omniture

Kira Detik 100-Hari CISCE ke-3: Menyatukan Rantaian Industri Global demi Masa Depan Dikongsi Bersama

China International Supply Chain Expo
2025-04-09 14:39 20

BEIJING, 9 April 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 7 April 2025, Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-3 (CISCE) memulakan kira detik 100 hari, menandakan sebuah perhimpunan global di bawah tema Menghubungkan Dunia demi Masa Depan Dikongsi Bersama (Connecting the World for a Shared Future). Di tengah-tengah ketidaktentuan rantaian bekalan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan dinamik perdagangan yang berubah-ubah, Ekspo ini akan berlangsung di Beijing mulai 16 hingga 20 Julai, memperkukuh misinya untuk memacu kerjasama antarabangsa dan membina rantaian bekalan bingkas-krisis.


Berpusatkan pada integrasi rantaian industri sebagai asasnya, Ekspo ini menonjolkan nilai yang terhasil melalui kesalinghubungan rantaian bekalan dan dalam masa yang sama mengintegrasikan inovasi yang didorong pihak berkepentingan. Acara ini menguatkan kolaborasi antarabangsa dengan mempamerkan kepakaran China dalam penyesuaian pasaran luar negara, kebolehskalaan rantaian bekalan dan model perniagaan rentas sempadan yang transformatif. Para hadirin akan meneroka penyelesaian rantaian bekalan yang canggih, hujung-ke-hujung yang disempurnakan oleh perusahaan Cina, mencerminkan pertumbuhan strategik selama bertahun-tahun.

Satu sorotan termasuk Zon Rantaian Inovasi sulung, sebahagian daripada pavilion Rantaian Pembuatan Termaju yang bertujuan untuk mempercepat pengkomersialan teknologi berpaten dan hasil ciptaan rintis. Ruang khusus ini menggariskan misi Ekspo ini untuk merapatkan kemajuan konseptual dengan aplikasi industri dunia sebenar, lalu memperkukuh peranannya sebagai pemangkin untuk evolusi rantaian bekalan global.

"Melalui rantaian bekalan, kami menghubungkan perniagaan, produk dan perkhidmatan dunia, membina jambatan untuk integrasi industri, inovasi dan akses pasaran," kata Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT). "Platform ini menjadi pemacu yang terbuka bagi pertumbuhan bersama dan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan dunia."

Ekspo ini meluaskan peluang rangkaian melalui penglibatan sebelum acara, di tapak dan selepas acara sekali gus mengukuhkan pakatan peserta pamerannya untuk memupuk hubungan perniagaan yang lebih mendalam.

Dalam satu perkembangan penting, acara ini beralih ke musim panas buat julung kalinya bagi memastikan keselesaan optimum untuk hadirin global. Pendaftaran awal menunjukkan penyertaan rentas sektor yang kukuh, dengan peneraju industri daripada sektor automotif, farmaseutikal, pembuatan termaju dan kewangan—peserta pameran yang kembali dan juga peserta baharu—bersiap sedia untuk berhimpun pada bulan Julai dan membentuk masa depan rantaian bekalan global.

CISCE, yang diadakan di China dan diiktiraf sebagai acara peringkat kebangsaan pertama di dunia yang memfokuskan pada rantaian bekalan, muncul dengan pantas sebagai hab kritikal untuk kolaborasi dan inovasi industri global serta pintu masuk utama untuk firma-firma antarabangsa mengakses pasaran Cina.

Di CISCE yang lalu, edisi kedua acara ini, peserta pameran menandatangani lebih 210 perjanjian kerjasama dan surat hasrat yang berjumlah lebih 152 bilion yuan (lebih kurang USD 20.8 bilion). Ekspo ini juga berfungsi sebagai hab global untuk inovasi teknologi dan kolaborasi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics