omniture

SUEZ dan Sonadezi Meterai Perkongsian Strategik Sediakan Penyelesaian Alam Sekitar Bersepadu untuk Taman Perindustrian di Vietnam

SUEZ Asia
2025-04-03 20:51 16

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 3 April 2025 /PRNewswire/ -- SUEZ menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Sonadezi, sebuah syarikat milik kerajaan yang telah membangunkan dan kini mengurus 11 taman perindustrian berskala besar di Vietnam bagi menyediakan penyelesaian alam sekitar bersepadu kepada taman perindustrian terbesar di Vietnam Selatan. Perkongsian strategik ini merupakan projek taman perindustrian pertama SUEZ di Vietnam dan yang ke-22 di Asia, lantas memperkukuh komitmennya untuk menyokong pertumbuhan mampan rantau ini menerusi penyelesaian air industri dan bahan buangan kitaran, bingkas.

François Fevrier, Ketua Pegawai Eksekutif Water and R&R of SUEZ Asia, berkata: "Perkongsian ini menandakan satu langkah besar untuk SUEZ ke dalam sektor taman perindustrian Vietnam. Kami membuktikan kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam taman perindustrian di seluruh Asia, menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang canggih kepada 22 taman di rantau ini. Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Sonadezi untuk menulis bab yang seterusnya tentang kisah kami di Vietnam. Tatkala negara ini terus membangunkan landskap perindustriannya, SUEZ komited untuk menyokong visinya untuk masa depan yang lebih mampan, dengan menyediakan penyelesaian air dan bahan buangan yang inovatif."

Sejak menubuhkan taman perindustrian pertamanya pada tahun 1963, Vietnam membangunkan lebih 400 taman perindustrian sedemikian. Bagi menangani cabaran air industri dan air buangan, seperti meningkatkan kualiti air buangan, menstabilkan efluen daripada loji rawatan air buangan dan meningkatkan keadaan rangkaian paip, kerajaan memperkenalkan dasar alam sekitar dan pembuangan yang teguh, demi mendorong pembangunan berkualiti tinggi. Sebagai sebahagian daripada peralihan alam sekitar negara, 40% hingga 50% lokaliti di Vietnam menyasarkan untuk menukar taman perindustrian sedia ada kepada taman eko-industri menjelang tahun 2030. Dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman luasnya, SUEZ berada pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan dalam memajukan transformasi ini selanjutnya.

Terletak secara strategik hanya lebih sejam pemanduan dari Bandar Raya Ho Chi Minh, Taman Perindustrian Chau Duc, taman perindustrian yang terbesar seumpamanya di Vietnam Selatan, merupakan hab penting untuk aktiviti perindustrian. Ia berfungsi sebagai pintu masuk untuk perniagaan antarabangsa yang ingin melabur dalam sektor-sektor perindustrian Vietnam yang berkembang pesat seperti semikonduktor, mekanik dan aksesori automotif selain memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Fasa pertama kolaborasi antara SUEZ dan Sonadezi akan melibatkan penaiktarafan serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) kemudahan rawatan air buangan sedia ada dan akan menyediakan penyelesaian air buangan yang komprehensif kepada lebih 100 pelanggan industri di dalam Taman Perindustrian Chau Duc. Dengan pembangunan pesat Taman berkenaan dan peningkatan standard matlamat alam sekitar negara, usaha sama baharu ini juga akan mengkaji peluang untuk mengukuhkan perkhidmatan air dan bahan buangan di dalam Taman berkenaan melalui kemudahan serta teknologi termaju.

Dengan rekod prestasi selama 160 tahun dalam pengurusan air dan bahan buangan, SUEZ menyediakan penyelesaian alam sekitar bersepadu kepada 22 taman perindustrian utama di Asia selama lebih dua dekad lamanya. Di Vietnam, SUEZ bekerjasama erat dengan rakan kongsi tempatan sejak tahun 1955, menyediakan perkhidmatan air minuman dan air buangan yang mampan melalui lebih daripada 20 projek. Penandatanganan perjanjian ini merupakan satu lagi peristiwa penting untuk SUEZ dalam menyediakan pelanggan industri dengan penyelesaian yang andal dan menjimatkan kos untuk efluen dan bahan buangan mereka, seterusnya menyokong negara dalam mencapai matlamat kemampanannya.

SUEZ signs contract for its first industrial park project in Vietnam with Sonadezi to provide integrated environmental solutions.
SUEZ signs contract for its first industrial park project in Vietnam with Sonadezi to provide integrated environmental solutions.

Latar Belakang SUEZ: 

Berhadapan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat, SUEZ telahpun menyampaikan perkhidmatan penting yang melindungi dan meningkatkan kualiti hidup kita selama lebih 160 tahun lamanya. SUEZ menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang inovatif dan bingkas untuk perkhidmatan air dan bahan buangan. Dengan 40,000 pekerja merentas 40 negara, Kumpulan ini bekerjasama dengan pelanggan untuk mencipta nilai melalui kitar hayat penuh aset dan perkhidmatan mereka serta untuk memacu peralihan rendah karbon mereka. Pada tahun 2023, SUEZ menyediakan air minum untuk 57 juta orang di seluruh dunia dan perkhidmatan sanitasi untuk lebih daripada 36 juta orang. Kumpulan ini menjana 7.7 TWj tenaga daripada bahan buangan dan air buangan. Pada tahun 2023, SUEZ menjana hasil sebanyak 8.9 bilion euro. Untuk maklumat lanjut: www.suez.com / X @suez / LinkedIn @SUEZ.

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun lalu, yang pertama di Asia Tenggara sebelum berkembang ke China 50 tahun yang lalu. Dengan lebih 6,500 pekerja di seluruh Asia, SUEZ membina lebih 600 loji rawatan air dan air buangan. Bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan kami, kami turut menyediakan perkhidmatan kitar semula dan pemulihan air dan bahan buangan untuk lebih 25 juta orang dan 22 taman perindustrian di seluruh rantau ini. SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh di China dan penanda aras perkhidmatan untuk industri alam sekitar Asia yang terkemuka. Hari ini, SUEZ bekerjasama dengan pelanggan perbandaran dan industri di lebih daripada 30 bandar dan wilayah utama di seluruh China, mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan penunuan sisa berbahaya Asia yang terbesar di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 6 bilion di Chongqing.

Source: SUEZ Asia
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Contracts Licensing/marketing agreements