BANGKOK, 26 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 Mac, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-46 bermula dengan tiga pengumuman utama daripada GAC INTERNATIONAL: pelancaran pelan penaiktarafan strategik global "One GAC 2.0"; pelancaran "Pelan Tindakan Thailand"; dan pelancaran pasaran bagi AION UT, model strategik global serta M8 PHEV, penanda aras untuk MPV tenaga baharu yang mewah, di Thailand.
Strategi "One GAC 2.0" adalah berdasarkan visi, matlamat dan imej, disokong oleh inisiatif tempatan dan lima tindakan utama untuk mempercepat pengembangan global.
Visi "Pencipta Nilai Mobiliti demi Kehidupan Lebih Baik" mencerminkan matlamat untuk menjadi jenama automotif bertaraf dunia dengan pengaruh antarabangsa dan keandalan sekali gus mencipta imej sebagai "rakan kongsi yang berkualiti tinggi, berteknologi tinggi dan andal untuk pengguna global." Inisiatif tempatan iaitu "Bertindak Setempat, Berintegrasi Setempat, Berkhidmat Setempat, Menyumbang Setempat" menggalakkan integrasi pasaran yang disesuaikan. Lima langkah utama memfokuskan pada pembangunan produk, pembuatan pintar, saluran jualan, perkhidmatan serta sistem eko dan mobiliti tenaga, bagi memastikan daya saing global dan inovasi bertumpukan pelanggan.
Berdasarkan usaha ini, GAC melancarkan secara rasmi, Pelan Tindakan Thailand, lalu mengesahkan sekali lagi komitmennya kepada "Di Thailand, untuk Thailand" melalui integrasi pasaran tempatan dan khidmat pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada strategi produknya, GAC memperkenalkan AION UT dan M8 PHEV yang ketika ini dalam peringkat prajualan. Bagi meluaskan kehadirannya, GAC merancang untuk membuka 80 kedai pengedar baharu di seluruh Thailand menjelang tahun 2025. Dari segi perkhidmatan, GAC akan melaksanakan Sistem Piawaian Perkhidmatan Jualan GAC INTERNATIONAL (GSSW) bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Syarikat ini juga akan terus memperkenalkan model-model baharu dalam Kilang Pintar Thailand untuk pengeluaran tempatan. Di samping itu, GAC memajukan pelan "Satu Ratus Bandar, Satu Ribu Stesen Pengecasan", menubuhkan Pusat Perkhidmatan Bateri Kuasa Bangkok dan membina dua pusat mobiliti. Bagi memupuk pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang, GAC bekerjasama dengan institusi seperti Rajamangala University of Technology Isan bagi menubuhkan pusat pembangunan bakat tenaga baharu antarabangsa yang pertama di Thailand.
Bermula daripada "eksport produk" kepada "eksport ekosistem": Melalui strategi "One GAC 2.0", "Pelan Tindakan Thailand" dan prajualan AION UT serta M8 PHEV, GAC INTERNATIONAL bukan sahaja menawarkan pilihan berkualiti lebih tinggi dan pengalaman mobiliti yang dipertingkat kepada pengguna di Thailand dan Asia Tenggara, bahkan turut memanfaatkan Thailand sebagai hab strategik untuk mempamerkan penyelesaian pembuatan pintar China yang terkemuka kepada dunia.