KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 April 2025 /PRNewswire/ -- JETOUR DASHING telahpun dilancarkan di Malaysia, menggabungkan estetika reka bentuk perintis dan prestasi kuasa yang luar biasa untuk memberikan pengalaman pemanduan yang baharu kepada pengguna tempatan. Pelancaran ini mengukuhkan lagi strategi globalisasi JETOUR.
Sejak penubuhannya pada tahun 2018, JETOUR muncul sebagai penginovasi dalam pasaran auto, membawakan gaya hidup "Travel+" yang unik dan penyelesaian dipacu teknologi ke 65 negara melalui lebih 2,000 outlet jualan dan perkhidmatan di seluruh dunia.
Peranan Malaysia sebagai hab pengangkutan strategik yang menghubungkan pasaran ASEAN, Timur Tengah dan Oceania benar-benar selaras dengan matlamat pengembangan global JETOUR. Rangkaian infrastruktur pelabuhan dan pengangkutan termaju negara ini memberikan kelebihan yang kritikal untuk operasi eksport automotif dan pengoptimuman rantaian bekalan.
En. Ke Chuandeng, Naib Presiden JETOUR Auto, berkata, "Malaysia ialah salah satu pasaran yang paling penting di Asia Tenggara. Ia juga merupakan tempat strategik yang utama untuk JETOUR, memiliki potensi yang besar. JETOUR ingin membina jenama di Malaysia dengan pengguna dan rakan kongsi tempatan bersama-sama."
Di Malaysia, terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap SUV bandar yang berkualiti tinggi. Pelancaran JETOUR DASHING disesuaikan dengan tepat untuk memenuhi jangkaan pelanggan.
JETOUR DASHING menerapkan estetika luaran perintis, dicirikan oleh reka bentuk yang amat bergaya dengan bentuk lengkung yang kemas. Ia dilengkapi dengan enjin 1.5T, pemegang pintu tersembunyi, sistem pembesar suara audio pintar, penapis udara kabin CN95, radar gelombang-milimeter dan sistem bantuan tempat letak kenderaan pandangan keliling 360° yang membolehkan pengguna menikmati kuasa yang mengujakan dan juga keselesaan dengan keselamatan yang dipertingkat. Di samping itu, dengan dimensi badan berukuran 4590mm × 1900mm × 1685mm, DASHING mempunyai kelebihan daya saing dalam segmen SUV.
Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting dalam pengembangan strategik JETOUR di seluruh Asia Tenggara, menunjukkan kejayaan penyepaduan antara keupayaan pembuatan pintar JETOUR dan permintaan pasaran serantau. Bagi memantapkan asas untuk pertumbuhan ini, JETOUR melaksanakan pelaburan yang komprehensif dalam infrastruktur pengeluaran setempat, perkongsian teknologi, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) setempat dan pengoptimuman rangkaian wakil penjual.
Kerja-kerja pembinaan telahpun dimulakan untuk kilang pasang siap Malaysia, dengan proses pengeluaran dijangka bermula pada separuh pertama tahun ini. Diberi kedudukan sebagai hab pengeluaran yang utama dalam rangkaian pembuatan global JETOUR, kilang Malaysia ini akhirnya akan berfungsi sebagai pangkalan eksport untuk pasaran ASEAN, memainkan peranan penting dalam pengembangan global jenama ini.
Melalui strategi penyetempatan rantaian industri penuh ini, JETOUR mengesahkan sekali lagi komitmennya kepada pasaran Malaysia dengan membangunkan produk khas yang sesuai dengan pengguna tempatan. Inisiatif ini memberi kedudukan kepada Malaysia sebagai enjin pertumbuhan utama dalam strategi globalisasi JETOUR, seterusnya mewujudkan penanda aras baharu untuk operasi automotif antarabangsa.