TOKYO, 31 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tokyo Electron Ltd. (TEL; Pejabat Besar: Minato-ku, Tokyo; Presiden: Toshiki Kawai) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telahpun menandatangani perjanjian perkongsian rasmi berbilang tahun bersama Los Angeles Dodgers, sebuah pasukan Liga Utama Besbol (MLB) di Bahagian Barat Liga Kebangsaan, bermula pada Mac 2025.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, logo TEL akan dipaparkan di pelbagai lokasi di dalam Stadium Dodger, termasuk di belakang tapak akhir, di busut pelempar dan pada papan tanda dinding luar padang.
Di samping itu, TEL akan menjadi rakan penyampai untuk acara "Shohei Ohtani 50/50 Bobblehead" yang dijadualkan diadakan pada 27 Ogos 2025.
Ditubuhkan pada tahun 1963, TEL berkembang menjadi peneraju global bagi peralatan pengeluaran semikonduktor dengan 87 tapak di 19 negara dan wilayah. Di A.S., TEL memiliki tiga pusat pembangunan dan 18 pejabat di 11 negeri. Bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang kuat dan berdaya tahan di mana aktiviti ekonomi yang sihat tidak pernah terganggu, syarikat ini membantu mengimbangi pendigitalan masyarakat dengan pemeliharaan persekitaran global melalui inovasi dalam teknologi semikonduktor.
Berkongsi cita-cita tinggi yang sama seperti Los Angeles Dodgers, TEL terus berkembang dan mencabar dirinya untuk menjadi No. 1 di dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1890, Los Angeles Dodgers ialah francais MLB dengan 8 kejuaraan World Series dan 25 gelaran Liga Kebangsaan. Sebagai Juara Dunia MLB 2024, Dodgers menyumbang dengan ketara kepada pembangunan budaya besbol. Stadium Dodger ialah hab kebudayaan yang memberikan pengalaman peminat yang luar biasa sambil memupuk perkongsian yang kukuh dalam komuniti. Memegang rekod bagi jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah MLB, Dodgers memecahkan halangan secara berterusan dan kekal menjadi salah satu francais sukan yang paling disukai di peringkat global.
"Tokyo Electron ialah rakan kongsi luar biasa yang dialu-alukan ke dalam keluarga Dodger kami," kata Lon Rosen, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Pemasaran, Los Angeles Dodgers. "Kami meletakkan harapan tertinggi bahawa hubungan kami dengan TEL akan memberi manfaat bersama yang mendatangkan kepuasan pada tahun-tahun akan datang."
Menjalin perkongsian dengan Los Angeles Dodgers merupakan satu penghormatan yang besar buat kami, pasukan besbol terkenal yang mempunyai hubungan yang erat dengan Jepun dan beberapa pemain berpengaruh dari Jepun. Besar harapan kami agar penajaan impian ini akan membuahkan hasil untuk semua yang terlibat, termasuk Los Angeles Dodgers, TEL dan peminat Dodgers di seluruh dunia.
Sebagai sebuah syarikat global yang terkemuka bagi peralatan pengeluaran semikonduktor yang inovatif, Tokyo Electron (TEL) terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan penjualan dalam pelbagai bidang produk. Kesemua barisan produk peralatan pengeluaran semikonduktor TEL mengekalkan bahagian pasaran yang tinggi dalam segmen global masing-masing. TEL menyediakan produk dan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan melalui rangkaian global di A.S., Eropah dan Asia.
Sila kunjungi https://www.tel.com/ untuk maklumat lanjut.