BEIJING, 28 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di Daerah Yizhou, Bandar Hechi, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, serikultur moden dan pengeluaran sutera yang didayakan oleh teknologi sains membantu lokaliti berkenaan melangkah ke laluan pembangunan industri yang berkualiti tinggi.

Photo shows the first production line of patterned full-silk Zhuang brocade, a type of indigenous fabric famed for durability, exquisiteness, creative design and intricate patterns, in Guangxi Zhuang Autonomous Region goes into operation. (Source: Integrated Media Center of Yizhou District)
Sebagai salah satu pangkalan pengeluaran kepompong sutera yang terbesar di seluruh China, Yizhou mempunyai 26,400 hektar ladang mulberi yang menghijau dengan output tahunan sebanyak 109,000 tan kepompong sutera.
Menjana pendapatan kira-kira 5.6 bilion yuan setiap tahun, serikultur tempatan dengan output kepompong segar yang utama di negara selama 19 tahun berturut-turut ini jelas dilihat dalam memacu pembangunan industri-industri daerah.
Apabila melangkah ke bengkel merahat sutera tempatan, orang ramai sentiasa dapat melihat peralatan automatik yang menggantikan kraftangan tradisional dan meningkatkan produktiviti serta kualiti sutera, terutamanya selepas 64 paten teknologi dan hampir 70 peranti canggih digunakan.
Sebagai contoh, Daerah Yizhou mencipta mesin dan alatan yang dapat meletakkan ulat sutera matang secara automatik pada alatan kepompong atau mengekstrak kepompong dan kadar penggunaannya bagi teknik lanjutan termasuk pembiakan bersama ulat sutera kecil dan merahat kepompong segar juga berada pada kedudukan tinggi dalam kalangan lokaliti setanding negara.
Transformasi sedemikian tidak dapat dipisahkan daripada penggalak teknologi sains dan inovasi yang bertenaga yang muncul di bawah sokongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
Menyasarkan pembinaan kluster kepompong mulberi dan industri sutera dengan nilai keluaran tahunan sebanyak 100 bilion yuan, daerah berkenaan menambah baik pembinaan rantaian industri penuh dan memperkenalkan teknologi canggih dari dalam dan luar negara untuk memudahkan pembangunan industri sutera tempatan yang berorientasikan kualiti tinggi, pintar dan hijau.
Dengan mesin tenun yang sibuk beroperasi pada kelajuan tinggi, tenunan sutera oleh mesin kawalan berangka komputer (CNC) syarikat-syarikat gergasi tempatan bukan sahaja mengisi kekosongan dalam menghasilkan kain broked Zhuang sutera penuh bercorak, tetapi turut membantu sutera mentah premium tempatan menjadi bahan mentah yang ditetapkan untuk jenama-jenama mewah antarabangsa.
Melalui penggunaan produk sampingan serikultur yang komprehensif, daun mulberi, dahan dan kumuhan ulat sutera digunakan secara meluas dalam makanan tempatan, perubatan, foder, baja organik dan sektor-sektor lain, lalu membentuk rantaian industri bagi ekonomi kitaran.
Di samping itu, Daerah Yizhou melancarkan pelbagai laluan perjalanan budaya sutera dengan menyepadukan kepompong mulberi dan industri sutera dengan pelancongan ekologi, lalu menyuntik dorongan baharu ke dalam ekonomi tempatan.
Pada masa depan, daerah berkenaan akan terus memperkukuh inovasi teknologi sains dan mengembangkan industri sutera tempatan bagi mencipta lembaran baharu dalam pembangunan ekonomi.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/344913.html