi dan 180 makmal (termasuk makmal peringkat kebangsaan), seterusnya memberi kedudukan kepadanya sebagai pengusaha utama dalam pasaran EV Eropah.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran Eropahnya, ChangAn mengguna pakai strategi kemasukan pasaran berstruktur, pada mulanya memfokuskan pada pasaran EV yang utama seperti Norway, Denmark, Jerman, Belanda dan UK. Menjelang tahun 2028, syarikat ini merancang untuk bertapak di kesemua pasaran Eropah yang utama. Ibu Pejabat Eropah yang terletak di Belanda, akan berfungsi sebagai hab pusat untuk operasi perniagaan. Ibu Pejabat syarikat jualan telahpun ditubuhkan di Munich, Jerman. Dengan sekitar 500 ahli profesional yang kini diambil bekerja di seluruh Eropah, termasuk pereka dan jurutera berpengalaman dari Itali dan UK, Syarikat ini komited untuk mengembangkan kumpulan bakat tempatannya bagi memacu inovasi dan memperdalam penglibatan pasaran.
"Seronok rasanya dapat berada di Jerman," kata Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile. "ChangAn ialah sebuah syarikat terbuka dan kolaboratif yang didorong oleh misi yang jelas: untuk menerajui mobiliti yang mampan dan memberi manfaat kepada kehidupan manusia."
"Tahun ini, kami bermatlamat untuk mencapai jualan global sebanyak tiga juta unit dan satu juta unit merupakan kenderaan elektrik. Menjelang tahun 2030, kami menyasarkan untuk menyerahkan lima juta kenderaan setahun, dengan tiga juta merupakan kenderaan elektrik. Kami bersama-sama memacu inovasi demi masa depan yang lebih baik," sambung Zhu.
ChangAn Automobile mempercepat usaha globalisasinya, dengan inovasi dipacu teknologi, pembuatan pintar dan pembangunan mampan sebagai terasnya serta komited untuk membina jenama auto yang bertaraf dunia. Pelancaran jenama Eropah ini menyaksikan satu langkah penting dalam kehadiran global ChangAn dan menandakan peringkat yang seterusnya dalam visi globalnya.
Latar Belakang ChangAn Automobile
ChangAn Automobile ialah sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar yang mempunyai pasukan reka bentuk antarabangsa dan terdiri daripada lebih 915 pakar dari 31 negara, jenama yang pelbagai seperti CHANG-AN, DEEPAL, AVATR dan usaha sama ChangAn Ford, ChangAn Mazda dan JMC. ChangAn mempunyai keluasan dan kepelbagaian produk yang mantap termasuk kenderaan penumpang, trak pikap dan kenderaan komersial ringan. Dengan keupayaan yang lebih kukuh dan penaiktarafan industri yang didorong oleh inovasi teknologi, ChangAn Automobile komited terhadap inovasi mobiliti yang mampan di atas jalan raya bagi menjadi jenama auto bertaraf dunia.