![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 3 April 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets, platform perdagangan berbilang aset, bangga menjadi Penaja Elit bagi iFX Expo LATAM 2025 yang berlangsung pada 9-10 April di Bandar Raya Mexico. Sebagai salah satu ekspo kewangan yang paling dinanti-nantikan di rantau ini, acara ini akan menghimpunkan pemimpin industri, penginovasi teknologi kewangan (fintech), broker dan pedagang untuk meneroka trend terkini yang membentuk masa depan perdagangan.
Sebagai sebahagian daripada liputan sebelum acara tersebut, Vantage baru-baru ini menghadiri temu bual LinkedIn yang eksklusif bersama iFX Expo LATAM, di mana syarikat ini berkongsi pandangan mengenai misi, inovasi dan jangkaan untuk acara ini.
iFX Expo LATAM berfungsi sebagai hab rangkaian utama untuk golongan profesional dalam industri tukaran mata wang asing (forex), fintech, blok rantai dan aset digital. Acara ini menawarkan para hadirin dengan pandangan eksklusif, perbincangan panel pakar serta penglibatan langsung dengan broker peringkat atasan, penyedia kecairan dan firma teknologi.
Sebagai penyokong sekian lama untuk pendidikan, inovasi dan ketelusan dalam perdagangan, Vantage melihat iFX Expo LATAM sebagai peluang untuk terlibat dengan komuniti ahli profesional industri yang semakin berkembang di rantau ini.
Sebagai Penaja Elit, penyertaan Vantage akan fokus untuk terlibat dalam perbincangan pendidikan, meninjau peluang rangkaian dan memperoleh pandangan industri. Wakil Vantage akan ditampilkan dalam sesi ucaptama dan perbincangan panel, di mana mereka akan berkongsi perspektif berharga tentang trend pasaran, perkembangan industri serta masa depan teknologi dalam perdagangan.
Alejandro Zelniker, Pakar Strategi Perniagaan Ahli Gabungan dan Rakan Kongsi di Vantage Markets, berkongsi pandangannya mengenai acara ini:
"iFX Expo ialah sebuah acara yang penting untuk ahli profesional dalam industri perdagangan CFD. Ia menghimpunkan pakar, broker dan penyedia teknologi untuk berhubung dan berkongsi ilmu pengetahuan. Saya tidak sabar untuk bertemu ahli profesional industri dan membincangkan mengenai trend pasaran global dan inovasi teknologi. Walaupun perdagangan adalah 100% perniagaan digital, saya percaya interaksi secara bersemuka boleh menambah nilai kepada hubungan profesional. Ia juga merupakan peluang yang hebat untuk mempamerkan inovasi teknologi Vantage."
Vantage mengalu-alukan ahli profesional industri yang menghadiri iFX Expo LATAM 2025 untuk mengunjungi reruainya dan meneroka perkembangan terkini dalam teknologi perdagangan. Dengan tumpuan yang kukuh pada teknologi, ketelusan dan pemerkasaan perdagangan, Vantage terus terlibat dengan ahli profesional industri di acara-acara global untuk berkongsi pandangan mengenai teknologi dan trend perdagangan.
Untuk maklumat lanjut dan cara mendaftar untuk acara ini, kunjungi iFX Expo LATAM 2025.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @ vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.