omniture

Siap, Sedia, Renew: PolicyStreet Lancar Kempen Battle of the Kings untuk Pemandu Myvi, Bezza, & Axia

PolicyStreet
2025-04-14 10:00 66

Pemandu kereta paling popular di Malaysia boleh menikmati cukai jalan PERCUMA sambil bersaing untuk merebut lebih banyak tawaran menerusi jualan kilat eksklusif bagi model kereta yang menang.

KUALA LUMPUR, Malaysia14 April 2025 /PRNewswire/ -- Siap, sedia, renew! Tiga model kereta kegemaran rakyat Malaysia — Perodua Myvi, Bezza, dan Axia — kini berentap dalam kempen terbaru PolicyStreet: Battle of the Kings. Dalam pertempuran epik ini, kita akan cari model kereta yang paling 'bijak berjimat', sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati faedah hebat ketika memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan mereka.

Nikmati cukai jalan PERCUMA untuk Myvi, Bezza, dan Axia dalam Battle of the Kings—model kereta yang menang akan menikmati lebih banyak tawaran menerusi jualan kilat eksklusif.
Nikmati cukai jalan PERCUMA untuk Myvi, Bezza, dan Axia dalam Battle of the Kings—model kereta yang menang akan menikmati lebih banyak tawaran menerusi jualan kilat eksklusif.

Dari sekarang hingga 30 Jun, pemilik Myvi, Bezza dan Axia boleh menikmati cukai jalan PERCUMA dengan mendaftar Keahlian Drive+. Ia kini ditawarkan pada harga promosi RM39.90 sahaja (harga asal: RM99.90). Setiap pembaharuan insurans kereta akan menyumbang satu markah kepada model kereta tersebut. Di akhir kempen, model kereta dengan markah tertinggi akan dinobatkan sebagai King of Savings dan dan melayakkan model tersebut untuk jualan kilat eksklusif dengan cukai jalan percuma!

"Di PolicyStreet, kami percaya keputusan kewangan yang bijak patut menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berbaloi, dan mengujakan. Battle of the Kings bukan sekadar pertandingan biasa — ia adalah peluang untuk pemilik kereta di Malaysia berjimat sambil menunjukkan sokongan terhadap model kereta kegemaran mereka. Kami tak sabar nak lihat pasukan mana yang akan naik takhta sebagai King of Savings!" kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Selain mendapat status 'raja jimat', pemilik Myvi, Bezza, atau Axia yang menyertai kempen ini turut dapat faedah tambahan seperti ansuran tanpa faedah untuk insurans kereta dan pengecualian caj pemprosesan cukai jalan apabila mendaftar sebagai ahli Drive+. Untuk pemilik kereta lain, keahlian ini tetap berbaloi — termasuk tawaran Cukai Jalan Paling Murah di Pasaran dengan diskaun sehingga 80% (terhad kepada RM72) serta manfaat eksklusif semasa pembaharuan.

Untuk menaikkan semangat bersaing, PolicyStreet akan menyiarkan kemas kini papan pendahulu setiap bulan di media sosial — supaya semua tahu model kereta mana yang mendahului dalam pembaharuan insurans kereta. Ini bukan sekadar soal penjimatan, tapi soal kebanggaan, komuniti dan bukti siapa yang paling bijak mengurus perbelanjaan kereta.

Adakah penyokong setia Myvi akan kekal dominan, atau Bezza dan Axia akan bangkit mencabar? Tak kira anda memperbaharui demi faedah atau untuk bermegah, sekarang masa untuk bersedia, renew dan seru 'geng' masing-masing. Sertai pertandingan berjimat di  car.policystreet.com!

###

Tentang PolicyStreet

PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.

PolicyStreet bekerjasama secara langsung dengan lebih 40 penyedia hayat, am dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada insurans terbenam (embedded insurance), faedah pekerja tersuai, nasihat kewangan dan pengagregatan insurans, serta pembangunan penyelesaian digital untuk menjadikan insurans bermatlamat dan mudah untuk perniagaan dan pengguna.

Sebagai Penanggung Insurans Semula, Penanggung Insurans Am dan Pengendali Takaful berlesen oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), PolicyStreet dapat menaja jamin, menyesuaikan polisi dan memberikan nasihat yang tepat kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.

PolicyStreet disokong oleh dana kekayaan negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, dan memberi perkhidmatan kepada lebih 5 juta pelanggan dengan jumlah diinsuranskan melebihi AS$ 10 bilion. Pada tahun 2024, PolicyStreet telah diiktiraf sebagai "Fintech of the Year" di Anugerah Digital Triple A The Asset dan memenangi Anugerah Fintech Excellence untuk Inklusi Kewangan di Singapore Fintech Festival yang disahkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS). Syarikat ini juga disenaraikan sebagai syarikat Malaysia kedua tertinggi dalam senarai "Syarikat Berkembang Tinggi di Asia Pasifik 2024" oleh Statista dan The Financial Times.

Untuk maklumat lanjut tentang PolicyStreet dan penyelesaian insuransnya yang inovatif, sila lawati https://www.policystreet.com/.

 

Source: PolicyStreet
Keywords: Auto Transportation