omniture

ABC Impact Tutup Dana II Dengan Nilai Lebih USD 600 Juta, Gandakan Saiz Dana dengan Komitmen daripada Asian Development Bank, Temasek Trust, Temasek dan Pelabur-pelabur Institusi Terkemuka Lain

ABC Impact
2025-04-14 22:53 93

SINGAPURA, 14 April 2025 /PRNewswire/ -- ABC Impact, firma pelaburan impak berfokuskan Asia, telahpun berjaya menyempurnakan penutupan akhir dana keduanya pada nilai lebih USD 600 juta, menggandakan saiz Dana I. Pencapaian ini memperdalam komitmen firma ini untuk memenuhi keperluan sosial dan alam sekitar Asia yang kritikal melalui pelaburan yang didorong oleh impak.

Sokongan Lebih Luas Mencerminkan Penjajaran yang Semakin Meningkat

Dana II ABC Impact mendapat sokongan daripada kumpulan Limited Partners yang pelbagai, termasuk Temasek; Temasek Trust; Asian Development Bank (ADB); Mapletree Investments; SeaTown Holdings; dana kekayaan negara Asia Tenggara; pejabat keluarga A.S.; dan individu bernilai bersih amat tinggi. Penumpuan pembiayaan pembangunan dan modal swasta ini mencerminkan pengiktirafan yang semakin meningkat bahawa pelaburan impak dapat menangani isu-isu sistemik melalui pendekatan berasaskan pasaran.

Benoit Valentin, Ketua, Pelaburan Impak, Temasek, berkata, "Dalam dunia yang berubah dengan pesat, kami menghadapi cabaran sosial dan alam sekitar yang semakin kompleks dan meluas. Perkongsian kami bersama ABC Impact merupakan tonggak teras bagi strategi pelaburan impak oleh Temasek, mencerminkan kepercayaan kami bahawa pelaburan impak boleh meningkatkan modal untuk menangani isu-isu mendesak yang kami hadapi. Dengan saling bekerjasama, kami boleh mencipta dunia yang lebih inklusif dan lestari di mana setiap generasi berkembang maju."

"Landskap pelaburan impak di rantau ini masih baru bertumbuh, dengan jurang pembiayaan yang ketara untuk syarikat-syarikat pada peringkat pertumbuhan," kata Jackie Surtani, Pengarah Rantau ADB dan Ketua Pejabat Singapura. "Pelaburan ADB dalam Dana II ABC Impact mencerminkan komitmen kami untuk memangkinkan modal impak di seluruh Asia dan Pasifik.

Dengan menyokong perniagaan inovatif yang menangani cabaran sosial dan alam sekitar yang mendesak, kami menyasarkan untuk menambah baik kehidupan dan mata pencarian di seluruh rantau ini."

Memperkukuh Visi Bersama untuk Asia

Tow Heng Tan, Pengerusi, ABC Impact, menyatakan, "Kejayaan penutupan Dana II menekankan kepercayaan yang diberikan oleh pelabur institusi yang terkemuka terhadap strategi pelaburan berdisiplin ABC Impact. Dengan mengalu-alukan modal luar daripada pihak seperti Asian Development Bank, kami memperdalam komitmen kami untuk membentuk masa depan yang lebih mampan dan inklusif di Asia."

"Kami percaya modal, apabila dipandu niat, dapat membantu membentuk respons pragmatik yang diterajui pasaran terhadap cabaran paling mendesak yang dihadapi oleh rantau kami," kata David Heng, Ketua Pegawai Eksekutif ABC Impact. "Bermula daripada kebingkasan iklim hinggalah pembiayaan inklusif dan akses penjagaan kesihatan, melabur dalam bidang-bidang ini merupakan suatu kemestian masyarakat dan juga peluang perniagaan dalam tempoh jangka panjang."

Memajukan Impak Merentas Sektor-sektor Keutamaan

Penutupan di tengah-tengah kejutan iklim, ketidaksamaan dan ketakpastian ekonomi yang semakin meningkat, Dana II ABC Impact memfokuskan pada penyelesaian praktikal dalam bidang-bidang di mana model tradisional bersusah payah untuk memberikan hasil. Strategi pelaburannya tertumpu pada empat sektor keutamaan: tenaga bersih dan kebingkasan iklim, pembiayaan inklusif dan akses digital, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta sistem makanan mampan.

Pelaburan sehingga kini melibatkan Aye Finance di India yang memberikan pinjaman kepada perusahaan mikro dan kecil; Tekoma Energy di Jepun, pembangun tenaga boleh baharu yang mengkhusus dalam projek solar; dan DCDC Kidney Care, salah satu rangkaian dialisis terbesar India yang memberikan rawatan mampu milik kepada pesakit yang kurang mendapat perkhidmatan.

Melabur Secara Responsif di Rantau yang Pelbagai

Momentum ekonomi dan demografi Asia terus mencipta peluang untuk mencapai inovasi dari segi impak. Namun begitu, kerumitan rantau ini memerlukan suatu pendekatan pelaburan yang berasas dan juga adaptif.

"Meskipun dasar boleh mempercepat perubahan, permintaan pasaran, aliran modal dan daya sainglah yang akhirnya mendorong penerimaan dan skala," kata David. "Perniagaan yang mendapat pelaburan daripada kami tidak menunggu isyarat luar—ia membentuk masa depan secara aktif dengan memenuhi keperluan kritikal dengan cara yang memberi impak dan juga kukuh dari segi kewangan."

Dana II meneruskan momentum Dana I (2019–2024) yang membolehkan ABC Impact mengembangkan perkongsiannya, meluaskan jangkauannya merentas sektor-sektor berimpak tinggi dan menyokong penyelesaian berdaya maju dari segi komersial dengan potensi untuk memberi impak jangka panjang.

Memandang Ke Hadapan dengan Tujuan

Pelaburan impak semakin dilihat bukan sebagai penggantian, tetapi sebagai kelebihan strategik. Pendekatan ABC Impact berakar umbi melalui kepercayaan bahawa kekuatan kewangan dan manfaat masyarakat boleh—dan harus—bertambah maju bersama-sama.

"Kemajuan kami dijayakan oleh kepercayaan dan kolaborasi pelabur serta rakan kongsi kami," simpul Tow. "Bersama-sama, kami menunjukkan bahawa kejayaan kewangan dan impak positif bukan sahaja serasi—malah, ia saling memperkukuh."

TAMAT

Pertanyaan Pelabur & Media:
Jeffrey Fang
Ketua Perhubungan Pelabur
Jeffrey@abcimpact.com.sg

Latar Belakang ABC Impact
ABC Impact ialah firma pelaburan impak Pan-Asia yang berdedikasi untuk menyampaikan hasil sosial dan alam sekitar yang boleh diukur berserta pulangan kewangan terlaras risiko melalui pertumbuhan yang mampan. Menerusi lebih USD 900 juta aset di bawah pengurusan, firma ini mengikuti strategi yang berdisiplin dan tematik untuk melabur dalam perniagaan berpotensi tinggi yang menangani cabaran paling mendesak di Asia.

Portfolionya mencakupi penyelesaian iklim dan air, makanan dan pertanian mampan, penjagaan kesihatan dan pendidikan, serta rangkuman kewangan dan digital. ABC Impact ialah ahli Temasek Trust Asset Management dan disokong oleh Temasek Trust, Temasek, Asian Development Bank dan pelabur-pelabur institusi terkemuka yang lain.

Sebagai penandatangan kepada Prinsip-prinsip untuk Pelaburan Bertanggungjawab dan Prinsip-prinsip Operasi untuk Pengurusan Impak, ABC Impact mengaplikasikan rangka kerja pengukuran dan pengurusan berimpak berasaskan bukti yang ketat bagi memastikan keberkesanan dan kebertanggungjawaban. Ia komited untuk memobilisasikan modal swasta demi Asia yang lebih mampan dan inklusif.

Kunjungi www.abcimpact.com.sg untuk maklumat lanjut.

Source: ABC Impact
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Venture Capital Cision Influencer List - ESG