Program komuniti ini telah membantu lebih daripada 14,000 orang di enam pasaran Asia untuk menjadi lebih aktif melalui sukan bola keranjang pada tahun pertamanya, dengan matlamat untuk membantu 45,000 orang menjelang akhir tahun 2025.
HONG KONG, 8 April 2025 /PRNewswire/ -- Sun Life, dengan kerjasama yayasan global sukan untuk perubahan sosial Beyond Sport, telah mengumumkan lanjutan program amal "Hoops + Health" untuk tahun kedua, dengan matlamat untuk membantu 45,000 golongan muda menjadi lebih aktif menjelang akhir tahun 2025 melalui penyediaan ruang selamat, program kejurulatihan dan peralatan di komuniti yang kurang bernasib baik.
Berdasarkan kejayaan tahun pertama program ini, Sun Life akan meningkatkan pelaburannya daripada 1 juta CAD kepada 1.5 juta CAD, menekankan komitmennya untuk menangani isu peningkatan ketidakaktifan fizikal dalam kalangan remaja — satu faktor risiko utama bagi penyakit kronik seperti diabetes. Memandangkan peningkatan kes diabetes dalam kalangan golongan muda yang semakin membimbangkan, usaha untuk membantu mereka kekal aktif dan cergas adalah amat penting.
Program Hoops + Health memanfaatkan kuasa sukan bola keranjang untuk membantu kanak-kanak kekal cergas dan berasa kuat, baik dari segi fizikal mahupun mental. Program ini menjangkau golongan muda di enam lokasi — Hong Kong SAR, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Singapura — dengan memberi tumpuan khusus kepada belia yang terpinggir. Tahun kedua program ini menyasarkan untuk menjangkau 31,000 orang, berasaskan pencapaian 14,000 orang pada tahun 2024.
Selepas menghidupkan semula lima gelanggang bola keranjang dan menganjurkan beberapa siri acara komuniti pada tahun lalu, Sun Life kini bersedia untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif pada tahun 2025, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama: sumbangan peralatan dan penyelenggaraan gelanggang; latihan kejurulatihan dan bengkel bola keranjang; serta acara dan aktiviti bola keranjang percuma.
Sebagai sebahagian daripada program Hoops+Health, inisiatif termasuk:
David Broom, Ketua Pegawai Pelanggan dan Pengedaran di Sun Life Asia, berkata, "Perubahan yang dibawa oleh program Hoops + Health dalam membantu kanak-kanak dan golongan muda menjadi lebih aktif melalui sukan yang mereka gemari sungguh mengagumkan. Dengan meningkatkan pelaburan kami dalam inisiatif ini, kami mahu membantu lebih ramai anak muda menjalani kehidupan yang lebih sihat. Di Sun Life, kami percaya setiap kanak-kanak berhak untuk membesar dengan kuat dan sihat, dan kami komited untuk merealisasikan impian itu di seluruh Asia."
Fred Turner, Pengarah Eksekutif di Beyond Sport, berkata, "Program Hoops + Health mencerminkan kuasa sukan dalam menyediakan penyelesaian kepada cabaran sosial yang mendesak. Dengan memanfaatkan bola keranjang, kami mencipta platform yang bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal, tetapi juga menggalakkan penglibatan komuniti dan pembangunan peribadi dalam kalangan belia. Kami teruja melihat bagaimana usaha kami yang diperluas akan terus memperkaya kehidupan ribuan kanak-kanak di seluruh rantau ini."
Maklumat tentang Sun Life
Sun Life merupakan organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa utama yang menyediakan pengurusan aset, kekayaan, insurans, dan penyelesaian kesihatan kepada pelanggan peribadi dan institusi. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Tanah Besar China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Setakat 31 Disember 2024, Sun Life mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $1.54 trilion. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunlife.com.
Sun Life Financial Inc. didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham Filipina (PSE) di bawah simbol singkatan SLF.
Nota: Semua angka mata wang ialah dalam dolar Kanada, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Maklumat tentang Beyond Sport
Beyond Sport ialah sebuah yayasan global yang memanfaatkan kuasa transformatif sukan untuk menangani isu-isu sosial yang kritikal hari ini. Organisasi ini memperjuangkan individu, program dan komuniti yang menggunakan sukan untuk membina peluang dan kesaksamaan, serta mewujudkan dunia yang lebih inklusif dan progresif.
Sejak tahun 2008, yayasan ini telah mengumpulkan lebih daripada $20 juta untuk mempromosikan perubahan sosial. Beyond Sport telah menyalurkan lebih $12.3 juta kepada 539 inisiatif di 77 negara, selain menyediakan alat pembangunan kapasiti yang penting, bagi menyokong pemimpin mencipta impak yang berkekalan. Ketahui lebih lanjut tentang program Hoops + Health bersama Sun Life di beyondsport.org/hoops-health.
Butiran Hubungan Media:
Becky Marshall
Pengarah, Komunikasi, Sun Life Asia
T: +852 6171 0312
E: becky.marshall@sunlife.com
Iris Ng
Pengarah Akaun
T: +852 9838
3501E: iris.ng@sandpipercomms.com