omniture

ANGEL Perkenal Produk Inovatif di Aquatech Amsterdam 2025, Menang Pujian Global

Angel Drinking Water Industrial Group
2025-03-22 22:08 35

AMSTERDAM, 22 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 11 hingga 14 Mac, Aquatech Amsterdam 2025, sebuah acara global yang ulung bagi rawatan air, berlangsung di Pusat Konvensyen RAI Amsterdam. Diiktiraf sebagai pameran terkemuka industri yang merangkumi semua aspek rawatan air, acara pada tahun ini menarik minat lebih 900 peserta pameran, 25,000 pengunjung profesional dan liputan media antarabangsa yang meluas.


ANGEL, penyedia perkhidmatan penyelesaian penulenan air profesional, menarik perhatian media yang ketara dengan inovasi rintis. Media terkemuka seperti The London Economic dan NL Times menonjolkan teknologi canggih daripada ANGEL. NL Times memuji keupayaan teknologi dan usaha inovasi ANGEL, mengetengahkan kolaborasi ekstensif oleh syarikat ini dengan institusi penyelidikan global dalam mempelopori penyelesaian penulenan air pintar. Pengiktirafan daripada media Belanda, peneraju global dalam rawatan air, menekankan kekuatan teknologi yang mantap daripada ANGEL.

Pempengaruh turut mengunjungi reruai ANGEL untuk mengalami sendiri produk-produk. Penulis blog teknologi Belanda, Martijn Wester memuji Penulen Air RO Pembuat Ais Atas Kaunter (Countertop Ice-Making RO Water Purifier) T7 ANGEL, menyatakan bahawa pensterilan tiga kali ganda (APCM, UV dan Ion Air), dwipilihan membuat ais, tangki air yang besar dan fungsi cuci sendiri, menawarkan isi rumah dengan penyelesaian bersepadu untuk air minuman yang selamat, mudah dan cekap.

Sokongan media dan pempengaruh antarabangsa mencerminkan kepimpinan teknologi dan pencapaian pasaran ANGEL. Ketika ini, ANGEL yang memegang lebih 1,000 paten global, telahpun menerima 27 anugerah inovasi antarabangsa, mengambil bahagian dalam merangka 20 piawaian negara dan industri serta memperoleh pensijilan daripada lapan pihak berkuasa global.

Strategi globalisasi ANGEL semakin pantas dilaksanakan seiring dengan kemajuan teknologi. Menurut BCC Research, pasaran penulen air global akan mengalami CAGR 11.5% dari tahun 2021 hingga 2025. ANGEL menubuhkan ibu pejabat luar negaranya di Singapura pada tahun 2024 untuk membangunkan pasaran Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia. Tahun ini, ANGEL memfokuskan pada pembinaan pasaran model di Thailand dan membuka kedai utama pertamanya di Indonesia, seterusnya meletakkan kedudukannya secara strategik demi pengembangan global masa depan.

 

Source: Angel Drinking Water Industrial Group
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Trade show news