MUNICH, 10 April 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), peneraju global bagi jentera pembinaan, mempamerkan inovasi terkininya di bauma 2025 di bawah tema "Pembangunan Lebih Hijau, Masa Depan Lebih Cerah" mulai 7 hingga 13 April di Reruai FS.905 di Messe München. Lebih 60 produk utama dalam sembilan kategori utama dipamerkan bersama-sama dengan barisan sulung penyelesaian sistem pintar dan hijau di Eropah. Syarikat ini turut menandatangani beberapa tempahan antarabangsa dan perjanjian kerjasama untuk mempercepat dan menerajui peralihan industri jentera pembinaan menuju transformasi digital, pintar dan hijau.
Sorotan di Acara
Sorotan dalam barisan Zoomlion ialah ZT72J-V, lif bum teleskopik tertinggi di Eropah, memaparkan kepimpinannya dalam pembangunan AWP termaju. Syarikat ini turut memperkenalkan 10 mesin tolak tanah yang kebanyakannya mempunyai alat kawalan jauh 5G, pemantauan panoramik AI dan pemulihan tenaga dipacu elektrik. Dalam segmen kren menara, R800-40, model Cina tanan terbesar di Eropah, mendapat minat yang tinggi menerusi keselamatan, kecekapan dan kebolehangkutannya yang tinggi. Zoomlion turut memperkenalkan enam mesin konkrit, termasuk trak pam 70 meter dengan trak bum yang dioptimumkan oleh topologi dan trak pencampur pintar dengan penaiktarafan jarak jauh serta diagnostik pintar.
Zoomlion turut mempamerkan penyelesaian sistem yang mengintegrasikan internet industri, AI, data raya dan teknologi tenaga baharu di bauma 2025. Penyelesaian perlombongannya menggabungkan peralatan pintar dan teknologi digital, termasuk trak tanpa pemandu dan alat kawalan jauh bagi mengupayakan perlombongan, penggalian, pengangkutan dan pemunggahan automatik sepenuhnya.
Pada hari pembukaan, Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion, bersama-sama dengan eksekutif kanan lain, mengadakan perbincangan mendalam dengan pelanggan dan wakil institusi, lalu mengesahkan sekali lagi komitmen syarikat terhadap pembangunan global dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik di seluruh dunia.
Memacu Pertumbuhan Melalui Ekosistem Industri Global
Dengan ekosistem perniagaan luar negara unik yang menekankan strategi pendigitalan dan penyetempatan hujung ke hujung, Zoomlion berhubung secara langsung dengan pelanggan dan pasaran untuk menyampaikan produk yang paling memenuhi permintaan pasaran dan mempercepat masa tindak balas.
Di bauma 2025, lebih 20 produk khusus dikeluarkan di peringkat tempatan di Eropah yang memenuhi permintaan pasaran dan keutamaan pelanggan dari segi prestasi, teknologi, standard dan reka bentuk. Kren jib lipat 72 tan dan 62 tan Zoomlion, dipasang di kilang Jermannya, memenuhi piawaian EN12999 dan menerima pensijilan CE. Kren menara atas rata R800-40 yang dikeluarkan di China dan dipasang di Eropah, memastikan penghantaran yang pantas dan perkhidmatan yang cekap untuk pelanggan.
Pada 31 Mac, Zoomlion meletakkan asas secara rasmi untuk Fasa II projek kilang Jermannya di Waldlaubersheim. Pada bulan Februari, kilang AWP Zoomlion dibuka di Hungary bagi memperdalam lagi jejak industri global kumpulan ini.
Pada masa ini, Zoomlion beroperasi di peringkat global dengan 11 pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D), 210 pusat servis dan jualan di lebih 170 negara. Disokong oleh 6,300 kakitangan luar negara, rangkaiannya memastikan penghantaran yang pantas dan pertumbuhan yang kukuh.
"bauma Jerman membina penghubung yang kukuh untuk pertukaran industri global dan peningkatan kerjasama. ZOOMLION akan menjadikan pameran ini sebagai peluang untuk meneroka laluan pembangunan yang inovatif dan koperatif dengan menggunakan lebih banyak produk termaju, pintar dan hijau bagi membina dunia kita yang indah bersama-sama," kata Yuan Ye, Penolong Presiden Zoomlion.