KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Anker Innovations, peneraju global bagi pengecasan mudah alih dan barangan elektronik pengguna, mentakrifkan semula sempadan inovasi dengan kempen terkininya, Charge Up, SEA!, Anker membawakan pengalaman pengecasan siber yang inovatif ke Menara Merdeka 118 yang ikonik. Gabungan mengujakan antara realiti terimbuh (AR) dan imejan janaan komputer (CGI) ini akan memberi tenaga kepada Asia Tenggara, membolehkan pengguna berinteraksi dengan teknologi termaju dan meneroka masa depan pengecasan, seterusnya mengukuhkan kepimpinan Anker dalam inovasi global.
"Di Anker, misi kami adalah untuk mencetuskan kemungkinan melalui inovasi yang terunggul," kata Leon Wu, Pengurus Besar Asia Tenggara di Anker Innovations. "Kami bukan sahaja mencipta produk yang menerajui industri dari segi prestasi tetapi juga produk yang secara asasnya mengubah cara orang ramai berinteraksi dengan kuasa. Kempen ini mencerminkan visi kami terhadap dunia yang saling berkaitan di mana inovasi meningkatkan kehidupan harian pengguna Asia Tenggara."
Merevolusikan Pengecasan dengan Anker
Aspek teras Charge Up, SEA! ialah barisan pengecasan Anker yang paling canggih setakat ini, Anker Prime Series. Siri revolusioner ini mentakrifkan semula pengecasan pantas berbilang peranti, menawarkan penyelesaian yang berkuasa, pintar dan interaktif yang mengubah tugasan yang dahulunya pasif kepada pengalaman yang menarik. Direka dengan cerapan pengguna yang luas, Anker Prime Series direkayasa untuk menjadi sumber kuasa terunggul untuk dunia yang bergerak pantas, dipacu teknologi masa kini, lalu memperkasakan pengguna dengan kelajuan, kecekapan dan inovasi.
Inovasi ini memperkasakan Charge Up, SEA!, suatu perjalanan dipacu AR yang menghidupkan teknologi canggih Anker dengan "mengecas" mercu tanda ikonik di seluruh Asia Tenggara. Naratif visual kempen ini memaparkan pengecas Anker Prime yang memberi tenaga kepada mercu tanda ini, mencerminkan komitmen jenama ini terhadap penyelesaian pengecasan yang cekap dan pintar. Melalui teknologi AR termaju, inovasi Anker berintegrasi lancar ke dalam wajah bandar, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam pengecasan generasi seterusnya sekali gus membentuk semula bagaimana pengguna mengalami kuasa dalam dunia yang semakin terhubung.
Terangi mercu tanda Bandar dengan Inovasi Terunggul
Bermula pada 27 Februari, "Charge Up, SEA!" akan menerangi lima negara—Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Vietnam—melalui penceritaan digital yang imersif dan pengalaman interaktif. Di Singapura dan Malaysia, pengguna akan mendapat peluang yang eksklusif untuk merasai sendiri dunia AR Anker di mercu tanda utama, manakala kelima-lima negara akan berinteraksi dengan video CGI berkualiti tinggi yang menghidupkan Anker Prime. Pengalaman ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan teknologi dan meneroka masa depan pengecasan, lantas mengukuhkan kepimpinan Anker dalam inovasi global.
Di menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pengunjung boleh mengimbas kod QR untuk memasuki dunia berinspirasikan siber yang dicipta oleh Anker. Pengalaman AR yang imersif ini menghidupkan penyelesaian pengecasan termaju Anker, menerusi Pengecas Atas Meja GaN 250W Anker Prime yang berfungsi sebagai titik pusat di mana dunia fizikal dan maya bersatu. Dikenali dengan reka bentuk yang kompak lagi berkuasa, pengecas ini menyokong berbilang peranti secara serentak, merangkumkan inovasi Anker dalam pengecasan berprestasi tinggi. Bagi meningkatkan pengalaman, peserta digalakkan untuk berkongsi reel AR di Facebook atau Instagram menggunakan tanda pagar #AnkerChargeUpMalaysia dan #ThePrimeOfCharging. Peluang untuk memenangi Stesen Pengecas Atas Meja Anker (bernilai RM699) akan ditawarkan, dengan tiga pemenang bertuah dipilih.
Dalam alam digital ini, Bank Kuasa 165W 25,000mAh Anker dan juga Pengecas 140W Anker berinteraksi dengan pengguna melalui emotikon interaktif, mencerminkan apa yang dipaparkan pada produk itu sendiri. Bank Kuasa 165W 25,000mAh Anker menawarkan kapasiti yang besar dengan kabel boleh tarik balik, berbilang port dan data masa nyata melalui paparan TFTnya. Sementara itu, Pengecas 140W Anker, dengan paparan digitalnya, menyediakan output kuasa masa nyata dan pemantauan suhu. Interaksi yang ceria dan didorong oleh emotikon ini mewujudkan hubungan emosi yang unik sambil memaparkan ciri-ciri teknologi pengecasan Anker yang pintar dan berprestasi tinggi. Produk-produk ini bersama-sama ini meningkatkan pengalaman imersif, menawarkan gambaran sekilas kepada pengguna terhadap masa depan penyelesaian pengecasan yang terhubung dan pintar.
Bagi mereka yang benar-benar ingin merasai pengalaman produk ini, berikut merupakan butiran mengenai harga dan ketersediaan: Pengecas Atas Meja GaN 250W Anker Prime berharga RM699, manakala Bank Kuasa 165W 25,000mAh Anker berharga RM449. Pengecas 140W Anker dengan paparan akan tersedia pada harga RM349 dan Pengecas 30W Anker Zolo berharga RM39. Keempat-empat produk ini akan tersedia dalam talian mulai 25 Mac 2025 dan di kedai mulai 15 April 2025.
Berinteraksi dengan dunia yang dinamik, pengguna akan dapat menyaksikan bagaimana teknologi pengecasan termaju daripada Anker bersepadu lancar ke dalam alam digital ini, memberikan pengalaman yang benar-benar futuristik dan gambaran sekilas terhadap masa depan pengecasan pintar dan terhubung.
Memperkasakan Masa Depan dengan Kemungkinan Tanpa Had
Sebagai perintis global bagi teknologi pengecasan, Anker mengintegrasikan secara konsisten maklum balas pengguna dan penyelidikan termaju untuk memacu inovasinya. Dengan inovasinya, Anker menawarkan gambaran sekilas terhadap masa depan kuasa yang lestari dan cekap yang berciri mudah alih dan juga berkuasa—amat sesuai untuk pengguna moden yang sentiasa terhubung.
Tatkala Anker meluaskan kehadirannya di Asia Tenggara, kempen Charge Up, SEA! mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk merintis inovasi dan reka bentuk berpusatkan pengguna. Dengan menggabungkan pengalaman digital termaju dengan teknologi pengecasan terkini, Anker bukan sekadar memberi kuasa kepada peranti—ia membentuk semula cara pengguna berhubung dengan masa depan.
Anker mengundang pengguna di seluruh Asia Tenggara untuk mengalami pengecasan generasi akan datang—yang mana setiap bandar, setiap peranti dan setiap detik dikuasakan oleh kemungkinan tanpa had.
Latar Belakang Anker
Anker ialah jenama pengecasan mudah alih #1 di dunia dan pembangun teknologi pengecasan berkelajuan tinggi untuk rumah, kereta dan semasa dalam perjalanan. Ini termasuk palam dinding, pengecas tanpa wayar, pengecas kereta, bank kuasa, kabel dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai Anker di anker.com.