![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 2 April 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," telah mengumumkan bahawa ia hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-36 di pejabat Yugu syarikat di Bandar Gongju, Wilayah Chungcheongnam, Korea Selatan.
Semasa AGM, pemegang saham meluluskan item agenda utama yang merangkumi pengesahan penyata kewangan, penyata kewangan disatukan dan penyata pengagihan pendapatan tertahan; pelantikan pengarah luar; pelantikan ahli jawatankuasa audit; kelulusan had ke atas imbuhan pengarah; dan pengurangan modal bagi tujuan pembatalan syer perbendaharaan.
Pemegang saham juga menolak usul Align Partners Capital Management Inc. ("Align Partners") untuk memperkenalkan sistem pengundian terkumpul. Seorang pegawai Coway menyatakan, "Pemegang saham kami telah mengesahkan semula bahawa operasi lembaga semasa memastikan kebebasan operasi dan ketelusan yang mencukupi, menjadikannya sesuai untuk pertumbuhan mampan yang berterusan dan peningkatan nilai pemegang saham."
Sebagai sebahagian daripada polisi pulangan pemegang saham jangka pertengahan hingga jangka panjang, Coway meluluskan persaraan kira-kira 650,000 saham perbendaharaan. Syarikat juga mengumumkan rancangan untuk meneruskan pembelian semula dan membatalkan saham perbendaharaan untuk memberikan peningkatan ketara jumlah kadar pulangan pemegang saham daripada 20% kepada 40%, di samping langkah lain yang direka untuk meningkatkan lagi nilai pemegang saham.
AGM tahun ini juga menyaksikan Coway melantik Jungho Kim, Profesor di Sekolah Siswazah Pengajian Antarabangsa Universiti Korea, dan Taehong Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Growth Hill Asset Management Co., Ltd., sebagai pengarah luar baharu, manakala Gilyeon Lee dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama. Taehong Kim dan Gilyeon Lee juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa audit, manakala penama Align Partners untuk pengarah luar dan ahli jawatankuasa audit meletak jawatan secara sukarela, menyebabkan item agenda perkara tersebut dibuang.
Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway, berkata, "Peningkatan pelaburan dalam R&D sehingga ke akhir pembangunan produk dan teknologi inovatif telah menghasilkan pertumbuhan jualan yang kukuh untuk siri penulen air Icon kami dan rangkaian tilam dan kerusi urut BEREX merentas kedua-dua pasaran domestik dan global, mengukuhkan status kami sebagai penggiat yang berprestasi stabil dalam pasaran. Melangkah ke hadapan, kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi kedudukan perniagaan dan nilai pulangan dan kepercayaan pemegang saham kami."
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.