omniture

Xinhua Silk Road: Forum Pembiaya Selatan Global 2025 diadakan di Beijing, gesa kerjasama kewangan padu

Xinhua Silk Road
2025-03-22 18:39 125

BEIJING, 22 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Forum Pembiaya Selatan Global 2025 yang bertemakan "Illuminating Global South" ("Menerangi Selatan Global"), telahpun diadakan pada 19-21 Mac di Beijing. Dianjurkan oleh Xinhua News Agency, acara ini menghimpunkan pegawai kerajaan, pemimpin institusi kewangan dan pakar dari lebih 30 negara dan wilayah.

This photo taken on March 20, 2025 shows the opening ceremony of the 2025 Global South Financiers Forum in Beijing, capital of China. (Xinhua/Li He)
This photo taken on March 20, 2025 shows the opening ceremony of the 2025 Global South Financiers Forum in Beijing, capital of China. (Xinhua/Li He)

Satu konsensus untuk menggalakkan kerjasama kewangan dalam kalangan negara-negara Selatan Global telahpun diumumkan di forum ini.

Selatan Global, dengan KDNK tergabung mencakupi sebanyak lebih 40 peratus daripada dunia, telah menyumbang sebanyak 80 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global sejak dua dekad yang lalu.

Tatkala dunia mengalami perubahan besar yang tidak dapat dilihat dalam satu abad, landskap antarabangsa menjadi semakin rumit dan mencabar. Memperkukuh kerjasama kewangan menjadi aspirasi umum Selatan Global, dengan penekanan untuk memajukan kemakmuran buat semua melalui usaha yang kolektif.

Inayat Hussain, Pengarah Eksekutif State Bank of Pakistan, menyatakan bahawa negara-negara di Selatan Global dapat memahami dengan lebih baik kekangan sumber dan cabaran kapasiti yang dihadapi oleh rakan-rakan Selatan Global mereka. Kerjasama Selatan-Selatan menghasilkan penyelarasan yang lebih berkesan dan pendekatan yang efektif terhadap pembangunan ekonomi dan kewangan dengan cara yang saling menguntungkan semua pihak berkepentingan.

Yamile Berra Cires, Naib Presiden Central Bank of Cuba, menegaskan pengiktirafan Cuba terhadap keperluan untuk memperbaharui struktur kewangan antarabangsa dan mengukuhkan kerjasama kewangan dalam kalangan negara-negara Selatan Global berdasarkan layanan tanpa diskriminasi dan strategi yang inklusif.

Selama bertahun-tahun, sektor kewangan China memanfaatkan perkhidmatan terpelbagai untuk membina jambatan kewangan yang saling berkait, memberikan sokongan padu untuk Selatan Global bagi memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Sebagai dana pelaburan jangka sederhana hingga panjang khusus yang menyokong pembiayaan Jalur dan Jalan, Silk Road Fund telah melabur dalam 106 projek di lebih 70 negara dan wilayah di seluruh Asia, Afrika dan Amerika Latin sepanjang dekad yang lalu, dengan jumlah komitmen melebihi 25 bilion dolar A.S., kata Wang Dan, naib presiden eksekutif Silk Road Fund.

China menggalakkan pembangunan hijau dan teknologi hijau dikongsi bersama dengan Selatan Global secara aktif melalui tindakan konkrit, seperti menubuhkan dana kerjasama Selatan-Selatan bagi menangani perubahan iklim dan menerapkan pembangunan hijau ke dalam lapan langkah utama untuk pembangunan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi.

Pakar industri percaya bahawa memperdalam keterbukaan kewangan, kerjasama dan kesalinghubungan antara negara-negara Selatan Global akan memupuk integrasi pasaran, mengoptimumkan peruntukan sumber dan memacu pertumbuhan ekonomi, seterusnya mewujudkan senario yang saling menguntungkan untuk semua negara yang mengambil bahagian.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/344868.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service