JIAXING, China, 24 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini pada lima belas tahun yang lalu bertarikh 24 Mac 2010, APsystems ditubuhkan di Jiaxing, Zhejiang, memulakan misi untuk memanfaatkan kuasa cahaya. Sepanjang 15 tahun yang lalu, APsystems mencapai transformasi daripada pembekal perkakasan yang mengkhusus dalam penyongsang mikro MLPE kepada penyedia penyelesaian PV teragih, storan tenaga dan pengecasan yang komprehensif. Hari ini, ia berperanan sebagai kuasa perintis dalam tenaga pintar, didorong oleh AI, meningkatkan inovasi produk, pengalaman pengguna serta kecekapan operasi. Setiap anjakan yang strategik mencerminkan penjajaran syarikat dengan trend industri, manakala setiap pengembangan perniagaan mempercepat peralihan tenaga global. Melalui inovasi dan kebingkasan yang tidak henti-henti, APsystems terus mengukir legasi yang luar biasa dalam revolusi tenaga.
Bermula daripada Syarikat Pemula kepada Peneraju Industri: Suatu Perjalanan Inovasi dan Pertumbuhan
Pada tahun 2010, menerusi semangat terhadap industri fotovolta, Dr. Zhimin Ling dan Dr. Yuhao Luo kembali ke China dan menubuhkan APsystems di Jiaxing, Zhejiang. Sejak awal lagi, mereka mengiktiraf kelebihan ketara teknologi MLPE (Elektronik Kuasa Tahap-Modul) dari segi keselamatan dan kecekapan serta komited untuk memajukan bidang ini. Sepanjang 15 tahun yang lalu, APsystems meneruskan laluan pembangunan produk dibezakan, menerapkan prinsip "keselamatan diutamakan" ke dalam setiap inovasi teknikal.
Apabila teknologi MLPE mendapat pengiktirafan, pertumbuhan APsystems menjadi semakin pesat. Sejak tahun 2012, syarikat ini mengekalkan keuntungan dan pengembangan selama 12 tahun berturut-turut. Komitmen teguh ini memberikan pengguna dengan penyelesaian yang unggul dan dalam masa yang sama menetapkan penanda aras industri bagi keselamatan, kecekapan dan kefleksibelan. APsystems memainkan peranan penting dalam memacu standard fotovolta global ke hadapan, membantu peralihan teknologi MLPE daripada penyelesaian khusus kepada pilihan arus perdana.
Menerusi pengembangan perniagaannya yang berterusan, APsystems kekal berdedikasi terhadap strategi globalisasinya. Syarikat ini berjaya memasuki pasaran fotovolta utama di seluruh dunia, menubuhkan subsidiari di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Mexico dan Brazil. Rangkaian jualan dan perkhidmatan global ini memastikan ketersediaan produk dan perkhidmatan APsystems secara meluas. Pada tahun 2022, APsystems berjaya membuat kemunculan sulung di STAR Market Bursa Saham Shanghai, memperoleh sokongan modal yang padu demi pertumbuhan masa depan. Menjelang akhir tahun 2024, penghantaran produk MLPE kumulatifnya melepasi 6GW, mencapai 156 negara dan wilayah. Pencapaian ini menyaksikan kemajuan APsystems yang mantap menuju kepimpinan global dalam industri ini.
Kekuatan Teras: Komitmen terhadap Inovasi Teknologi
Sejak penubuhannya, APsystems meletakkan inovasi teknologi sebagai teras dalam strategi pembangunannya, menganggapnya sebagai daya penggerak syarikat yang paling penting.
Dalam penyongsang mikro, APsystems merupakan yang pertama melancarkan penyongsang mikro tiga fasa, lalu meluaskan aplikasi produk. Ia turut membangunkan penyongsang mikro berbilang modul, mengimbangi prestasi dan keberkesanan kos serta memperkenalkan teknologi penyongsang mikro arus tinggi 20A, seterusnya menetapkan penanda aras industri baharu.
APsystems meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan, mengumpulkan pasukan pakar antarabangsa yang berdedikasi terhadap inovasi bebas dalam teknologi PV dan storan tenaga. Syarikat ini mengumpul 178 hak harta intelek, termasuk 89 paten ciptaan—menerajui industri dalam hal ini. Komitmen jangka panjang terhadap kecemerlangan teknologi ini terus memacu pembangunan APsystems yang mampan.
Membina Ekosistem Tenaga Komprehensif: PV, Storan Tenaga dan Pengecasan
Sepanjang 15 tahun yang lalu, APsystems berkembang melangkaui produk MLPE untuk menjadi pemain utama dalam PV, storan tenaga dan pengecasan. Syarikat ini mengikuti pendekatan yang strategik untuk mengintegrasikan penyelesaian fotovolta, storan tenaga dan pengecasan, mewujudkan tiga segmen perniagaan teras: storan tenaga-mikro-PV, storan tenaga-PV kediaman dan storan tenaga-PV komersial, kesemuanya bertumpukan sekitar penyongsang mikro. Dengan mengintegrasikan komponen kritikal dalam industri tenaga—penjanaan kuasa solar, storan dan pengecasan—APsystems membina ekosistem tenaga yang amat cekap dan saling berkait.
Ketiga-tiga segmen ini berfungsi secara sinergi, meningkatkan saluran jualan, peruntukan sumber dan matlamat pasaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Tatkala APsystems meluaskan kehadiran pasarannya, ia mengukuhkan kedudukannya demi jejak global yang lebih luas.
Integrasi AI: Merancang Masa Depan Baharu
Dalam era kemajuan teknologi yang pesat, APsystems mempercepat peralihannya kepada ekosistem tenaga pintar + AI. Syarikat ini menubuhkan "Institut Penyelidikan Aplikasi +AI" bagi mengintegrasikan AI ke dalam pembangunan produk, pengurusan tenaga dan penaiktarafan pejabat pintar.
Memandang ke hadapan, APsystems akan terus mengembangkan inovasi dipacu AI dalam R&D, strategi pasaran dan perkhidmatan. Syarikat ini mengukuhkan kehadiran globalnya melalui pembangunan produk baharu, pemerolehan bakat dan pengembangan geografi. Sebuah subsidiari Shanghai yang baru ditubuhkan meningkatkan ekosistem perniagaan syarikat, manakala pasukan serantau memantapkan kedudukannya di Eropah dan Amerika Utara serta meninjau pasaran baru muncul di Asia, Afrika dan Amerika Latin. AI bukan sahaja pemangkin untuk evolusi teknologi APsystems tetapi juga pemacu teras bagi transformasi strategik dan kepimpinan industrinya.
Memandang ke Hadapan: Visi untuk Era Seterusnya
Mencipta kejayaan selama 15 tahun lamanya merupakan suatu perayaan terhadap pencapaian masa lalu dan juga mukadimah untuk masa depan. Melangkah ke hadapan, APsystems tetap komited kepada misinya dalam tenaga boleh baharu, memperdalam inovasi teknologi, meluaskan ekosistem tenaganya yang komprehensif dan memanfaatkan AI demi menyumbang kepada peralihan tenaga global. Perjalanan diteruskan, didorong oleh visi untuk masa depan yang lebih pintar, lebih bersih dan lebih mampan.