omniture

Zoomlion 2024: Bentuk Laluan Pertumbuhan Baharu Melalui Pempelbagaian, Globalisasi dan Transformasi Digital

Zoomlion
2025-03-26 03:28 16

CHANGSHA, China, 26 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 March, Zoomlion Zoomlion mengeluarkan laporan tahunan 2024nya. Syarikat ini mencapai jumlah hasil tahunan sebanyak 45.48 bilion yuan, dengan keuntungan bersih sebanyak 4 bilion yuan, mencerminkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.31%. Perbelanjaan pembayaran berasaskan saham syarikat bagi tahun 2024 berjumlah 0.87 bilion yuan, meningkat sebanyak 0.59 bilion yuan berbanding tahun sebelumnya. Tidak termasuk impak daripada perbelanjaan pembayaran berasaskan saham, keuntungan bersih bagi tahun tersebut meningkat sebanyak 18.39% tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar bagi tahun tersebut berada pada 28.17%, meningkat sebanyak 1.04 mata peratusan tahun ke tahun. Margin keuntungan bersih mencapai 8.81%, mewakili peningkatan tahun ke tahun sebanyak 0.8 mata peratusan. Sementara itu, syarikat ini merancang untuk mengagihkan dividen tunai sebanyak 3 yuan (termasuk cukai) bagi setiap 10 saham.

Dalam tempoh pelaporan, hasil luar negara oleh syarikat ini mencapai 23.38 bilion yuan, menandakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 30.58%. Bahagian hasil luar negara bertambah lagi kepada 51.41%, meningkat sebanyak 13.37 mata peratusan tahun ke tahun. Sepanjang tiga tahun yang lalu, hasil eksport syarikat ini mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 59.26%. Transformasi globalisasi mewujudkan peluang pasaran yang luas untuk semua segmen perniagaan, manakala trend "pertumbuhan berterusan" di pasaran luar negara mengurangkan sifat kitaran syarikat dengan ketara.

Menjelang akhir tahun 2024, syarikat ini mengendalikan lebih daripada 400 outlet luar negara, dengan produknya menjangkau lebih 170 negara. Syarikat ini menggaji 4,400 kakitangan tempatan di luar negara, menyumbang sebanyak 70% daripada tenaga kerja antarabangsanya dan menyelenggara lebih 210 gudang servis dan alat ganti.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zoomlion menjalani transformasi digital yang komprehensif, mencapai integrasi hujung-ke-hujung bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta rantaian bekalan kepada pasaran dan jualan, seterusnya menghasilkan operasi yang seragam, telus dan cekap. Empat taman jentera utama untuk jentera tolak tanah, platform kerja udara, jentera konkrit dan kren mudah alih di Zoomlion Smart City sudahpun tersedia, sebagai penanda aras untuk pembuatan diskret "berbilang varieti, kelompok kecil" dalam bidang pembuatan pintar seluruh dunia. Tatkala meningkatkan kelebihan kompetitif syarikat ini secara bersungguh-sungguh, ia juga akan menyediakan senario latihan yang sangat baik dan data untuk pembangunan perniagaan pintar khusus oleh syarikat ini pada masa depan.

Pada tahun 2024, syarikat ini mempercepat transformasi dan penaiktarafannya ke arah kepelbagaian, pengantarabangsaan dan pendigitalan, seterusnya memupuk keluk pertumbuhan baharu secara aktif. Inisiatif transformasi ini meningkatkan kestabilan pembangunan syarikat dengan ketara, lantas mengurangkan impak kitaran dengan berkesan. Ia turut menyuntik momentum pertumbuhan yang berterusan, membimbing syarikat ke arah laluan pembangunan yang mampan.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Earnings General Manufacturing