![]() |
Pertumbuhan Didorong oleh Permintaan untuk Automasi Proses Agentik (APA) telah menyemarakkan Perusahaan Berautonomi Merentasi Sektor
SAN JOSE, Calif., 26 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pada hari ini Automation Anywhere, peneraju dalam Automasi Proses Agentik (APA), mengumumkan pencapaian kewangan syarikat untuk Q4 dan Tahun Fiskal 2025, mengetengahkan suku tahunan tempahan bukan GAAP yang terbesar dalam sejarah syarikat, pertumbuhan tahun ke tahun yang mampan dan kecemerlangan operasi. Syarikat itu melebihi panduan EBITDA untuk tahun ini, memperkukuh keupayaan syarikat untuk berkembang dengan cekap sambil memacu penerimagunaan penawaran APA.
Sorotan Utama Perniagaan Tahun Kewangan 2025 (TK25)
"Automation Anywhere dengan pantas telah mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam Automasi Proses Agentik memacu Perusahaan Berautonomi, yang bukan visi jauh; ini ialah kenyataan masa kini," kata Mihir Shukla, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Automation Anywhere. "Menyampaikan suku tahunan tempahan bukan GAAP kami yang terbesar dalam sejarah syarikat sambil melebihi panduan EBITDA memperkukuh kekuatan model perniagaan kami dan permintaan yang semakin berkembang untuk Sistem APA kami di seluruh dunia dan merentasi industri utama. Tidak seperti yang lain. bercakap tentang kemungkinan AI masa depan, APA ada di sini sekarang, mengubah industri dan memacu impak yang boleh diukur. Kami komited untuk menerajui transformasi ini dan terus menyampaikan nilai yang ketara kepada rakan kongsi dan pelanggan kami."
Selama bertahun-tahun, Automasi Proses Robotik (RPA) telah membantu perniagaan memulakan transformasi digital masing-masing dan mengautomasikan sehingga 40% daripada tugasan perniagaan berkenaan. Untuk membantu perniagaan mempercepat perjalanan penggunaan AI masing-masing dan menjalankan proses kompleks secara autonomi, Automation Anywhere mencipta kategori Automasi Proses Agentik (APA) yang dibina berdasarkan legasi syarikat sebagai peneraju dalam RPA dan memacu evolusi perusahaan berautonomi. APA memperkasa perniagaan untuk merancang pasukan agen AI, bot, API dan individu merentasi pelbagai aplikasi dan platform awan, menggunakan model bahasa besar. Sistem APA secara asasnya mengubah operasi perniagaan. Dengan mengintegrasikan sepenuhnya automasi yang dipacu AI, syarikat berupaya mengurangkan beban kerja manual dengan ketara, menambah baik ketepatan dan mempercepat proses. Anjakan ini membolehkan tenaga kerja syarikat memberikan tumpuan kepada inisiatif strategik berimpak tinggi.
Sorotan Tambahan dalam Tahun Kewangan 2025 (TK25):
Sumber Tambahan:
Suku tahun keempat dan tahun fiskal Automation Anywhere berakhir pada 31 Januari 2025. Sebagai syarikat persendirian, Automation Anywhere tidak mendedahkan maklumat kewangan dengan terperinci.
Maklumat Tentang Automation Anywhere
Automation Anywhere ialah peneraju dalam Automasi Proses Agentik dan dipandu oleh visi syarikat untuk menyemarakkan masa depan kerja dengan membebaskan potensi manusia melalui automasi. Ketahui lebih lanjut di www.automationanywhere.com
Forrester tidak menyokong mana-mana syarikat, produk, jenama, atau perkhidmatan yang termasuk dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati mana-mana individu untuk memilih produk atau perkhidmatan mana-mana syarikat atau jenama berdasarkan penilaian yang dimasukkan dalam penerbitan tersebut. Maklumat ini adalah berdasarkan sumber terbaik yang tersedia. Pendapat mencerminkan pertimbangan pada masa itu dan tertakluk kepada perubahan. Untuk maklumat lanjut, baca tentang keobjektifan Forrester di sini .
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2383572/5235337/Automation_Anywhere_Logo.jpg?p=medium600