SHANGHAI, 27 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Rakan Kongsi Global Blokees telahpun diadakan pada 25 Mac. Bertemakan "New Beginnings, New Journey" ("Permulaan Baharu, Perjalanan Baharu"), ia menghimpunkan rakan kongsi global untuk menyaksikan pelancaran rangka kerja "Ekosistem Produk". Inisiatif ini menggariskan komitmen Blokees untuk memperdalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, mencipta matriks produk terpelbagai dan meletakkan asas yang kukuh demi pertumbuhan yang berterusan sepanjang dekad akan datang.
Dalam ucapan pembukaannya, Zhu Weisong, pengasas Blokees, menyatakan bahawa dalam dekad yang akan datang, ia akan memfokuskan pada inovasi perniagaan, nilai pelanggan, kolaborasi rakan kongsi, pengumpulan bakat serta tanggungjawab sosial.
Di Persidangan Rakan Kongsi Global Blokees 2025, Presiden Sheng Xiaofeng memperkenalkan visi strategik Blokees untuk dekad seterusnya dalam ucaptamanya, "Membina Sistem Blokees Inovatif dan Ekosistem Produk Komprehensif." Blokees mempelopori konsep ekosistem produk holistik, menggambarkannya dengan jelas melalui metafora sebatang pokok yang tumbuh subur: inovasi dan R&D berfungsi sebagai akar yang kuat, portfolio IP global yang pelbagai dan matriks produk yang teguh membentuk struktur ranting dan pengguna global serta komuniti BFC mewakili daun yang menghijau.
Di acara ini, Blokees mempersembahkan enam siri klasiknya, termasuk Hero5, Hero8 dan Champion, berserta keluaran baharu daripada Transformers, Ultraman dan Marvel's Infinite Saga. Jenama ini turut memperkenalkan tiga siri akan datang yang menampilkan IP utama seperti Harry Potter dan Hatsune Miku, dengan bahan promosi yang menampilkan "Adorable" ("Comel") dan "Sweetheart" ("Buah Hati"), menandakan pengembangan ke dalam segmen pengguna baharu.
Di acara ini juga, Blokees menonjolkan dengan jelas nilai jenama terasnya—budaya BFC (Block Figure Creator)—melalui pameran pemain global dan majlis penyampaian anugerah pencipta tahunan, lalu memperkukuh falsafahnya iaitu "inovasi didorong pengguna" seperti yang ditekankan oleh Ye Shanshan, Naib Presiden Pemasaran Jenama.
Acara ini mewakili satu peristiwa penting dalam menaik taraf ekosistem produk Blokees, menandakan satu lagi kejayaan dalam memperdalam pembangunan produk, memperkukuh keupayaan asas serta mengusahakan inovasi yang pelbagai. Memandang ke hadapan, Blokees tetap komited kepada pendekatan yang bersifat terbuka, kolaboratif dan saling menguntungkan, bekerjasama erat dengan rakan kongsi global untuk memacu kemajuan industri dan membuka lembaran baharu untuk dekad yang akan datang.