omniture

CGTN: Golden Threads: China dan Negara-negara Asia Bekerjasama Bina Masa Depan Lebih Baik

CGTN
2025-04-14 08:45 25

BEIJING, 14 April 2025 /PRNewswire/ -- Sebuah dokumentari CGTN yang memfokuskan pada peranan China dalam memperkasakan negara-negara di seluruh Asia, "Golden Threads" terdiri daripada tiga kisah individu yang memaparkan dengan jelas bagaimana China membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama-sama dengan negara-negara jirannya.


CGTN: Golden Threads: China and Asian Countries Cooperating to Build a Better Future

 

Inilah tiga kisah tentang individu yang mendapat inspirasi dan negara di Asia yang saling bekerjasama untuk melindungi persekitaran semula jadi dan warisan budaya yang menjadikan benua ini begitu rancak dan pelbagai. Di Malaysia, revolusi tenaga hijau yang dijayakan oleh teknologi diam-diam membawa perubahan yang meluas. Hasil daripada teknologi dan kepakaran Cina yang canggih, orang ramai daripada semua lapisan masyarakat di Malaysia semakin ramai yang mengumpul cahaya matahari. Dalam masa yang sama, usaha ini membantu mengurangkan perbelanjaan sekali gus turut melindungi persekitaran semula jadi negara yang menakjubkan. Di Vietnam, usaha pemuliharaan rentas sempadan antara China dan Vietnam memastikan generasi masa depan akan dapat hidup dalam dunia yang mempunyai Ungka Jambul Hitam Timur. Beberapa dekad yang lalu, primat ini dipercayai telahpun pupus, tetapi tidak lama dahulu sebilangan kecil populasinya didapati terselamat di dalam hutan rimba yang subur di bahagian sempadan antara China dan Vietnam. Hari ini, bilangannya semakin bertambah hasil daripada teknologi dan semangat terhadap perlindungan hidupan liar. Kebanyakan yang terlibat dalam usaha ini mendapati kehidupan mereka benar-benar diperkaya dengan membantu melindungi khazanah semula jadi ini. Di Kemboja, budaya dan seni bina yang gemilang dalam tamadun Khmer purba dipelihara hasil daripada kolaborasi antara Kemboja dan China. Hari ini, ukiran purba di Angkor Wat tidak lagi terancam dan ia berfungsi sebagai peringatan visual yang berterusan tentang identiti Kemboja dan keyakinan budayanya. Di seluruh Asia, orang ramai mencari kekuatan yang baru diperoleh dalam usaha pemeliharaan yang menghubungkan mereka kepada asal usul mereka dan dalam masa yang sama turut mengukuhkan hubungan antara negara dan budaya.

Judul dokumentari ini, Golden Threads, mencerminkan kepercayaan bahawa perhubungan bertindak sebagai untaian berharga yang mendekatkan rakyat dan negara dalam sebuah komuniti yang menggalakkan kemajuan serta kemakmuran bersama. Apabila rakyat dan negara saling bekerjasama dengan matlamat yang sama untuk masa depan, tiada apa yang mustahil.

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion