![]() |
Fortune akan mendedahkan senarai 100 Wanita Paling Berkuasa dalam Perniagaan pada 20 Mei
Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita Paling Berkuasa akan menghimpunkan pemimpin wanita terbaik dunia untuk meneroka "Era Baharu bagi Perniagaan: Bekerjasama untuk Kemakmuran Global"
NEW YORK, 28 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Fortune pada hari ini mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita Paling Berkuasa Fortune akan bersidang di Riyadh, Arab Saudi, 20-21 Mei 2025, menandakan sidang kemuncak antarabangsa pertama di rantau ini untuk francais kepimpinan wanita.
Wanita Paling Berkuasa Fortune ialah komuniti pemimpin terbaik hanya untuk jemputan ini dari pelbagai industri dan kerajaan di seluruh dunia. Cukup terkenal dengan perbincangan mengenai penetapan agenda, program global Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita Paling Berkuasa akan mengkaji kuasa utama yang membentuk landskap perniagaan di seluruh dunia dan, khususnya, cara sektor awam dan swasta boleh bekerjasama untuk memajukan inovasi dan pertumbuhan. Topik lain termasuk menilai kepimpinan global semasa krisis, menavigasi peralihan ekonomi dan impak perniagaan masing-masing, menggunakan teknologi baharu muncul secara besar-besaran dan meneroka peluang baharu merentasi pelaburan dan penjagaan kesihatan, serta sejauh mana perniagaan dalam bidang sukan, hiburan dan reka bentuk berkembang.
Fortune menghimpunkan komuniti di Arab Saudi, iaitu sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030, negara tersebut melabur dalam pertumbuhan, inovasi dan kemajuan wanita dalam perniagaan dan masyarakat. Hasil daripada pelan hala tuju itu, kadar penyertaan tenaga kerja untuk wanita ialah sehingga 36%, melebihi dua kali ganda berbanding 17% pada tahun 2017. Kini, wanita Arab Saudi memiliki 45% daripada perniagaan kecil dan sederhana negara itu, menyumbang kepada pembangunan keusahawanan ekonomi.
Wanita Paling Berkuasa Fortune di Riyadh akan menyediakan pemimpin global akses kepada pasaran yang berkembang ini, mewujudkan peluang perkongsian dan meluaskan komuniti global.
"Fortune berusaha untuk menjadi titik tumpuan perhatian sempadan baharu perniagaan global dan Arab Saudi ialah satu daripada tempat tersebut," kata Anastasia Nyrkovskaya, Ketua Pegawai Eksekutif Fortune. "Ini ialah masa yang sesuai untuk bersidang, di Riyadh, beberapa wanita paling berpengaruh dan berinovatif di dunia akan memberikan inspirasi, berhubung dan memacu kemajuan yang bermakna merentasi perniagaan dan kerajaan global. Acara Wanita Paling Berkuasa Fortune telah melakukan ini selama hampir tiga dekad. Sekarang tiba masanya untuk memanfaatkan hab Riyadh yang dinamik untuk sidang kemuncak wanita pertama kami di Timur Tengah."
Alyson Shontell, Ketua Editor Fortune, menulis dalam buletin Harian MPW Fortune baru- baru ini, dalam sebuah artikel bertajuk "Why Fortune MPW is Going Global (Sebab MPW Fortune Melangkah ke Arah Global)," menunjukkan impak bermakna yang disumbangkan oleh Arab Saudi terhadap ekonomi global, yang membuatkan Fortune mengambil keputusan untuk mengadakan acara penting di sana: "Di Fortune, tujuan kewartawanan kami ialah untuk menjadikan perniagaan bertambah baik dan berfungsi sebagai suara yang berkuasa, serta berwibawa yang mendesak ke arah kemajuan. Memandangkan pelaksanaan Arab Saudi yang pantas baru-baru ini, terutamanya untuk wanita, kami amat teruja untuk mendekati tindakan dan mendokumenkan kemajuan di sana juga."
Selain itu, pada 20 Mei, Fortune akan mendedahkan senarai ikonik 100 Wanita Paling Berkuasa dalam Perniagaan. Kini dalam tahun ke-28, senarai tersebut mengiktiraf perintis wanita global yang memacu inovasi dan membentuk masa depan merentasi industri, termasuk kewangan, teknologi, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, peruncitan dan tenaga. Edisi 2024 menampilkan pemimpin dari 19 negara dan wilayah merentasi 14 sektor, dengan lebih separuh daripada senarai tersebut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif—terutamanya syarikat Fortune 500 dan Global 500.
Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita Paling Berkuasa Fortune akan diadakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Konvensyen dan Pameran Arab Saudi (SCEGA).
Maklumat Tentang Fortune:
Fortune ialah syarikat media berbilang platform global yang dibina berasaskan legasi pelaporan dan maklumat yang dipercayai dan memenangi anugerah bagi syarikat yang mahu menjadikan perniagaan masing-masing bertambah baik. Dimiliki secara bebas, Fortune menceritakan kisah syarikat terbesar di dunia dan pemimpin masing-masing serta generasi baharu pembawa pembaharuan yang terus memajukan perniagaan. Secara digital dan cetakan, Fortune mengukur prestasi korporat melalui penanda aras yang ketat dan memastikan syarikat bertanggungjawab, di rantau di seluruh dunia. Kedudukan ikonik Fortune termasuk Fortune 500, Fortune Global 500, Wanita Paling Berkuasa(Most Powerful Women) dan Syarikat Paling Dikagumi di Dunia ( World's Most Admired Companies). Fortune membina komuniti bertaraf dunia dengan memanggil pemimpin industri yang berwibawa untuk hadir sidang kemuncak dan persidangan eksklusif, termasuk Forum Global Fortune, Brainstorm Tech dan Wanita Paling Berkuasa Fortune. Untuk maklumat lanjut, kunjungi fortune.com.
Hubungan Media:
Patrick Reilly
Fortune
Patrick.Reilly@fortune.com
Chelsea Hudson
Fortune
Chelsea.Hudson@fortune.com
Malek Abdelrahman
APCO Arab Saudi
mabdelrahman@apcoworldwide.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2167808/5238806/Fortune_Media_Logo.jpg?p=medium600