omniture

Laluan Paling Singkat, Perjalanan Keemasan: Huawei Cloud Umum Enam Inisiatif Kolaboratif untuk Perusahaan Cina Berkembang Maju di Asia Pasifik

Huawei Cloud APAC
2025-03-28 14:27 127

CHONGQING, China, 28 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pada 25 Mac 2025, Huawei Cloud menganjurkan Forum Asia-Pasifiknya di Sidang Kemuncak Go-Global di Pusat Persidangan Antarabangsa Shancheng Chongqing, menghimpunkan hampir 200 pemimpin industri daripada sektor hiburan, media sosial, permainan, kewangan digital, runcit, logistik e-dagang dan Web 3.0. Penceramah ucaptama menyelami keadaan semasa dan hala tuju masa depan usaha globalisasi perusahaan Cina dan dalam masa yang sama turut memaparkan kisah kejayaan syarikat-syarikat yang telah bertapak kukuh di rantau Asia Pasifik, menyerlahkan dedikasi Huawei Cloud terhadap inovasi kolaboratif bersama pelanggan dan rakan kongsi dalam pasaran yang dinamik ini.

Enam Inisiatif Kolaboratif untuk Jenama-jenama Berkembang Pantas di Asia Pasifik

Dalam ucapan alu-aluannya, Jacqueline Shi, Presiden Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service, menggariskan kemajuan besar syarikat ini di rantau Asia Pasifik. Beliau menyebut bahawa rantau ini merupakan pasaran terbesar untuk Huawei Cloud di luar tanah besar China, dengan Singapura, Hong Kong (China) dan Thailand tersenarai secara konsisten antara tiga teratas dari segi penciptaan hasil. Rantau yang luas ini, dengan Singapura, Hong Kong (China) dan Thailand sebagai tiga pasaran penjana pendapatan teratas, memantapkan kedudukannya sebagai pasaran terbesar di luar China untuk Huawei Cloud. Dengan ekonomi digital yang berkembang pesat, Asia Pasifik menjadi lubuk peluang perniagaan, lantas menjadikannya destinasi pilihan untuk perusahaan Cina yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, Jacqueline mengingatkan bahawa kejayaan dalam pasaran yang dinamik ini memerlukan lebih daripada sekadar teknologi canggih; perniagaan juga harus mengutamakan kecekapan kos dan mencapai penyesuaian dengan nuansa pasaran tempatan untuk memenangi kepercayaan pelanggan, rakan kongsi dan pengguna. Agar berkembang maju, syarikat-syarikat memerlukan pemahaman yang mendalam tentang landskap unik setiap negara dan menjalankan analisis pasaran bersasar bagi mewujudkan perisikan pasaran yang mantap. Dengan berbuat demikian, mereka boleh memanfaatkan peluang baru muncul dan menyerlahkan potensi pertumbuhan sepanjang dekad yang akan datang.

Jacqueline Shi, President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service
Jacqueline Shi, President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service

Shang Haifeng, Presiden Huawei Cloud Asia Pacific, mengetengahkan daya tarikan unik rantau ini untuk perusahaan Cina, memetik perkaitan budaya, linguistik, demografi dan ekonominya dengan China. Pasaran Asia Pasifik telah terbukti menguntungkan terutamanya untuk Huawei Cloud yang telah berkembang 30 kali ganda dalam tempoh lima tahun yang lalu, lalu menjadikannya penyedia perkhidmatan awan yang paling pantas berkembang di rantau ini.

Di forum ini, Huawei Cloud memperkenalkan enam inisiatif kolaboratif untuk perusahaan yang menerokai Asia Pasifik:

  1. Infrastruktur awan: Menyediakan akses disatukan kepada sumber awan yang teguh, yang mendayakan operasi perniagaan di seluruh dunia.

  2. Teknologi: Membantu pelanggan dan rakan kongsi dalam mencipta secara bersama penyelesaian kompetitif dengan teknologi termaju.

  3. Jualan: Membantu rakan kongsi mengembangkan pasaran antarabangsa baharu melalui peluang pasaran yang dikongsi bersama.

  4. Ekosistem: Berkongsi sumber ekosistem tempatan untuk menyokong pelanggan dan rakan kongsi dalam mencapai kejayaan perniagaan.

  5. Pasaran: Membolehkan pelanggan dan rakan kongsi mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan kesedaran jenama melalui kempen pemasaran bersama.

  6. Platform: Membuka pengalaman Huawei selama lebih 20 tahun dalam perniagaan tempatan, komersial, perundangan, kewangan, cukai dan operasi pematuhan, menyokong perusahaan untuk menembusi pasaran Asia Pasifik dengan mudah.

Di acara ini, En. Shang memperkenalkan "Program Pencepatan Asia-Pasifik", di mana Huawei Cloud Asia Pacific akan memberikan pembiayaan khusus sebanyak USD10 juta bagi menyediakan enam pakej sokongan tersuai: perundingan strategik, pembangunan penyelesaian, inisiatif pemasaran bersama, bantuan migrasi awan, pengembangan perniagaan bersama dan akses kepada rangkaian industri. Beliau menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk memperkasakan perusahaan Cina untuk meluaskan jejak serantau mereka dengan memanfaatkan ekosistem rakan kongsi Huawei Cloud yang luas di Asia Pasifik. Menerusi program ini, Huawei Cloud bersedia untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi mengemudi kerumitan dalam globalisasi.

Shang Haifeng, President of Huawei Cloud Asia Pacific
Shang Haifeng, President of Huawei Cloud Asia Pacific

Perkongsian mengenai Persekitaran Perniagaan serta Strategi Tarikan Bakat & Pelaburan di ASEAN dan Hong Kong (China)

Dr. Piti Srisangnam, Pengarah Eksekutif ASEAN Foundation, menekankan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang, ASEAN akan menaik taraf infrastruktur digitalnya secara komprehensif, memupuk inovasi digital dan meletakkan asas kukuh bagi menjadi ekonomi digital global yang penting. Perkhidmatan awan bertindak sebagai pemangkin untuk pertumbuhan digital ASEAN, menawarkan sokongan yang stabil untuk ekonomi digital terpelbagai. Beliau menyeru kolaborasi, inovasi dan pelaburan yang berterusan demi memperkasakan keajaiban ASEAN.

Dr. Piti Srisangnam, Executive Director of ASEAN Foundation
Dr. Piti Srisangnam, Executive Director of ASEAN Foundation

Samson Cheung, Timbalan Ketua Perniagaan dan Tarikan Bakat / Promosi Pelaburan di Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Chengdu (CDETO), menyatakan bahawa tanah besar China menunjukkan kecemerlangan di peringkat global dalam inovasi, kemajuan digital dan peluang pasaran yang belum diterokai. Sementara itu, pasaran kewangan dan modal Hong Kong yang mantap dan terpelbagai, pemudahan perdagangan tarif sifar yang lancar dan perkhidmatan profesional yang dihormati memantapkan kedudukannya sebagai hab untuk perniagaan berkembang di luar China ke rantau Asia-Pasifik. Sebagai hab kosmopolitan yang menghubungkan Timur dan Barat, Hong Kong menyepadukan kekuatan global dan Cina dengan lancar, menarik perniagaan peringkat tertinggi dan bakat luar biasa dari seluruh dunia.

Samson Cheung, Deputy Head of CDETO Business and Talent Attraction / Investment Promotion
Samson Cheung, Deputy Head of CDETO Business and Talent Attraction / Investment Promotion

Kisah Kejayaan daripada Perusahaan Cina

Li Jianggan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MomentumWorks, memanfaatkan pengalaman operasi global syarikatnya yang luas untuk berkongsi pandangan berharga tentang berkembang ke peringkat global. Beliau menonjolkan potensi runcit dalam talian Asia Tenggara yang luas, yang ketika ini hanya mencapai 12%, jauh lebih rendah berbanding 30% di China. Agar berkembang maju, perniagaan harus menggabungkan perkaitan tempatan dengan pengembangan global, mewujudkan model yang sesuai dengan pelanggan serta rakan kongsi tempatan. Beliau khususnya berhujah bahawa ambang yang tinggi untuk pengembangan global tidak semestinya negatif; sebaliknya, ia mendorong perusahaan untuk meningkatkan keupayaan dalaman mereka sebelum berkembang, meletakkan asas yang kukuh demi pertumbuhan jangka panjang.

Menurut Shou Dong, pengasas bersama dan pengerusi ADVANCE.AI, kadar penembusan pembayaran digital di Asia Tenggara melonjak daripada bawah 10% pada tahun 2015 kepada 75% yang luar biasa pada tahun 2025, manakala ekonomi digital meningkat secara mendadak daripada USD32 bilion kepada USD3 trilion yang amat besar. En. Shou mengaitkan kejayaan syarikatnya kepada tiga faktor utama: kemasukan pasaran awal, permintaan terhadap kewangan inklusif dan persaingan pasaran itu sendiri. Beliau memerhatikan dengan teliti, "Tatkala orang lain melombong emas, anda perlu menyediakan penyodok dan membongkar proposisi nilai anda yang unik dan tidak dapat diganti." Beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Huawei Cloud, menonjolkan semangat kolaboratif mereka dengan berkata, "Rakan kongsi pertama kami bukanlah Huawei Cloud, tetapi mereka sanggup berkongsi peluang perniagaan dengan kami tanpa mengharapkan transaksi."

Jin Xiaoxu, Pengarah Globalisasi Perniagaan di Yonyou, menyatakan dalam ucaptamanya bahawa pada tahun 2023, Yonyou melancarkan strategi untuk membantu perusahaan Cina berkembang ke peringkat global dan mereka menyasarkan untuk menaik taraf strategi ini kepada versi 2.0 menjelang tahun 2026, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2 juta perusahaan untuk membina sistem IT dan berusaha untuk menjadi platform teratas di rantau Asia-Pasifik. Dengan perkongsian selama sedekad dengan Huawei Cloud, Yonyou telah mencipta banyak kisah kejayaan di seluruh Asia Pasifik. Tatkala perusahaan China berkembang di peringkat global, permintaan mereka terhadap penaiktarafan digital dan pintar menjadi semakin sofistikated, terutamanya apabila melibatkan operasi setempat. Bagi memenuhi keperluan ini, Yonyou merancang untuk memperdalam akarnya di pasaran Asia Pasifik, memacu perkongsian dan operasi setempat sambil terus memudahkan pengurusan pintar untuk perusahaan. 

Semasa perbincangan panel, hos memudahkan perbincangan di mana empat tetamu berkongsi pengalaman mereka berkembang ke pasaran Asia-Pasifik dan cabaran yang mereka atasi dalam perjalanan ini, sambil turut meneroka bagaimana AI memperkasakan atau mentransformasikan industri masing-masing.

  • Tian Ye, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Chinatown, menekankan pemecahan pasaran Asia Tenggara yang teruk, menekankan terutamanya kesukaran yang dihadapi oleh platform penghantaran makanan. Singapura merupakan persinggahan pertama mereka dalam pengembangan global, biarpun tahap penggunaannya tinggi dan skala yang agak kecil, yang menimbulkan perbezaan kawal selia yang ketara. Mereka mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Huawei Cloud kerana memberikan sokongan padu dalam menghubungkan mereka bersama rakan kongsi dan pelanggan tempatan.

  • Bi Peng, Ketua Pegawai Teknologi Island Credit Solution, menyatakan keyakinan bahawa perkongsian dengan Huawei Cloud akan membantu menangani cabaran unik Asia Tenggara, terutamanya ketersediaan teknologi dan perkhidmatan setempat yang komprehensif serta mengoptimumkan pengesahan dan proses data dengan menggunakan AI. Keupayaan infrastruktur dan AI Huawei Cloud akan memainkan peranan penting dalam memacu inovasi mereka ke hadapan.

  • Jennifer Zhang, Presiden WIZ.AI, mengetengahkan pemerolehan bakat sebagai cabaran terbesar untuk berkembang di peringkat global. Beliau menekankan bahawa teknologi AI memainkan peranan penting dalam memperkemas proses perniagaan dan mendorong kecekapan.

  • Cai Yi, Ketua Pegawai Teknologi NXCLOUD, menyatakan bahawa dengan sokongan daripada Huawei Cloud, mereka berjaya memasuki pasaran tempatan dan menggapai pencapaian yang ketara. Apabila pasaran berkembang, menjadi amat penting untuk meneliti keperluan pelanggan dan terus menjana nilai. Dengan platform AI terbuka Huawei Cloud, mereka dapat memanfaatkan model asas pada kos yang rendah dan kecekapan tinggi, suatu cara yang cekap untuk mengekalkan kepimpinan teknologi dan memanfaatkan peluang transformasi industri.

Memandang ke hadapan, Huawei Cloud akan memperkasakan perusahaan Cina untuk memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran global melalui sokongan yang holistik dan penyelesaian inovatifnya, memupuk kolaborasi yang lebih erat dengan pelanggan, rakan kongsi dan rakan industri bagi memacu globalisasi perniagaan Cina.

Source: Huawei Cloud APAC
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things