omniture

Vantage Markets Mengambil Bahagian di iFX Expo LATAM 2025

Vantage
2025-03-26 11:16 108

PORT VILA, Vanuatu, 25 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets mengumumkan penyertaannya di iFX Expo LATAM 2025, sebuah ekspo B2B kewangan terkemuka yang dijadualkan berlangsung di Bandar Raya Mexico. Sebagai broker CFD berbilang aset, Vantage Markets akan berinteraksi dengan golongan profesional industri untuk membincangkan trend pasaran global dan inovasi teknologi.

Vantage Markets to Participate in iFX Expo LATAM 2025
Vantage Markets to Participate in iFX Expo LATAM 2025

Dengan landskap tukaran mata wang asing (forex) dan perdagangan LATAM yang berkembang pesat, iFX Expo membawakan platform berharga untuk Vantage menunjukkan komitmennya pada teknologi termaju, ketelusan dan penyelesaian perdagangan luar biasa yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kongsinya.

Vantage Markets berada di barisan hadapan teknologi kewangan dan penyelesaian perdagangan, menawarkan pedagang akses kepada perdagangan CFD berbilang aset dengan pengalaman yang mesra pengguna dan lancar. iFX Expo memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti kewangan global dan menonjolkan dedikasi Vantage untuk menyediakan perkhidmatan perdagangan berkualiti tinggi.

Vantage teruja untuk mempamerkan platform perdagangannya yang canggih, sumber pendidikan yang komprehensif dan alatan perdagangan berkuasa yang memenuhi keperluan pedagang runcit dan institusinya. Dengan mengambil bahagian dalam acara yang berprestij ini, Vantage bermatlamat untuk menyokong pedagang dengan penyelesaian yang utama dalam industri dan memupuk hubungan bermakna dengan golongan profesional industri.

Sepanjang berlangsungnya iFX Expo LATAM 2025, Vantage akan diwakili oleh Alejandro Zelniker, Pakar Strategi Perniagaan Ahli Gabungan dan Rakan Kongsi di Vantage Markets, yang akan berinteraksi dengan ahli profesional industri untuk membincangkan tentang trend pasaran global dan masa depan industri perdagangan CFD.

Berkongsi keterujaannya terhadap acara ini, Alejandro Zelniker menyatakan:
"iFX Expo ialah sebuah acara yang penting untuk golongan profesional dalam industri perdagangan CFD. Ia menghimpunkan pakar, broker dan penyedia teknologi untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu pengetahuan antara satu sama lain. Saya berasa teruja untuk bertemu ahli profesional industri dan membincangkan tentang perkembangan global. Walaupun perdagangan merupakan perniagaan digital 100%, saya percaya interaksi secara bersemuka boleh menambah nilai kepada perhubungan profesional. Ia juga merupakan peluang yang hebat untuk mempamerkan inovasi teknologi Vantage."

Tatkala Vantage terus membangunkan operasinya, syarikat ini memfokuskan pada penyediaan sumber pendidikan dan alatan perdagangan yang memenuhi keperluan pedagang yang semakin berkembang dalam pelbagai pasaran. iFX Expo LATAM 2025 berfungsi sebagai platform untuk perangkaian dan pertukaran ilmu pengetahuan dalam kalangan ahli profesional industri bagi membolehkan Vantage mendapat pandangan tentang perkembangan pasaran global.

Vantage berharap dapat berkongsi pandangan mengenai trend perdagangan global di iFX Expo LATAM. Pengunjung ke reruai Vantage Markets boleh mengharapkan untuk mempelajari tentang rangkaian produk dan perkhidmatan CFD, platform perdagangan dan alatan syarikat.

Sertai Vantage di iFX Expo LATAM 2025! Ahli profesional industri dialu-alukan untuk mengunjungi reruai Vantage di iFX Expo LATAM 2025 untuk membincangkan trend teknologi perdagangan global dan berinteraksi dengan para wakil.

Untuk butiran lanjut mengenai penyertaan Vantage dalam acara ini, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology