![]() |
Penyelesaian PayBank® PaySett yang terbukti di pasaran akan dimasukkan dengan lancar ke dalam
infrastruktur bank bertujuan menyokong perniagaan pembayaran syarikat.
ATLANTA dan SANTO DOMINGO, Republik Dominika, 8 April 2025 /PRNewswire /-- PaySett Corporation peneraju global penyelesaian pembayaran dan JMMB Bank, pada hari ini mengumumkan pengembangan perkongsian serantau kedua-dua organisasi untuk memasukkan Republik Dominika. Perkongsian ini dijangkakan akan terus meningkatkan penerimagunaan pembayaran elektronik di negara ini.
Jesus Garcia, Naib Presiden Global Pembangunan Perniagaan menyatakan "Selama hampir dua dekad, penyelesaian PaySett telah menyediakan infrastruktur perisian kritikal bagi memperkasa pembayaran elektronik di Republik Dominika untuk pengguna, perniagaan dan agensi kerajaan. Perkongsian ini ialah perkara utama bagi kami, kerana kami terus berkembang di Republik Dominika dan mewakili komitmen kami kepada institusi kewangan serantau, seperti JMMB Group, yang menyasar untuk menguruskan kos operasi dengan lebih baik dan memudahkan pemindahan dana untuk pelanggan di seluruh organisasi masing-masing."
"Di JMMB, kami sentiasa melabur secara strategik ke atas inovasi. Kami komited untuk menawarkan penyelesaian terbaik bagi menguruskan aliran tunai dengan membawa kepada pelanggan kami alatan berinovatif untuk mengoptimumkan operasi masing-masing. Gabungan strategik dengan PaySett Corporation ini merupakan langkah penting ke arah pemodenan perkhidmatan kewangan di Republik Dominika. Bersama-sama kami memacu akses kepada penyelesaian pembayaran yang memudahkan keterangkuman kewangan kepada sebilangan besar pengguna sambil menyumbang kepada pertumbuhan mampan di negara ini" menurut Luis Bogaert, Ketua Pegawai Eksekutif JMMB Bank.
Maklumat Tentang PaySett Corporation
PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta Georgia ialah penyedia perkhidmatan global bagi penyelesaian perisian pembayaran. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti kewangan global menguruskan dengan berkesan cara wang bergerak di seluruh organisasi dan untuk pelanggan masing-masing. Pengalaman PaySett selama dua dekad memindahkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran kebangsaan dan antarabangsa telah membolehkan pembangunan perisian pembayaran canggih bagi membantu bank global dengan keupayaan meningkatkan keupayaan pemprosesan rangkaian pembayaran serantau dan global masing-masing. Dua belas daripada dua puluh bank global terbaik memproses pembayaran melalui perisian PaySett.
Hubungan PR
David R. Pulido
E-mel: dpulido@paysett.com
Tel: + 1 (404) 812-5367
www.paysett.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1586598/PaySett_Corporation_Logo.jpg?p=medium600