omniture

Meraikan 75 Tahun Inovasi Scandinavia: ASKO Lancar Peralatan Rumah Rintis di Minggu Reka Bentuk Milan

ASKO
2025-04-15 15:23 95

MILAN, 15 April 2025 /PRNewswire/ -- ASKO, jenama Scandinavia bagi peralatan dapur, dobi dan profesional premium, meraikan 75 tahun inovasi sejak mesin basuh pertamanya menerusi pameran interaktif di Minggu Reka Bentuk Milan (Milan Design Week) mulai 8 hingga 13 April, bersama-sama dengan pelancaran inovasi terkininya. Meneruskan legasinya yang menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk tak lapuk dek zaman, ASKO mempamerkan ketuhar NYACRAFT yang memenangi anugerah dengan teknologi Celsius°Cooking™, Penyejukan Nordic Fresh 2.0 dan Scandinavian Laundry Care 2.0 di Milan, dipamerkan dalam pemasangan unik yang dicipta melalui kolaborasi bersama Marmo Arredo.


Bagi meraikan 75 tahun inovasi sejak seorang petani muda di Sweden mencipta mesin basuh pertamanya, ASKO berkolaborasi dengan VOGUE Adria untuk sorotan editorial eksklusif yang meneroka rangkaian mesin basuh baharu ASKO. Dicipta bersama jurugambar terkenal Branislav Simončík, sesi foto dilakukan di Istana Läckö yang bersejarah berhampiran Lidköping, Sweden di mana mesin basuh ASKO yang pertama dicipta. Ia akan muncul dalam terbitan sulung majalah VOGUE LIVING yang akan dipersembahkan di Minggu Reka Bentuk Milan dan dipamerkan di pameran ASKO.

Bermula dengan sistem dobi cekap tenaga hinggalah penyelesaian dapur yang inovatif, ASKO sentiasa menetapkan standard baharu dalam kefungsian dan reka bentuk. Pamerannya di Minggu Reka Bentuk Milan memaparkan pendekatan reka bentuk Perhatian terhadap Perincian ASKO yang menggabungkan ketukangan teliti dengan inovasi berpandangan jauh bagi mencipta produk yang cantik dan juga amat berfungsi.

Padat dengan inovasi dan ciri-ciri pintar, peralatan dapur dan dobi ASKO direka dengan ketukangan Scandinavia yang sebenar, meningkatkan kehidupan seharian dengan estetika minimalis serta tahap kemasan yang unggul dalam setiap perincian.

Tiga platform baharu yang utama bagi dobi, penyejukan dan ketuhar yang dibawakan oleh ASKO ke Minggu Reka Bentuk Milan setiap satunya telahpun memenangi iF Design Awards yang berprestij pada tahun 2025.

ASKO Scandinavian Laundry Care 2.0 yang menampilkan mesin basuh Steel Seal™ menunjukkan sejauh mana syarikat ini terus menerajui penjagaan dobi dengan inovasi yang mengutamakan kebersihan dan kemampanan.

Perkakas penyejukan terbina dalam dan mandiri daripada ASKO direka agar sama bergaya sebagaimana fungsinya, dengan tumpuan khusus pada ciri-ciri pemasangan Kitchen Fit bagi rangkaian mandiri ASKO.


Ketuhar NYCRAFT daripada rangkaian ketuhar Celsius ASKO menawarkan gabungan yang sempurna antara kejituan dan keserbagunaan. Menawarkan rangkaian ciri yang canggih, ia tersedia dalam reka bentuk Bingkai dan juga Kaca.

Pameran Sejarah Inovasi ASKO mengalu-alukan pengunjung pada setiap hari mulai 8 hingga 13 April, 10.00 hingga 17.00. Ia terletak di Via delle Erbe 2a, Milano, di Daerah Reka Bentuk Brera.

Latar Belakang ASKO 

Selama lebih daripada 75 tahun, ASKO menggabungkan reka bentuk Scandinavia tradisional dengan teknologi dan inovasi terkini bagi mencipta produk berkualiti tinggi yang bukan sahaja menjadikan kehidupan lebih baik, tetapi juga lebih baik untuk kesihatan insan dan planet ini. Fokus ke atas kualiti, reka bentuk, inovasi dan alam sekitar ini membawa ASKO dalam suatu perjalanan memberi inspirasi yang dipenuhi dengan pencapaian luar biasa, inovasi yang pertama di dunia dan banyak peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan – bermula daripada penciptaan mesin basuh yang pertama hinggalah dianugerahkan anugerah reka bentuk dan alam sekitar berprestij untuk teknologi memasak pintar dan reka bentuk lestari.

 

Source: ASKO
Keywords: Computer/Electronics