![]() |
HANNOVER, Jerman, 25 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) dijangka akan membuat kemunculan sulungnya di Dewan 9 Hannover Messe 2025, dalam zon pembuatan pintar khusus. Syarikat ini akan mempamerkan lebih daripada 20 produk dan penyelesaian rintis mulai 31 Mac hingga 4 April di Reruai A18, di bawah tema Innovation Igniting the World (Inovasi Menyalakan Dunia). Pelbagai sistem automasi yang disesuaikan untuk sektor aeroangkasa, penyelesaian e-mobiliti terkini dan sistem taman perindustrian sifar karbon bersepadu – kesemuanya direka untuk menyokong peralihan global kepada pembuatan rendah karbon – akan dipamerkan.

Scan the QR code to receive your exhibition ticket and explore Shanghai Electric's latest innovations in industrial-grade solutions at Hanover MESSE 2025.
Hannover Messe 2025 ialah pesta teknologi global yang menghimpunkan penyelesaian terkini dan terbaik untuk pembuatan pintar, AI, revolusi hidrogen dan sistem pengurusan tenaga termaju, menawarkan platform yang memperkasakan pemimpin industri global untuk menerobos sempadan inovasi. Sebagai salah satu kuasa peneraju dalam tenaga baharu dan perintis pembuatan pintar, Shanghai Electric teruja untuk menyertai rakan setara kami bagi membentuk rangka tindakan untuk industri-industri masa depan.
Bagi meningkatkan penglibatan dengan rakan kongsi antarabangsa, Shanghai Electric akan menganjurkan lapan jerayawara bertema semasa berlangsungnya acara ini, meliputi topik-topik seperti visi industri hijau strategiknya, barisan pemasangan pesawat yang inovatif, sistem pengurusan terma untuk EV dan sistem rangkaian kuasa EV. Sesi-sesi lain akan mengetengahkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eropah syarikat ini untuk turbin angin, serta kemajuan dalam sistem PV pintar, peralatan hidrogen hijau dan sistem pemacu industri.
Dari segi produk, syarikat ini akan menyerlahkan perkembangan terkininya dalam komponen teras NEV, termasuk barisan pengeluaran automatik untuk bateri kuasa, motor pemacu dan sistem kawalan elektronik.
Pengunjung akan dapat mengagumi pengalaman imersif di reruai Shanghai Electric yang menampilkan paparan 3D mata kasar yang diilhamkan oleh pencetakan jenis boleh alih tradisional China. Pameran visual akan menggambarkan bagaimana enam segmen perniagaan Shanghai Electric – mencakupi marin, darat, udara, angin, solar dan hidrogen – berkolaborasi menggunakan algoritma AI termaju untuk membina rangka kerja pengurusan tenaga pelengkap berbilang tenaga, berserta penyelesaian utamanya yang direka untuk menyahkarbon setiap peringkat dalam kitaran hayat taman perindustrian, bermula daripada perancangan dan reka bentuk hingga pembinaan dan operasi harian.