omniture

Perikatan Boao Hampir 20 Tahun M&G: Alat Tulis Cina Capai Tahap Baharu

Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
2025-03-29 16:57 23

SHANGHAI, 29 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di bawah tema "Asia dalam Dunia yang Berubah-ubah: Menuju Masa Depan Dikongsi Bersama", Persidangan Tahunan Boao Forum for Asia (BFA) 2025 telahpun diadakan di Hainan, China pada 27 Mac. Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G, simbol saham 603899) berperanan sebagai pembekal alat tulis rasmi forum ini sejak tahun 2005. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, M&G menawarkan kelengkapan pejabat yang berkualiti tertinggi dan produk alat tulis yang lestari untuk forum ini.

Bagi menyahut seruan terhadap transformasi rendah karbon, M&G menyediakan kit alat tulis mesra alam untuk para hadirin. Batang pen gel diperbuat daripada asid polilaktik (PLA), ditapai daripada jagung dan biojisim lain yang mengandungi kanji. Kulit buku kecil dihasilkan daripada kulit kayu oak berkualiti tinggi, digilap dan dicat melalui proses pembuatan yang teliti. Kertas yang digunakan telah diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC).


M&G ialah salah satu pengeluar alat tulis yang terbesar di dunia. Ia merupakan peneraju dalam pasaran Cina, memberikan nilai melalui produk inovatif, perkhidmatan berkualiti tinggi dan gaya hidup budaya kreatif. Syarikat ini pakar dalam menyediakan penyelesaian yang komprehensif dan komited kepada tujuannya: "menjadikan belajar dan bekerja lebih menggembirakan & berkesan".

M&G mempunyai rangkaian runcit yang luas dengan hampir 70,000 outlet di seluruh China, melancarkan beribu-ribu produk baharu setiap tahun dan mengeksport ke lebih 100 pasaran asing, memenangi hati pengguna muda di seluruh dunia.

Berperanan sebagai pembekal alat tulis rasmi untuk Boao Forum for Asia selama lebih sedekad lamanya, M&G memperoleh reputasi atas kualiti produk yang luar biasa dan mendapat pengiktirafan global sebagai jenama alat tulis yang terkemuka dari China.

Meneruskan visinya iaitu "Menulis Masa Depan Lebih Hijau," M&G terlibat secara proaktif dalam inisiatif pembangunan mampan. Pada tahun 2021, M&G menjadi peneraju dalam industri alat tulis China dengan melancarkan strategi pembangunan mampannya. M&G melaksanakan usaha secara proaktif di bawah empat tonggak strategik iaitu "produk mampan", "tindak balas terhadap perubahan iklim", "rantaian bekalan mampan" dan "memperkasakan pekerja serta komuniti", seterusnya mencapai hasil yang bermanfaat dan mengambil langkah yang kukuh ke arah "menulis masa depan perniagaan yang mampan."

Di samping itu, penarafan MSCI ESGnya telah dinaik taraf selama dua tahun berturut-turut kepada tahap "A" semasanya.

M&G terus memenangi hati pengguna di seluruh dunia dengan produk alat tulisnya yang berkualiti tinggi, cantik dan bertekstur. Sebagai contoh, Tsutaya Books di Jepun mengumumkan kerjasama strategik dengan M&G pada Mac 2025. Kolaborasi ini memperkenalkan M&G kepada hampir 120 lokasi TSUTAYA di seluruh Jepun, menyaksikan kali pertama jenama alat tulis Cina dengan rangkaian produk yang komprehensif dipaparkan dalam rangkaian runcit budaya dan kreatif Jepun yang utama.

Jenama-jenama Cina, dikongsi bersama dunia. M&G komited untuk menjadi jenama berorientasikan pengguna, menggalas tanggungjawab untuk mencipta alat tulis berkualiti yang bertimbang rasa, memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih baik, menyebarkan potensi pembangunan yang pesat dan berkualiti tinggi jenama-jenama alat tulis China kepada dunia dan merealisasikan visi untuk menjadi "M&G Bertaraf-Dunia".

Source: Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
Related Stocks:
Shanghai:603899
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news General Manufacturing